Ada lagi tulang korban tak habis jadi kita habiskan. Letak juga daging sikit. Kuah gelap sebab masukkan rempah sup Mak Siti.
Telur dadar. Ni dah potong dah ni.
Ada juga peparu goreng.
Sabtu masak sup tulang, jadi ahad sebab nak simple buat mihun goreng je. Letak banyak daun bawang kat atas mihun. Mihun ni Dania sampai bertambah....eh hubby pun bertambah jugak....Alhamdulilah....boleh diterima kehadirannya. 😅
Itu je la. Saya duduk rumah je weekend. Malas nak keluar dengan cuaca panas dan berjerebu ni. Ehhh dah sampai tahap tak sihat dah Selangor ni. Hubby ajak gi brisk walk kat Putrajaya pun tak nak sebab Putrajaya pun kualiti udara tahap tak sihat jugak. Elok kita nak bersenam ni dapat penyakit batuk-batuk pulak nanti.
Bila berjerebu ni kadang boleh buat pening kepala jugak dan boleh menghidu macam bau asap. Patut la ada yang demam, batuk dan sakit tekak....angkara jerebu jugak ni....
Tempat you alls tahap jerebu macam mana?
***Hari ni Dania akan menduduki Final Exam Agricultural Entrepreneurship. Moga Dania dapat menjawab dengan tenang dan mengikut skima pemarkahan. Lembutkan hati lecturer untuk beri markah kepada Dania.
XOXO,
Ezna




all the best to Dania...
ردحذفweekend ni MA jenjalan je, x de masak2. he he..
Ni lagi untung MA.
حذفHirup sup sedapnya..
ردحذفAlhamdulilah.....time hirup sup panas2 rasa segar je.
حذفsedapnya semua tu ezz! hari ni kat gombak mcm mendung ajer--rasanya jerebu lah ni..effect mcm mendung padahal berbahang panas sbb asap terperangkap
ردحذفTempat I pun mendung hari ni macam nak hujan....kalau hujan ok juga leh kurangkan jerebu ni.
حذفsedapnya sup tulang....semua sedap.....all the best buat Dania, semoga dilancarkan segala idea dan dipermudahkan dalam menjawab semua soalan...hugs hugs dari aunty.
ردحذفAll the best Dania...!
ردحذفBila bertambah-tambah tu maknanya sedaplah tu Kak Ezna masak (saya tengok pun sedap hihi)..
Nengok paru tu fresh je, masih nampak uratnya.
ردحذفSuka goreng gitu.
Sedapnya semua menu. Cuaca ada kala kuning je langit.
ردحذفfuhh saya kalau jumpa sup memang tak pandang dah makanan lain. lagi sedap kalau cicah dengan sambal kicap :P
ردحذفsedap tu sup tulang..lapar plak tgk xlunch lg
ردحذفMihun kuahnya nampak sedaaaap kak 😍😍😍😍. Memang habis banyak kalo dah makan yg berkuah begini.
ردحذفCuaca dah mulai panas. Asap2 mulai lagi. Kadang bingung juga nak cuaca macam mana. Panas, mengundang asap... Hujan pula mengundang banjir 😞😞
Sedap plak tengok sup tulang tu..nasib stok dah abis..hehehe...yeay Dania dah abis exam...leh pi Part time..
ردحذفdapat hirup sup dah okey tu.....paduuu
ردحذفإرسال تعليق
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.