Masa pagi hari jadi saya tu, ada jiran buat majlis doa selamat. Beliau dapat panggilan haji. Isterinya sahaja la dapat panggilan sebab suaminya dah pernah pergi. Rasanya Fiza ni pergi ke tanah suci dengan ahli keluarga juga.
Masa ke sini tu saya terasa macam majlis saya pula sebab scallop canopy warna kegemaran saya. Ada berikan Fiza paper bag cenderahati berupa stokin tawaf tapak tebal dan stokin tangan. Dan saya minta juga Fiza doakan sebab kebetulan majlis tu jatuh pada hari jadi saya. Fiza suruh saya whatsapp doanya. Alhamdulilah.
Moga doa saya dibaca di tanah suci nanti....aamiin...
Kek ni ada tapi lepas tu terlupa nak ambik.
Lauk pauk yang diambil ialah ikan keli dan ayam goreng serta sambal belacan. Itu sahaja.
Ni pula pinggan Dania. Hubby duduk sekali dengan gang jiran lelaki. Datang awal lagi sebab ada kat majlis doa selamat sebab awal tu dijemput AJK surau.
Seleksi lauk pauk. Tuan rumah kata Nasi Kak Wok.
Terima kasih Shafiza dan Haji Kaswan menjemput. Moga ibadah haji Shafiza diterima oleh Allah. Aamiin.
XOXO,
Ezna





Alhamdulillah byk dpt berita dari kenalan yg mendapat panggilan haji... Syukur Alhamdulillah
ردحذفNasi Kak Wok paling simple dan mengenyangkan
ردحذفAlhamdulillah.Semoga beroleh haji mabrur hendaknya 🤲🏻
ردحذفKawan² & kenalan kami pun ada 2-3 org bakal berangkat hujung minggu ni & minggu depan.
Sedap nasi Kak Wok...
Alhamdulillah..Semoga Allah perkenankan doa2 sis....Fever kaler kita sama la sis..Purple...=D..Jarang2 sy jmp ikan keli goreng dkt majlis kenduri...Ni menu rare ni kalau ada..=)
ردحذفAlhamdulillah, doa selamat sambil birthday sekali. Double blessing! Lepas ni boleh request doa special, moga hoki selalu datang macam lauk ikan keli dan ayam goreng dalam pinggan.
ردحذفkek tu nmpk sedap laaa..i ni suka kalau kek2 butter gitu hahah
ردحذفada lauk ikan keli sedap tu...smoga dipermudahkan urusan jiran utk menunaikan haji
ردحذفAlhamdulillah dapat panggilan teman kakak. Semoga kita pun dapat cepat dipanggil berhaji yaa ☺️.
ردحذفAlhamdulillah...ramai dikalangan kawan- akwan office pun dapat panggilan ke tanah suci...rasaa macam lama plak x makan ikan keli...hahahaha
ردحذفAlhamdulillah dapat panggilan Haji. Moga mendapat Haji yang Mabrur.
ردحذفإرسال تعليق
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.