Khamis, Mei 8

Lepas breakfast, urusan di bank pulak

Dah lama tak makan kat Tamam Tea  & Coffee  kat Bandar Baru Bangi. Disebabkan ada urusan di Bandar Baru Bangi, decide breakfast kat sini tapi hubby naik motor sebab nak terus ke office. Saya dan Dania ada urusan lagi kat area berdekatan. 

Jom tengok makanan yang kami order. 
Hubby order nasi lemak. Masa ni tak tiba lagi. Kami yang tiba dulu. Tolong order la untuk hubby. 


Dania dengan roti canai sarang burung. Kat sini roti canai sarang burung dia simple je. Tak ada yang tambah daging ya. 


Saya pilih bihun goreng dan teh o panas. 


Dania terlupa nak update bank pasal nombor telah ditukar. Kalau nombor ditukar, kena ikut bank tu macam mana nak buat. Kalau RHB kena pergi cawangan untuk update no telefon baru. Tak boleh call customer service ya. 


CIMB pula kena update di ATM je. Kena gi kat CIMB Clicks dan update no telefon baru di ATM. Ni ke kaunter sebab nak buat pertanyaan. 


Nasib baik la kedua bank ni dekat ajer diantara satu sama lain. Bank RHB kena buka akaun masa daftar Ijazah di UPM. Memang kena buat dan jadi kad matriks juga, bank CIMB pula buka akaun masa kerja FOS lepas SPM. Mana la tak banyak akaunnya. Ada lagi satu bank kena pergi sebab tak boleh buat online. 




XOXO,
Ezna
 

12 ulasan:

  1. Byk akaunnya ye hihihihi...
    itulah skrg ni rasanya kebanyakkan bank kecuali Maybank rasanya boleh tukar no dkt atm je..yg lain tu semua kena g bank..

    BalasPadam
  2. Roti canai sarang burung tu padu. hihihihi

    BalasPadam
  3. Dari tiga² dish ni, paling menggiurkan nasi lemak, hehehe.

    BalasPadam
  4. dulu banyak betul kad bank, kerja banyak tempat. now, pegang dua je kad atm.
    sedap pula tgk roti yg bertelur tu, isk!

    BalasPadam
  5. zharfan pun ada jugak akaun RHB ni sbb rasanya students uni memang kena bukak..tp zharfan guna maybank as his bank utama (dulu bukak masa keje part time sebulan dgn my sil ie dpt surat referral dari opis SIL)

    BalasPadam
  6. nasibaik bank dkt2 senang selesai urusan tu

    BalasPadam
  7. Bnayak part-time memang banyak kena buka bank kan..so far my Dania guna 1 akaun Maybank je..

    BalasPadam
  8. Semoga semuanya selesai dengan sempurna..Amin

    BalasPadam
  9. hurmm mmg leceh bila kena update nofon kat kaunter.. waahh sedapnya roti canai sarang burung!

    BalasPadam
  10. suka roti sarang burung ada mcm2 kuah mcm ni... sedap sedap!

    BalasPadam
  11. Sedapnya roti canai sarang burung.. saya pestime makan dulu masa pegi melaka. Smpai sekarang teringat-ingat ๐Ÿ˜‹

    BalasPadam
  12. CIMB saya akui jauh lebih digital cara2nya. Semua tinggal online atau lewat mesin dia.๐Ÿ‘๐Ÿ‘. Makanya saya pakai rek ini. Saya pun pakai bbrp rek bukan kenapa2, tp fungsi masing2 beda ๐Ÿคฃ. Macam HSBC Krn saya pakai utk buat bank reference jika traveling ke negara2 yg pakai Visa. Sebab dia bank asing besar, jadi Visa lebih lancar kalo pakai bank reference dari HSBC .
    Makanya rek utama saya di HSBC.

    CIMB pula utk belanja2 di manapun dan trutama jika ke malaysia๐Ÿคฃ sebab mudah tinggal tap saja. JD rekening traveling saya banyak di CIMB . Ada 1 lagi bank lokal Indonesia saya pakai, hanya utk belanja online ๐Ÿ˜‚. Sengaja pisah2 biar tak diutak Atik rek utama kak

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.