Khamis, Jun 5

Bila Presiden negara Guinea-Bissau melawat Fakulti Pertanian UPM

Bila presiden negara Guinea - Bissau melawat Fakulti Pertanian Dania pada 4 Jun 2025. Bila ternampak signboard luar ni saya sangat teruja. Walaupun tak jumpa (of course) tapi terujanya lain macam. 😅.

Pelajar ada diminta untuk mengosongkan parking berdekatan dewan pertanian. 


Saya teruja sebab Presiden yang datang Fakulti Dania ni bukannya ahli politik biasa. 


Bila nak ambik Dania, saya ternampak la 2 kereta polis ada kat sini. Mungkin escort agaknya. Memang tak nampak la presidennya. 

Gambar di bawah semuanya diambil dari Fb Fakulti Pertanian

Kunjungan itu disambut oleh Naib Canselor UPM, Dato’ Profesor Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah bersama Pengarah Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK), UPM, Prof. Madya Dr. Dahlia Zawawi.




Wajah seorang Presiden negara Guinea - Bissau....TYT General Umaro Mokhtar Sissoco Embalo.


Naib Canselor UPM, Dato’ Profesor Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah. Perbicangan mengenai peluang kerjasama masa depan yang merangkumi penyelidikan, inovasi serta pemindahan teknologi dalam bidang pertanian dan perikanan.



Negara Guinea-Bissau merupakan negara yang ekonominya berasaskan pertanian jadi mereka berminat untuk menghantar pelajarnya ke UPM untuk belajar dalam bidang agrobioteknologi, pertanian dan Dr. veterinar. Semuanya penting untuk kemenjadian pertanian sesebuah negara. 

Mereka juga kekurangan tenaga mahir dalam bidang tersebut dan memerlukan kerjasama dengan institut pengajian tinggi khasnya UPM untuk memacu pembangunan ekonomi pertanian negara Guinea-Bissau. 

Ini sempena lawatan rasmi Presiden Guinea-Bissau ke Malaysia selama 3 hari bermula 3-5 Jun 2025. 


***Saya ada follow Fila Amir yang juga rakyat Malaysia orang Kedah yang kahwin dengan orang Guinea kemudian selalu bagi sumbangan kat Guinea. Siapa ada follow juga?. Tak sure Guinea yang mana sebab rupanya ada banyak negara Guinea ni.




XOXO,
Ezna





 

14 ulasan:

  1. Bolehlah dania kerja kat sana bila tamat pengajian nanti.

    BalasPadam
  2. sesekali ada tertengok gak fila dan adama . cuma tak follow mereka. ada pernah nampak video mereka balik kampung dan fila make up ipar ke biras dia ntah..ada shopping make up juga di sana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Fila ni peramah juga dia kan....baik dengan keluarga mertua.

      Padam
  3. Kalau negara Guinea tahu, tapi Republic Guinea-Bissau ni baru 1st time dengar. Sy Google tadi nak tengok dekat mana negara ni :D
    Pernah jumpa Fila Amir tu..masa tu diorg buka furniture store dekat Bt Caves. Baik orangnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe bukan PH je yang tengok google sama la kita pun menggoogle juga. Oh pernah jumpa Fila ya....

      Padam
  4. Balasan
    1. Ya MA...presiden negara. Nak membincangkan hal untuk kedua buah negara....

      Padam
  5. Bagus kalau diornag nak hanta pelajar diorang ke sini...Fila tu baru bersalin kan..lama x tgok video diorang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya berkenan nak hantar pelajarnya ke Malaysia sebab kekurangan tenaga mahir kat sana. Ya Fila baru bersalin.

      Padam
  6. dengan ada nya kerjasama dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan

    BalasPadam
  7. Follow juga fila tu. Dia baru bersalin. Pernah la tengok story dia kat Guinea tu.

    BalasPadam
  8. wahh bagusnya mereka nak hantar wakil student utk belajar kat UPM ni. saya pun follow juga filaamir tu. kesian tgok rakyat sana ramai yg susah. harapkan anak muda yg belajar smpai universiti lah boleh majukan negara dari segi pertanian ke atau apa2

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.