Rabu, Julai 23

Berdua di Tasik Sri Serdang

Final exam kali ni paper dia mula pagi iaitu 8.30 jadinya memang kena keluar awal sebab nak elakkan trafik mereka yang nak hantar anak sekolah dan ke tempat kerja. Tiba kat tempat exam 8.05 pagi. Ok la masih awal dan Dania kata orang tengah tunggu luar bilik exam. Sempat juga Dania hulur pen hitam kat sesiapa yang tak dapat lagi. Beli 1 kotak untuk diagih-agihkan kepada kawan sekelas. Ada 50 batang pen dalam tu. Kadang guna pen baru ni ink dia banyak la, kalau pen lama takut tersangkut-sangkut pula tulisannya nanti. 


Lepas tu saya dan hubby pergi food court yang baru di Tasik Sri Serdang. Food Court ni dibuat baru dari tempat asal yang agak usang. 


Mengadap tasik dan sekeliling ni ada pokok yang tinggi. Kalau brisk walk sini kurang la sikit panasnya. 


Roti telur ni lambat sikit tibanya sebab ramai yang order roti canai. 


Hubby pilih nasi lemak telur mata. Masa ni tak lalu saya nak makan nasi lemak dan tak terasa pun nak makan nasi lemak. 


Anak-anak pun boleh juga bermain kat sini. 


Ada gelanggang badminton juga kat sini. Tadi masa tiba sini, ada group veteran main badminton. Ni dah bersurai dah. Hujung sana gelanggang bola keranjang. 


Ada juga ditanam pokok ni sekitar sini. Masih kecik lagi pokok ni. 


Lepas tu kami baliklah rumah. Tunggu 30 minit sebelum habis masa saya nak ke UPM balik pick up Dania. 




XOXO,
Ezna

9 ulasan:

  1. Seronok breakfast sambil tgk view mcm ni =D

    BalasPadam
  2. Tq Ezna, bagi sy idea juga nak sedekah pen utk kawan2 Abang. Nx week dirog start trial SPM.
    Menarik food court ni ada playground dan tempat main, briskwalk semua.. senang dekat 1 tempat je kan

    BalasPadam
  3. All the best Dania, banyak pahala sedekah pen pada rakan-rakan. meriah juga pagi-pagi dekat tasik ...

    BalasPadam
  4. All the best Dania, semoga dipermudahkan urusan kakEzna dan kita semua juga.

    BalasPadam
  5. alhamdulillah...bagusnya bagi pen dekat kawan2 kelas...

    BalasPadam
  6. Saya suka cara Dania yg bagi2 pulpen begini ke kawan2. Rasanya nak juga saya minta anak saya utk berbuat yg sama. Apalagi di saat ujian. Semoga lancaaar ujian Dania yaaa.

    Tasik Sri Serdang ini masih area Putrajaya kak?

    BalasPadam
  7. All the best Dania...semoga lulus dengan cemerlang ye...

    BalasPadam
  8. Baik hati ya Dania ini, membagi-bagi pen untuk rekan-rekan nya.
    Cantik juga view nya Mbak. Ada arena bermain untuk anak-anak juga.

    Salam,

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.