Sabtu, Jun 7

Makan di tepi sungai di Kuala Kangsar

Kat Bandar Kuala Kangsar ni kami plan nak makan di food court tepi sungai. 
Kat bawah ni menara jam di Kuala Kangsar. 


Order ABC saya share dengan Dania dan hubby order cendol. Memang nikmat makan ABC sebab cuaca panas kat sini. 


Nak order apa ya?. 


Saya dan Dania sama order Laksa Sarang. Tudia sarangnya......macam mana masak telur jadi macam ni?


Kat bawahnya tersoroknya laksa. 


Mee Rebus hubby yang kuahnya cair. 


Ada macam lukisan belakang bangunan sini berdekatan food court tepi sungai. 


Marilah kita mengabadikan gambar kat sini. Masa ni tak ada orang. Tak segan la nak berposing bagai cumanya cuaca yang panas je la. 


Kami...



Selesai di sini kami bertolak ke.....ke mana kami ni?
Kena lalu pintu gerbang ni. 


Kami nak menunaikan solat di Masjid Ubudiah, Bukit Chandan ni. Cantik masjidnya. Ternampak gang rombongan Mat Salleh dari Belanda juga. 


 Lepas ni meneruskan balik perjalanan kami....moga tak ada la jam bagai masa kami datang tu.


***Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha. Balik kampung ke?. Kami di sini ajer. Insya Allah akan membantu untuk ibadah korban dan ada buat korban juga tahun ini. Kalau kawasan saya ni melapah dan semuanya dibuat oleh orang lelaki. Takde bantuan dari pihak perempuan. Dengar cerita ada 38 ekor lembu tahun ni dan 1 ekor kambing. Pihak masjid yang handle bergabung dengan surau-surau di bawahnya. Banyaknya lembu tahun ni. Rasanya tahun lepas kurang sikit. 





XOXO,
Ezna

2 ulasan:

  1. Banyak tu lembu nya.. Semoga ibadah korban nya diterima Allah.. Aamin2...

    Dah pernah makan laksa sarang burung tu, tapi tak rasa nak repeat.. Kalau telur tu lembik tak lalu pula makannya..

    BalasPadam
  2. Lama tak balik kuale. Arwah opah husband duk kuale. Sedap laksa kuale.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.