Khamis, Julai 17

5 sebab kenapa Tik Tok Shop menjadi pilihan

1. Ada penjimatan yang menarik

Contohnya macam Crack The Egg ni boleh dimain setiap hari, bila pecahkan kita akan dapat hadiah. Macam yang saya crack ni dapat discount 12% ke atas harga belian. 



2. Boleh dapat harga yang murah masa Tik Tok Live

Kalau tengok Tik Tok Live shop yang kita nak beli tu selalunya harganya akan murah dari harga retail. 


3. Boleh kumpul bonus setiap hari

Bonus yang dikumpul boleh digunakan masa check out nanti. Click je duit warna emas tu jadi bonus kita akan terkumpul. Setakat ni saya dah ada RM2.26 bonus terkumpul. Kadang sehari dapat 1 sen, 5 sen etc. Lama-lama jadi bukit. 



4. Harga murah

Ni saya ada beli tudung bawal. Harga sehelai RM3.57 sahaja. Kalau beli kat kedai selalunya berharga at least RM15. Tudung yang dibeli pun berkualiti. 


5. Kos pos percuma

Kalau beli online selalunya kalau nak shipping free ni kita kena beli certain amount baru dapat free. Selalunya kena bayar kan?. Kat Tik Tok ni selalunya kos pos barang yang dibeli ni percuma. Sangat jarang kalau kena bayar. 


Tak semualah barang saya beli kat Tik Tok. Kadang ada beli kat shopee, kadang kat website. You alls suka beli ke kat Tik Tok?. 




XOXO,
Ezna


 

10 ulasan:

  1. kita suka sangat shopping di tT shop, ahahaha. lagi masuk live, lagi cepat sgt terpengaruh.

    BalasPadam
  2. Saya pun sekarang banyak shopping kat TT Kak Ezna...best

    BalasPadam
  3. Sebab tu la ia bahaya bagi sy....=D

    BalasPadam
  4. jarang sgt shopping kat tik tok ni

    BalasPadam
  5. Kita sama....jom la meracun bersama- sama..asyik kita je shopping kan..hahahahah

    BalasPadam
  6. sama...suka beli dekat TT especially makanan kucing, murah postage dan kadangkala dapat free postage.

    BalasPadam
  7. Taufik banyak beli keperluan bisnes kat tiktokshop dgn shopee...memang banyak diskaun....

    BalasPadam
  8. I lom terjebak lg dgn TT
    Pernah beli sekali or dua jer..last year kot..

    BalasPadam
  9. Saya tak pernah. Soalnya Indonesia ada market place besar sendiri kak. Namanya Tokopedia. Jadi pasti nya beli dari sana. Nah semisal di Tokopedia tak ada barang yg saya cari, baruuuu saya cek shoppee. Tapi sebisa mungkin wajib di Tokopedia dulu, sebab murah, banyak bonus. Dan pastinya Krn ini produk market place lokal, harus saya support 😄

    BalasPadam
  10. saya pernah shopping 2 kali je. dapat barang yang tak memuaskan hati.. last2 saya balik pada shopee. shopee kalau kumpul coin banyak2 boleh bayar bill tolak dgn coin.. jimat la sikit nak bayar bill elektrik. hehe

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.