Kain untuk baju kebaya

Baju kebaya ni dijual baju sahaja, jadinya kena ada kain la. Kebetulan ada beli kain 2 meter. Kain dia jenis premium satin embossed (tempat beli tu kata kita ikut je. Bukan kenal pun jenis kain ni). Warna background kain ni hijau yang lembut je warnanya. Selalunya kalau kebaya ni dipadankan dengan kain batik kan....ni kita suai padankan dengan kain lipat batik floral pulak. Gambar bawah ni kain belum dijahit lagi. 

Kainnya la nak dihantar kat kawan saya. 


Singgah la kat rumah kawan saya untuk dibuat kain ni. Kawan saya kata kalau kain je beliau boleh siapkan dalam masa 30 minit. 

Borak-borak dulu sebelum kawan saya ambil ukuran Dania. Kami berkawan since Dania sekolah rendah lagi. Kawasan rumah kat Puncak Jalil juga. Bila saya pindah area Kajang/Bangi.....kawan saya pun pindah area Bangi. Dania pernah satu kelas dengan anak kawan saya ni Amy masa sekolah rendah. Mereka satu sekolah agama jugak kat SRA Bandar Kinrara 5. Pernah selepas SPM, kerja sama2 kat F.O.S IOI City Mall jugak. 

Kena hantar kainnya awal sebelum bulan Ogos sebab nanti Dania pulak busy kerjanya....


Nanti tengok la kejadiannya macam mana....kalau kain siapnya awal, boleh la pakai ke kelas nanti. Itu pun Dania kata baju kebaya tu juga boleh dipadankan dengan seluar. 

Memang ya kain siap awal. Hari ni hantar....esok dah siap 😁. Laju kawan saya menjahit. Katanya menjahit selepas kelas pulak tu. Kawan saya mengajar menjahit juga jadi lepas kelas katanya terus jahit kain Dania pulak. Masa saya datang tu sampai tertidur pula. Penat kan.....

Ni jahit lipat batik iaitu lipatan bahagian depan dan takde belah. 


Nanti kita lihat bila Dania pakai baju dan kain ni. 




XOXO,
Ezna
 

23 تعليقات

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Nmpk comel jer design kain tu..tak sbr nak tgk hasil nya

    ردحذف
    الردود
    1. Dah siap kainnya you. Hari ni hantar esok siap. Tempah kain je....

      حذف
  2. Cantik betul kainnya tu.. matching pulak dengan warna green.. ^^

    ردحذف
  3. tak sabar nak tgk one set kebaya dipakai. warna baju tu cantik sangat!

    ردحذف
  4. Lawanya Kak SA..baju lawa, kain pun lawa..nice sangat

    ردحذف
    الردود
    1. Sorry correction Kak Ezna...ralat tengok baju kain cantik sampai taip pun dah salah..

      حذف
    2. Takpe kadang akak pun buat silap. Hehe....tapi tadi akak tenung takut akak yg silap sebab eh ni blog akak ke blog SA....rupanya blog akak....takpe Sue.... :)

      حذف
  5. lama dh tk antar tailor..skarang mmg beli bj jenis ready to wear utk tisya

    ردحذف
    الردود
    1. Selalunya memang RTW je tapi bila ada kawan yang terer jahit dekat rumah boleh hantar terus je.

      حذف
  6. Cantik sangat! Ni yg beli kat shopee ke? Matching dengan baju kebaya tu 😍

    ردحذف
    الردود
    1. Baju kebaya tu yang shopee type 'kebaya Indonesia' tapi kalau kain tu kat IG. Kebaya Indonesia suka yang berkerawang tu. Nampak klasik.

      حذف
  7. Cocok sangat dengan kebayanya 😍😍😍. Krn ada unsur hijau juga. 30 menit siap?? Memang kalau dah expert lain cerita ya kak 😄👍.

    ردحذف
    الردود
    1. Ya....cuba suruh akak jahit....hmmmm.....akak boleh jahit yang koyak sikit boleh la....kalau jahit baju tak reti Fanny.

      حذف
  8. cepatnya..
    cantik kain kebaya tu & kain batiknya pun..sweet sgt. mesti comel & cantik Dania pakai nanti

    ردحذف
  9. Cantik sekali motif kainnya, Mbak.
    Saya suka dengan kombinasi warna dan motif bunga-bunga itu.

    Salam,

    ردحذف

إرسال تعليق

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.