Jumaat, Jun 13

Apa yang kami buat di Bandar Bukit Mahkota?

Apa yang dibuat ni?. Saya nak ke sini sebenarnya. 2KM Florist. Kat sini bunga2 tiruan harga agak berpatutan dengan barang bunga-bunga. Sebenarnya nak cari untuk majlis kat fakulti Dania. Majlis apa...nanti saya update. 


Dah cari apa yang nak kami ke Caravan Cafe berdekatan. Ternampak masa nak ke 2KM Florist. 


Cafenya....kalau kat Bandar Bukit Mahkota ni kakak yang handle, kalau kat Bandar Baru Bangi adik yang handle. Kebetulan adik ni...menantu jiran saya. Kiranya adik Caravan Cafe ni kahwin dengan anak kepada jiran saya. 


Air yang dipesan....teh tarik, air lemonade dan matcha strawberry. 


Lepas tu share ajer scones ni. 1 set ni ada 2 scones. Scones ni jenis keras sikit. Bukan keras sampai tak boleh gigit tapi kami pernah makan scones yang bila ambil sikit je dah berderai. Rapuh sangat. Ini just nice je. 


Salah satu tempat duduk kat sini. Unik la kan....


Baju Dania dah sama dengan background dah. 


Waktu pembukaan cafe ni....


Cawangan Caravan Cafe yang kami pergi :

Jalan Puteri 3A/7, Bandar Bukit Mahkota, 
Kajang, Selangor




XOXO,
Ezna

 

10 ulasan:

  1. cantiknya background daun daun tu

    BalasPadam
  2. seronok nya kedai bunga yang jual barang2 mcm tu...linda suka masuk kedai2 gitu...hihihi..lagi2 kalau nak cari barang buat bunga telur...

    BalasPadam
  3. Aduhai...Tlg panggil masa lebih sikit utk sy pegi ke kedai 2KM ni...Sbb dah lama nk pegi...Tapi asyik x dpt slot...Kedai 2KM ni masih dlm waiting list schedule sy =)

    BalasPadam
  4. nampak cozy la tempat ni ezz, utk lepak2 santai

    BalasPadam
  5. Air Lemonade tu yang nampak paling sedap hihi

    BalasPadam
  6. kerusi tu vintage sllu org buat tema fotoshoot studio hehehe

    BalasPadam
  7. Cafe-nya tampak luas dan lapang, Mbak. Nyaman juga ya duduk-duduk disana.
    Benar Mbak, tempat duduk itu unik. Itu terbuat dari rotan ya?

    Salam,

    BalasPadam
  8. Fuh! Teh tarik gelas besar! Jarang jumpa!

    BalasPadam
  9. Kerusi tu klasik betul hehe... Nampak scones tu teringat scones kat CH la hihi

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.