Selasa, Mei 20

Rezeki dipanjangkan untuk kawan sekelas

Ada majlis tahlil diadakan di surau baru-baru ini. Makanan yang disediakan packed food berupa nasi ambeng. Dimasukkan dalam bekas bulat sebesar baulu yang orang jual kat kedai mesra Petronas tu. Cumanya bekasnya rendah sikit je. Disebabkan tak habis jadinya hubby ambil la 3 packed. Lepas tu orang surau kata ambil la lagi. Udahnya 6 packed untuk family kami je. 

Ada mi, bihun dan nasi dalam satu bekas ni. Lauknya ikan masin dan ayam. Ni bahagian atas. Tengok bawahnya ada lapik dengan daun pisang. 

Ada kawan Dania yang Dania baik juga tak ambik sebab tak familiar dengan nasi ambeng sebab kawan Dania ni orang Sabah. 


Di bawah daun pisang penuh nasi. 


Jadinya hubby suruh Dania bawa ke kelas untuk diberikan kat kawan-kawan sekelas tapi ada 4 bekas je la. Siapa nak silakan ambik. Dania segan juga nak bawa bekas besar-besar tu. Tiba kelas, Dania war war dalam whatsapp group kelas dan bagi tahu sape nak sila datang depan kat tempat Dania. Dania masa tu duduk depan sekali. 

Kebetulan lecturer tak sampai lagi disebabkan kesesakan jalan. Kawan sebelah ambik 1, tinggal la 3. Sekejap je habis dah. Ada kawan Dania yang perempuan cakap banyaknya ni....dia pun akan share dengan kawan. Ya 1 bekas ni memang kalau saya la tak habis. Boleh share 2 orang. 

Rezeki la kan. Kadang pelajar ni tak sempat pun makan pagi jadi bila dapat dah jimat makan pagi mereka. Tak payah keluar duit. Kita dapat lebih, kita share la pulak. Masing-masing dapat merasa. 

Siapa yang suka nasi ambeng? 





XOXO,
Ezna

 

7 ulasan:

  1. MA suka..sedappp... And yes portion nya memang byk selalunya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak MA....tu la kalau kami 3 orang memang tak habis ni.

      Padam
  2. Nasi Ambeng sedap, lamanya tak makan. Saya suka...!! 😍😍

    BalasPadam
  3. nasi ambeng ni pernah makan kat surau dalam talam beramai ramai...memang bertambah tambah

    BalasPadam
  4. Takpe, orang sabah pun boleh belajar2 makan

    BalasPadam
  5. Sedapnya nasi ambeng!
    Berpanjangan pahalanya In Sha Allah

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.