Cempedak goreng ni kalau nak beli memang mahal la kan....kadang RM2 dapat berapa biji je. Baru-baru ni ada beli buah cempedak kat Pasar Borong Selangor. Dah masak elok dah buahnya. Manis betul.
Bancuhan tepungnya dah ngam. Saya letak sikit serbuk kunyit sebab nak bagi warna sikit pada bancuhan ni. Idak la warna dia pucat sangat. Dalam gambar nampak pucat tapi sebenarnya dah ada warna kuning sikit.
Cempedak dimasukkan dalam bancuhan.
Setelah selesai digoreng. Alhamdulilah....puas makan. Dania memang tak makan cempedak. Nangka pun tak makan.
Kalau beli kat luar siap goreng cempedak ni....sebanyak ini mahal. Jadi....kita masak sendirilah lagi berbaloi.
Ada yang suka cempedak goreng?
***Hari ni Dania nak menghadapi Final Exam Bahasa Korea. Dania kata dah prepare Insya-Allah tetapi badan agak panas rasa nak demam jadi siap makan panadol dan tidur pun awal semalam. Moga Dania boleh menjawab paper Bahasa Korea dengan tenang dan dapat markah yang cemerlang.
XOXO,
Ezna




Saya suka betull ni Kak Ezna...
ردحذفTengoklah kalau jumpa, nak goreng sendiri..
Kena cari buahnya tu. Berbaloi goreng sendiri dari beli siap goreng..mahal sangat.
حذفAduhai...Terliur betul sy tgk...Mmg kena cari la nnt =D
ردحذفSila cari Niza tapi kadang buahnya bila kita cari tak jumpa pulak.
حذفBetul tu, berbaloi lagi beli buahnya dah buat sendiri. Ada juga yang jual RM2 sebiji. Lagi haruuu...
ردحذفSemoga Dania dapat jawab exam dengan tenang dan lancar. Semoga cepat sembuh.
Aamiin untuk doanya....RM2 sebiji....ish ish ish memang mahal la.
حذفpuas hati kak kalau masak sendiri...kalau beli mahal dan tak puas
ردحذفYa Taufik...kalau beli siap memang mahal la. Kita goreng lagi puas hati.
حذفsedap kak..berbaloi goreng sendiri puas makan..
ردحذفmoga Dania cepat sihat,dapat jawab exam dengan baik
Aamiin untuk doanya. Sedap Afzan sebab puas kita makan berbanding yang kita beli. Mahal pulak tu.
حذفMaunya tak suka hehe.... Betul kalau yg dah siap goreng tu mahal, makan pun tak puas.
ردحذفYa kan PH?. Mahal sekarang ni harganya.
حذفAll the best utk Dania.
ردحذف#tak sempat wish, tertekan publish 🤭
Aamiin....terima kasih PH selitkan doanya.....bab tertekan publish tu pernah terjadi gak. Laju je tangan ni kan.....hehe
حذفcempedak goreng dah jadi kudapan mahal....seronok grg sendiri, puas makan. All the best buat anakanda Dania , moga cepat kebah demamnya. Musim demam dan covid skrg, minta dijauhkanlah.
ردحذفAamiin untuk doanya. Ya goreng sendiri memang puas hati sebab boleh makan sampai puas. Kalau nak beli siap goreng mahal sangat la.
حذفaaa sedapnya, puas hati dapat goreng sendiri. terkadang bila beli bancuhan tepung tu kureng sikit banding buat sendiri.
ردحذفgoodluck Dania!
Kalau buat sendiri kita boleh ikut citarasa kita. Memang puas hati. Thanks ya.
حذفsedapnya..makan plak panas2...emmm..alhamdulillah
ردحذفAlhamdulilah MA. Buat sendiri lagi berbaloi.
حذفCempedak goreng tu fav my hubby. All the best utk dania.bittawfeeq wannajaah
ردحذفOh ya?...Masa buat ni lama pulak tak makan jadi tu yang beli dan goreng sendiri.
حذفSaya sukaaaaa sangat. Tp tak pernah buat sendiri 😄. Selalunya beli kak. Apalagi kalo ke Penang. Pasti mampir ke tempat langganan saya di sana, yg jual aneka gorengan , daerah jelutong
ردحذفBuah cempedak, wah ini kesukaan saya banget
ردحذفPenuh gizi dan bermanfaat buat kesehatan
Aduh Mbak...cempedak goreng itu sedap sekali.
ردحذفSaya suka, tapi jarang memakannya karena agak susak mendapatkan cempedaknya.
Salam,
betul tu.. beli kat luar mahal. sekarang ni agaknya mmng tengah musim cempedak. beli dan buat sendiri lagi puas
ردحذفtapi kalau makan banyak sakit tekak pula
SA pun sama ada stok banyak kat rumah tu..beli 2 biji isi penuh....sekarang seketul RM1 diorang jual..area Seremban la..baik beli buah and goreng sendiri kan
ردحذفPuas makan tu bila goreng sendiri.
ردحذفKadang bila beli kat luar tepungnya kemain tebal, isi nipis je. Dah macam cekodok.
إرسال تعليق
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.