Sabtu, Mei 31

Rezeki telur dan kali kedua tuai bayam

Ada sekali lepas ambik Dania kat fakulti, nampak susah bukak pintu kereta rupanya.....
Kat tangan ada 2 pek telur. Kat dewan tengah diadakan derma darah kemudian ada lori CP datang. Kebetulan Dania masa tu tak balik lagi tengah tunggu ummi. Kawan Dania yang jaga booth telur CP offer sape nak ambik. Ada lebih kurang 15 pek tu. Dania mulanya ambik 1 je tapi kawan Dania suruh ambik lagi sebab tahu Dania duduk rumah. Ummi dia pun memasak. Hehe

CP juga menaja untuk hadiah graduan terbaik untuk Fakulti Pertanian khasnya untuk pelajar Animal Science. Setiap kursus dalam Fakulti Pertanian ni ada penajanya tersendiri. Penaja yang paling banyak datangnya dari program Animal Science. Moga Dania ada rezeki untuk menjadi salah seorang pelajar terbaik Animal Science masa graduasi nanti. Aamiin. 


Ini pula hasil tuaian kumpulan Dania untuk kali kedua. Hari ni saya tak ada kat ladang jadi ummi dah bersedia untuk terima gambar bayam je la takde gambar Dania dan kawan-kawan. 😅. Haa ada nampak kasut tu entah kasut siapa. 

Kali ni mereka dapat tuai sebanyak 3kg. Alhamdulilah. Sebenarnya ada lagi untuk batch ketiga. 


Saya pergi ambik kat Ladang ni tapi kena tunggu kejap. Rupanya mereka tengah bersembang pasal 'hantu tu'. Lagi satu mereka nak tunggu sampai saya datang baru mereka balik ke kolej. Terima kasih semua sebab tunggu Dania. Rasa bersyukur sangat kan. Ada la peneman Dania. Dania kata dah cakap dah kat mereka suruh balik tapi mereka nak tunggu saya tiba dulu. 


Semua dimasukkan ke dalam kereta. Bayam dan Sawi ni habis semua saya borong. Sawi ni ada kumpulan lain yang tuai. Ada permintaan kat office hubby jadi borong semua untuk hubby bawa ke office dan Dania dan kumpulan tak payah la nak mencari buyer lagi. 


Petang, sawi ni saya siap basuh dah....tak perfect daunnya sebab berlubang. Guna baja organik kan....


Siap dah masak sayur sawi tumis dengan telur yang dapat free 2 bekas tu. Dah telurnya banyak letak 2 terus dalam ni. Biar puas hati. 


Ada pula lauk ikan masak sambal. 


Alhamdulilah untuk segala nikmat yang Allah berikan. 




XOXO,
Ezna

 

Majlis perkahwinan anak kepada jiran lama

Majlis ketiga pada minggu yang sama berlangsung di Dewan Seri Siantan kat Putrajaya. Dewan ni memang besar dan cantik. Ada dibahagi juga tetamu pihak perempuan dan pihak lelaki. Rasanya majlis resepsi ni dibuat sekali oleh kedua belah pihak pengantin. 


Ni kawan saya yang perempuan dengan pasangannya. Saya kawan dengan kawan Ayu iaitu Wan Nor Azlina lepas tu dengan Ayu sekali saya berkawan. 

Masa masuk dewan ni kebetulan pengantin baru sampai. Ayu dan suaminya mengiringi pengantin. 


Ini pula jiran lama saya. Excited kami bila berjumpa. Rin selalu share tentang anaknya. Pernah saya cerita dulu tentang anak Rin yang tinggal sehelai sepinggang setelah asrama MITS Jugra terbakar. Apa yang dipakai masa ke surau itulah sahaja yang tinggal. Beg, buku2, alatulis dan pakaian habis terbakar. Sekarang ni anak Rin dah kat Edinburgh dapat tajaan YTP Mara. Sebaya dengan Dania. Hafaz 30 juzuk masa berumur 15 tahun. Ya Allah memang wow anaknya....

Seronok dengan anak kawan-kawan yang berjaya kemudian saya doakan juga untuk Dania. 


Ini pula gambar bertiga. 


Hubby bersama ex imam surau rumah kami yang lama di Puncak Jalil. 


Ini pula Lin atau Wan Nor Azlina. Sanggup pusing satu dewan nak mencarinya. Lama tak jumpa ya jugak. Masa kat LKIM dulu, saya sangat baik dengan Lin ni. Terkeluar airmata jugak la. Hehe sebab teringat la kisah lama-lama....yang baik2 ajer masa bekerja di sana. Sekarang ni batch saya yang menerajui LKIM. Batch pegawai atasan saya majoriti dah bersara dah. Dulu masa baru masuk LKIM, jawatan saya Penolong Pengarah. Saya pula ditempatkan di Bahagian Komunikasi Korporat. Sekarang ni Penolong Pengarah di rumah ajer. 😉


Lin dan anaknya. 


Ini pula Yann Arif. Jiran saya area Puncak Jalil ramai yang menggunakan perkhidmatan dekorasi rumah dengannya. Psstttt dah tanya jugak kat Lin berapa caj yang dikenakan. Hehe. Tanya je kalau ada budget baru on la. 


Bila senior UPM tanya junior UPM. Lin dulu pun lulusan UPM dan masa ni bercerita pasal kolej dan fakulti. 


Bergambar bersama puan rumah....Ayu. Tahniah Ayu dah dapat menantu dah. 


Dania depan istana kehakiman, Putrajaya. Kami parking area sini tak parking tepi jalan. Lepas tu kena melintas untuk ke Dewan Seri Siantan. Nak parking tepi jalan takut penguatkuasa Putrajaya ni datang saman pulak sebab kat area Putrajaya ni Penguatkuasa dia memang aktif. 


Boleh bandingkan Dania masa sekolah kat Dewan Seri Siantan juga ada Pertandingan Robotik. Sekarang ni kawan-kawan Dania semua dah masuk Uni masing-masing. Boleh la buat kenangan sebab ummi Dania ni suka menyibuk kalau Dania masuk apa ke.......Hehe....


***Insya Allah hari ni kami akan ke Ipoh untuk menghadiri perkahwinan anak kepada sepupu saya. 




XOXO,
Ezna

 

Jumaat, Mei 30

Penampakan entiti

Gambar yang dapat ni anda nilaikan sendiri. Tadi masa Dania dan kawan-kawan menuai bayam untuk kali kedua, saya tak ikut kali ni. Menunggu Dania update gambar bayam sebab ada permintaan juga kawan satu office hubby request nak membeli bayam. Sekali.....gambar ni yang saya dapat. Haishhh mula-mula tak perasan apa....

Actually, kat sini pun boleh nampak entiti tersebut. Hint : Di bawah lampu jalan pertama. 


Dia zoom pula entiti tersebut. Katanya pelajar ni jogging area sini malam-malam. Kena berhati-hati juga kawasan sini sebab saya dan hubby pernah masuk malam-malam area sini kemudian babi hutan berlari membabi buta depan kereta. Nasib baik tak terlanggar je. Tau je la babi hutan ni kan besar. Mau kemek juga kereta kan. 

Kawasan ni memang berdekatan dengan Kolej S******* dan laluan ni kalau siang-siang shortcut dari kolej S******* ke main campus. Kalau jam 7 malam laluan ni ditutup. Saya pun selalu lalu untuk ke kelas Bahasa Korea Dania kalau tak nak ikut pintu utama. 

Blur sikit gambarnya sebab pelajar ni zoom je dari arah yang jauh sikit. Berani ke nak gi dekat?. Di hujung jalan ada tanah perkuburan cina. Nasib baik ditanam pokok yang tinggi. Kalau tak, nampak je tepi jalan. 


Ni gambar fresh ambik selepas Dania harvest. Bila ummi kata nak ke sini.....Dania kata ummi ni....😅. Boleh nampak batu TNB tu dan tiang lampu kat tengah tu. Haaa kalau ikutkan gambar atas kat situlah tempatnya. Siang ok tapi kalau malam-malam tak berani ummi. Even pernah lalu petang Rabu baru ni sebab kelas Dania habis jam 7 malam. Memang sunyi tak ramai yang lalu tapi ada je kereta atau bas UPM. 


Ini pula salah satu gambar yang Dania dapat juga. Nampak la kepala pelajar kat situ. Macam mana la boleh terzoom kat pintu belakang tu?. Errr tempat ni kadang saya singgah minum jugak sementara nak tunggu Dania. 


Mula-mula memang tak nampak tapi bila Dania suruh ummi terangkan sikit 'brightness' phone barulah nampak. 

 

Benda-benda macam ni memang ada. Cumanya harap2 saya tak berjumpa la. Kalau rasa tu memang pernah kat 3 hotel di Malaysia ni. 

You alls ada pengalaman ke?. 




XOXO,
Ezna

Khamis, Mei 29

Mega Glory Hall dihiasi bunga-bunga berwarna pastel

Selepas majlis di Inspen, kami ke Ostia, Taman Ostia Bangi pula. Majlis ni merupakan anak kepada kariah surau. Bila masuk je Mega Glory Hall ni nampak perbezaan yang ketara dengan dewan ni masa Dania buat event sekolah kat sini dulu. Baca di sini


Anak kariah surau ni yang lelaki. 


Dewan ni pun tak besar sangat tapi hiasan dewannya saya suka. Manis sangat. 


Hiasan di siling. 


Ambik gambar Dania kat pelamin. Cantik kombinasi warna bunga-bunga pelamin ni. 


Bunga kat atas meja.


Belah kanan ialah Dato' Hj. Shahlan Ismail yang merupakan bekas Setiausaha Politik Dato' Seri Najib Tun Razak (tahun bila saya tak pasti tapi baru tahu info ni setelah saya google). Beliau juga merupakan abang kepada Menteri Dalam Negeri iaitu Saifuddin Nasution Ismail. Dato' merupakan Timbalan Pengerusi surau kami. Dato' kata takde hal dengan adik beradik walaupun fahaman politik kami berlainan. Ye lah adiknya kan PKR, beliau pula dulunya Setpol (Setiausaha Politik Dato' Sri Najib) Umno.

Datin Dr. Noralaini pula merupakan seorang Dr pergigian. 8 tahun lalu merupakan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) Negeri Sembilan. 


Ni gambar yang Dania ambil dari phone Kak Nora. Mulanya saya panggil kak je. Akhirnya Kak Nora kata panggil nama Kak Nora. Cantik la dari phone Kak Nora ni. Asal phone saya blur.....hmmmm....

Kak Nora kata muka Dania persis ayahnya tapi muka ummi dan ayahnya juga seiras. 😍


Majlis kat sini saya tak makan beriya. Saya ambil air dan kuih je. Kenyang dari majlis kenduri yang first jadi makan yang ringan sikit je. 

Minggu ni sabtu ahad penuh dengan kenduri kahwin. 




XOXO,
Ezna

Kenduri perkahwinan anak saudara kepada jiran

Pada 24 Mei baru-baru ni ada 2 kenduri perkahwinan yang kami hadiri. Ini kenduri yang pertama. Majlis diadakan di dalam dewan yang terletak di Inspen. Kenduri ni merupakan anak saudara kepada jiran belakang rumah saya. Beliau menjemput AJK surau dan keluarga ke majlis. 


Dewan ni luas juga. Terletak di Tingkat 2. 


Kalau tengok dari sini mungkin dewan ni digunakan juga untuk graduasi. 


Ada cendol juga. 


Sebelum balik, kita ambil je gambar pengantin jauh2. Kalau saudara saya ok je nak dekat2 pun. Kalau busy macam ni dari jauh je la. 



Standee gambar pengantin. 


Ok next pengantin pulak. 




XOXO,
Ezna
 

Rabu, Mei 28

Sandwich dikongsi bersama | Garsa Kitchen

Ada satu hari tu saje la nak belanja Dania Garsa Kitchen ni. Dulunya kalau nak pick up Garsa Kitchen ni dekat sikit dengan rumah tapi kali ni Garsa ni pindah ke Taman Universiti berdekatan dengan GMI pulak. 


Inilah dia Chickster. Isi dia daun salad, chicken slice, cream cheese dan buah tomato. Dania makan 4 slice je katanya dah kenyang. Selebihnya dia pass ke kawan-kawan kat belakang. Sebenarnya kalau la setiap satu sandwich tu dia letak dalam kertas doily putih tu jadi boleh la diasingkan sandwich kan. Ini letak macam ni. Susah juga nak makan. Akhirnya tiba kat Dania plastik je sebab sandwich pun dah habis dan kotak sandwich kawan buang dah dalam tong sampah. Ok sandwich dah habiskan la tu. 

Kalau tengok sini mana satu set dia pun dah confuse kan?


Dania tak lunch walau ada event kat Dewan sebab ummi kata nak datang bawa sandwich. Dania selalu akan beli / makan jika ada event kat Dewan fakulti tu. Kawan-kawan yang pergi sekali memang makan berat la. Dania je makan keropok je. 


Ini je Dania lapik perut. Selebihnya bagi kat ummi. Keropok lekor potongan nipis ni. 


Ada juga perisa campuran dalam satu kotak tapi saya pilih satu perisa je sebab kalau share dengan kawan-kawan ni ada yang orang India jadi tak makan daging. Jadi, saya beli je ayam. 

Nak tengok Garsa Kitchen ni boleh ke website https://garsakitchen.com.my/





XOXO,
Ezna



 

Mission Impossible The Final Reckoning | Movie Review

Credit : Google

Lepas menuai dan selesai semuanya saya dan Dania balik rumah. Kemudian keluar balik ke IOI City Mall nak menonton Mission Impossible The Final Reckoning. Selalunya saya beli tiket online tapi tak sempat nak beli online sebab last minute punya plan. Ingat nak rehat lepas Dania menuai tu. 

Tiba kat IOI City Mall beli tiket movie masa yang terdekat iaitu kol 3 petang. Masa tayangan 2 jam 49 minit dengan pawagam di Atmos Maxx GSC. Hishhh kuat betul sistem bunyi dia sampai 2-3 kali masa awal filem ditayangkan saya terkejut. Lama2 bila dah biasa dengan bunyi tu saya ok je. 😅. Terkejut bila ada part mula2 senyap tiba2 berbunyi pulak....

Pelakon dibarisi oleh :

Tom Cruise : Ethan Hunt
Hayley Atwell : Grace
Simon Begg : Benji Dunn
Ving Rhames : Luther Stickell
Pom Klementieff : Paris

Mengisahkan Ethan Hunt yang baru menjumpai kunci untuk membuka code Entity iaitu sebuah kecerdasan buatan (AI). Entity ni cerdik sangat sampai boleh kawal sistem nuklear negara lain. Ada negara Korea Utara, Pakistan, Is**** dan beberapa negara lagi.  

Disebabkan nak membuat misi merbahaya ni kena ambil la beberapa lagi orang untuk membantu seperti Paris dan agen CIA, Theo Degas. Kemudian Ethan kena mencari code kat dalam kapal selam yang dah lama tenggelam. Misi ni agak tak logik jugak la sebab dah la kapal selam tu dah tenggelam. Nak pergi situ pun Tom Cruise sorang je jadi macam ala ala Hindustan sikit la. Pastilah hero akan selamat tapi sebelum tu ada juga detik-detik cemas juga. 

Ada satu hard drive yang mengandungi 'malware' atau virus yang direka oleh Luther. Hard drive ini boleh membantutkan misi jahat AI ni. Hard drive ini diberi nama 'Poison Pill'. Dibawa lari pula oleh orang jahat bernama Gabriel. 

Ada juga scene atas kapal terbang kecik yang pilot training tu di mana scene kejar mengejar diantara Ethan Hunt dan Gabriel. Rasanya stunt semua Tom Cruise yang buat sendiri. Pernah ditanya dalam siri talkshow Jin BTS bernama Run Jin. Jin tanya Tom Cruise macam mana dia boleh bergayut kat kapal terbang tu?. Tom Cruise kata dia melakukan exercise di gym lebih dari biasa untuk scene bergayut tu. 

Bagi saya filem ni best la. Ethan Hunt menyelam, berlawan, bergayut kat kapal terbang, mengejar lawan dengan berlari, terjun jurang tinggi dengan motosikal.....memang kena stamina yang tinggi. Tom Cruise pun berumur 63 tahun pada 2025. Rupanya memang Tom Cruise yang buat sendiri stunt. Bayangkan kalau ada sedikit kesilapan apa yang akan berlaku kan?. Ada juga menonton youtube tentang pembikinan filem ini. Tinggi platform kat jurang di Norway tu.....seram.....

Berapa rating saya nak beri? 5 / 5 lah....saya suka menontonnya....cumanya kena bersedia menonton selama 2 jam 49 minit. Dania pun sama juga kata best movie ni. 




XOXO,
Ezna



Selasa, Mei 27

Tibalah masanya menuai bayam

Pegawai Pertanian di Ladang ni dah bagitau group Dania dah boleh menuai bayam dah. Jadinya lepas makan dan lalu sebelah kereta terbalik tu, terus la menuju ke ladang. Group Dania ada 7 orang semuanya tapi hanya ada 6 orang je sebab seorang tu demam.

Ini bagi memenuhi subjek Keusahawanan Pertanian. 


Ada juga beberapa kawan yang tanya wahhh dah boleh harvest ya? Sebenarnya tanaman group Dania paling naik pokoknya. Group lain samada jarang-jarang naiknya atau pokoknya masih kecil. Ikutkan ada je group yang tanam lebih awal daripada group Dania. 


Pucuk pangkalnya, bila tanam ni kenalah jaga pokok-pokoknya. Itu je tips dia. Pokok perlukan penjagaan seperti baja, rumpai pula dicabut. Rumpai group Dania ni mereka mereka mencabut yang berdekatan dengan pokok bayam. Kalau hari ni cabut....2-3 hari dia naik lagi. Jadinya cabut setakat yang termampu sahaja. Nak cabut sampai licin habis tak ada rumpai agak mustahil. Nak nak mencabut kat tanah lapang di bawah sinaran matahari yang terik. Boleh pengsan dibuatnya walaupun pakai topi. 


Letih juga bila melihatkan rumpai yang banyak ni. 😅


Group kiri buat penanaman semula sampai habis hitam tanahnya. Baja yang digunakan group Dania punya. Habis dikerjakan tanpa tak tinggal sikit pun ya. Kononnya dah habis membaja baru tersedar group Dania punya baja. Hmmmm baja tu sebenarnya saya beli 1 guni besar tu untuk group Dania. Setiap minggu group Dania membaja guna baja organik tu la. 


Baja 40kg ni boleh habis ya....bayangkan. 


Tekun mereka memilih bayam yang bersaiz besar untuk dituai. 


Dikumpulkan dalam pongkes ni. 


Gambar mereka satu kumpulan. Freestyle Freestyle....


Ini gaya biasa sahaja maksud saya berdiri tegak sahaja. Hehe....masing-masing dengan sejambak bayam. 
 

Ada la yang suruh kawan ambikkan gambar. Saya ambil gambar mereka ni menggunakan kamera dan kamera kat telefon. 


Gaya apakah ini?. 


Tanaman dibasuh dulu. 


Ditimbang, diikat dengan getah untuk kemas kemudian dimasukkan dalam plastik. 


Ada lubang-lubang juga pada bayam ni bukan perfect tak ada lubang langsung. Ini tandanya ada ulat makan daun bayam. Kalau perfect daunnya tak ada ulat yang makan berkemungkinan menggunakan racun serangga tu ada. 


Lepas tu mereka sambung menabur baja untuk bayam yang belum harvest. Insya allah 2nd batch coming soon. 


Masing-masing mengerjakan batas masing-masing. 


Tunjuk whatsapp kat hubby cuba approach kawan office kalau berminat nak beli. Sekali ramai yang nak beli. Terus habis bayam yang harvest tu. Ada juga group Dania approach orang kedai makan dalam UPM ni. Diborongnya 6 plastik. Itu pun ada juga tak dapat penuhi permintaan kawan office hubby. Ada yang terlambat juga nak order. 😅. Laku keras nampaknya. 


Ada 2nd batch yang belum harvest. Moga ada rezeki saya nak merasa pula. Tak sempat ya....sekelip mata laku. 





XOXO,
Ezna