Dah sampai masanya beli baru kerongsang ni sebab kerongsang sedia ada banyak yang patah dan ada yang melarikan diri 😅. Ini masalah perempuan ni. Saya ke sini dan Dania ke Watson deret yang sama.
Bila staff Ozel keluarkan design baby brooch sahaja. Nak beli yang kecik je. Macam-macam design ada sampai rambang mata memilihnya. Nak pula memancar silaunya bila terkena lampu.
1 design tapi beraneka warna.
Design bunga paling banyak.
Dua kuntum bunga.
Design ni sweet.
Design ni saya ada beli.
Banyak design lepas tu tak tahu nak pilih yang mana pulak.
Cantik jugak yang ni. Hmmm.....
Akhirnya ini je yang dibeli.
Warna ni sangat la sweet di mata saya. Warna hijau lembut dengan pink.
Bagi saya kat Ozel ni banyak pilihan tapi harganya tidaklah begitu murah. Walaupun begitu, ia sangat tahan walaupun selalu pakai batunya tak jatuh-jatuh. Pulak tu pin belakang juga tahan. Kalau bukan Ozel, dah tercabut dah pinnya tu.
XOXO,
Ezna











Ozel nie berjenama.. Tapi, berbaloi lah.. Tahan lama...
ردحذفCantik2nya memang rambang mata dibuatnya. Selalunya hilang walaupun beli banyak2.
ردحذفWaaaa...semua cantik2 ha...bersilau dan berkilau...
ردحذفIni kalau isteri saya nampak...memang laju pandang hihihi.
ردحذفBaru tahu jenama ni...selalu beli brooch dekat kedai² tudung atau kiosk je...
ردحذفSy pun sejak gegirls pandai pakai shawl, bawal ni asyiklah berebut brooch dgn diorng 😆
cantik..harga mahal dgn batu tk jatuh tu okla....org pompuan dgn brooch berpisah tiada
ردحذفBrooch memang ada kaki... kat rumah walau akak pakai sorang, tak tau mana dia pegi 😬😬😬
ردحذفcute2 belaka tu cuma rege memang tak berapa murah laa..i pakai mana yg ada jer ni sbb ada byk jugaklah koleksi yg i dh beli zmn2 minat sgt2 dgn ozel hahahah
ردحذفBros saya dari kakak yg bentuk sepatu tuh masih ada. Saya pakai, tp hanya ke tempat2 tertentu yg bagus. Kalo hanya cari sarapan dengan suami, tak lah 😄 baguus memang ozel ini..
ردحذفComel2 brooch nya.
ردحذفcantiks2 design nya.. kalau MA pun sure rambang mata dibuatnya
ردحذفBaru tau ada brand untuk brooch..mahal tapi berbaloi takpe Kak Ezna..baru berbaloi
ردحذفإرسال تعليق
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.