Isnin, Mei 5

Majlis aqiqah di Lamanz De Putra

Majlis kedua pula di Putrajaya. 
Ada kanopi yang luas di sini tapi tempat duduknya di bahagian dalam. Kat luar ni ada sedikit ajer meja dan kerusi. 


Hubby ambik sate. 


Ni pula kari kambing. Ada 2 cucu perempuan dan 1 cucu lelaki yang aqiqah hari ni. Kambing pula dari 4 ekor kambing la kan. 


Ambil sedikit kari kambing untuk dicicah bersama roti. 


Kari kambing ni serius sedap. 


Kat props untuk ambik gambar ada seseorang yang sama baju dengan Dania 😅. Ni majlis kedua yang berturut ya ada baju sebijik Dania. Kalau tengok tudungnya memang sama dengan warna tudung majlis yang pertama. 


Haaa baju Dania yang ni dari Bayu Somerset. Best seller rupanya sebab mungkin warna baju kurung kedah yang pastel ni menarik minat ramai untuk menggayakannya. 


Dewan majlis ni yang besar dan cantik. 


Ada lampu kecik juga tapi lampu ni kena berhati2 kalau terbakar mau terbakar kat kanopi pulak. Pernah berlaku kat satu majlis yang saya hadiri. 


Ada bunga terjurai juga. 


Nasib baik Dania pakai baju lain ya....idak jadi kembar pulak. 


Majlis ni since Syawal tak habis lagi jadi majlis Aqiqah Raya. Post saya lewat. Syawal pun dah pergi. 


Center piece kat setiap meja. 


Kat kerusi ada dedaun ni. 


Gambar kita....


Dania dan ayahnya....haaa sama tak muka?. 


Nama majlis dipaparkan kat depan ni dengan bunga putih. 


Masa kami nak balik, kambing golek baru tiba....jam 2 petang masa ni. Van kambing golek ni ada masalah pulak. Itu yang tiba lewat ke majlis. 


 Jemputan sehari sampai 2 tapi nasib baik lokasinya tak berapa jauh diantara satu sama lain. 




XOXO,
Ezna





8 ulasan:

  1. sedapnya tgk kari kambing cicah roti tu..cantik dewannya...

    BalasPadam
  2. dania + ayah = fotostat ;) cantik dania ootd this colour! sedapnya kambingggg!

    BalasPadam
  3. Kari Kambing + Kambing Golek..... hilang rasa nak Diet tu

    BalasPadam
  4. Kenapalah kambing golek datang lewat

    BalasPadam
  5. Aduhai kari kambing..Mujur dah dpt mkn last week =D

    BalasPadam
  6. Aduhai....meleleh air liur tengoh gambar kambing golek tu.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.