Bila beli ayam baru disembelih, kita....

Stok ayam dah habis jadi hubby restock ayam kat Pusat Penyembelihan Ayam Presint 20, Putrajaya. Ayamnya disembelih pada hari yang sama ianya dijual jadi segar la ayamnya tu. Terus rasa nak masak nasi ayam sebab macam dah lama tak masak nasi ayam. Ni cerita sabtu baru-baru ni. Ayam yang bari disembelih ni memang rasanya sedap la bagi saya. 

Kena sediakan kicap nasi ayamnya. 


Sambal nasi ayam. 


Daun salad dan buah tomato ni hubby beli juga sebab stok dah tak ada kat peti ais. Ada stok barang basah yang hubby dah pandai dah belinya. Alhamdulilah. Ikut la siapa yang beli kan...janji tahu apa yang nak dibeli. 


Kejadiannya setelah semua dimasukkan dalam pinggan. 


Actually nak masak nasi ayam ni mudah juga bagi saya. Lecehnya kena tunggu dulu ayam direbus sebab air rebusan ayam tu yang akan dimasukkan ke dalam periuk nasi. Tu yang nasi tu ada perisa ayam tu.  Apa pun alhamdulilah...kenyang dah keluarga kami. 




XOXO,
Ezna

 

25 تعليقات

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. senang masak nasi ayam menu lunch smp dinner biasanya

    ردحذف
  2. Wahhh..Bestnya dpt ayam fresh2...=)

    ردحذف
  3. alhamdulillah, sedapnya. my favourite food.
    bagi saya susah masak sik ayam sebab saya kurang pandai memasak, ahahahaaa...
    nanti nak cuba lagi buat sendiri sik ayam.

    ردحذف
    الردود
    1. Dulu akak pun tak berapa reti masak nasi ayam ni tapi once dah banyak kali buat...ok dah reti dah...

      حذف
    2. kan, kena cuba byk kali. i will, buat sampai jadi.

      حذف
  4. nasi ayam ni bagi sy makan setiap hari pun tak apa ;-)

    ردحذف
  5. Sedapnya nasi ayam, dania ada request..minggu ni dia x balik, maybe SA ngan suami pi ziarah dia kat kolej, plan nak buat nasi ayam...insyaallah

    ردحذف
    الردود
    1. Oh...Dania teringin nak nasi ayam....takpe nanti mama hantar dengan uncle ke kolej ya....

      حذف
  6. Alhamdulillah
    Sedap dan dimasak dgn penuh kasih syg

    ردحذف
  7. ayam yang segar di buat masak memang padu sebab keadaan ayam tu sendiri masih fresh

    ردحذف
  8. Naaah iyaaa, ada beberapa masakan, yg sebarnya mudah, tp lamaaaa. Sebab harus menunggu dulu, macam rebusan ayam. Itu yg terkadang buat saya tak nak buat. LBH suka masak yg cepat saja 😄

    ردحذف
    الردود
    1. Hehe...kalau agak2 akak ada masa akak buat. Kalau nak cepat memang akak tak buat la nasi ayam ni Fanny....

      حذف
  9. Baru tahu ada pusat penyembelihan ayam tu.. buka setiap hari ke?

    ردحذف
    الردود
    1. Tak silap ya buka setiap hari....pagi tak sure buka pukul berapa tapi tutup tak silap jam 12 tengahari. Pernah beli hari ahad juga.

      حذف
  10. Sedapnya nasi ayam Ezna ni. Betul nasi ayam ni antara yang senang cuma nak tunggu sup masak.

    ردحذف
  11. Sedapnya Kak Ezna..
    Tengok Kak Ezna masak Nasi Ayam ni buat saya nak buat jugaklah hihi..

    ردحذف
  12. sedapnya nasi ayam.. sis jarang masak nasi ayam kat rumah, sebab cik abang tak berapa gemar sangat nasi ayam..

    ردحذف
  13. Dah lama tak buat nasi ayam. Betul tu, kena rebus ayam dulu sebab air rebusan tu untuk tanak nasi. Biasa saya tambah jugak stok ayam bagi terasa lagi perisa ayam tu hehe.

    ردحذف

إرسال تعليق

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.