Rabu, Mei 21

Kenduri kahwin di Nilai, Mitsui, Watson

Saya mendapat jemputan kenduri kahwin kawan anak di Aminah Hamid Event Hall pada 11 Mei 2025. Ada juga terjumpa kawan saya yang dulu2 suka masuk contest. Plan kalau tiba boleh je duduk sekali. Tuan rumah ni pun memang suka masuk contest juga. Tak hairanlah Suzi pun dijemput tapi tak dapat datang disebabkan balik kampung. 

Tuan rumah berdiri diantara saya dan Dania. Sibuk ambik gambar dulu sebelum saya duduk. 


Ni saya dan Dania bersama Merlyn di meja tapi ada suami saya, suami Merlyn dan anak Merlyn nama Ridzuan. Gambar pengantin tak ada sebab rancak betul berborak. Hehe. 



Pelamin yang sangat cantik. Ada rama-rama lagi. 


Ini pula tempat memotong kek pengantin. 


Lepas tu dah alang-alang di Nilai, Dania kata boleh la ke Mitsui pula tapi kami solat dulu di Masjid KLIA. Tak ada penerbangan haji masa tu, kalau tidak...kat roundabout tu mesti kena berhenti beri laluan bas2 jemaah haji. 

Berkenannya warna mint green ni, sweet betul2 kasut ni tapi tumpang bergambar je la. Tak beli pun. 


Masuk pula kedai Puma. Aduhaiiii siapa yang berani pakai baju ni?. Nak pergi pantai mungkin sesuai kot 😅


Dah jalan-jalan dalam Mitsui ni cover hujung ke hujung haus pulak. Singgah food court dia. 


Tak habis lagi jalannya tu. Selesai kat Mitsui singgah IOI City Mall pulak. Ada lah tu Dania nak beli something. 


Singgah kat Scent Bar ni nak test bau....sekali ada makcik lalu...saya cakap bau ni sedap....terus dia sembur kat baju dia....oh bukan nak beli....err saya pun tak beli pun....


Lepas ni baru balik ya. Window shopping pun bahagia bagi saya walaupun tak beli apa-apa. 😁





XOXO,
Ezna

 

6 ulasan:

  1. Alhamdulillah .. sakan berjalan hihihi...rezeki...

    BalasPadam
  2. cantik betul dewan/pelamin tu sbb ada butterfly! memang i nak attend wedding anak nida tu kalau tak balik kg...tp sbb dh clash kan, tak dptlah attend

    BalasPadam
  3. Lawa tempat potong kek kahwin tu Kak Ezna...

    BalasPadam
  4. Kita geng sis...Window shopping is one of our therapy =D

    BalasPadam
  5. Window shopping seronok juga. Tapi kalau Cuya, ada saja benda nk dibeli hehe

    BalasPadam
  6. Kadang window shopping pun terapi diri.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.