Photoshoot di Raia Hotel & kasut tercabut tapak

Ni bergambar kat dalam bilik depan cermin ni. Memang hubby sporting dikerahkan ambil gambar. Hehe


Dania dengan hiasan di lobi hotel. Pergola kat belakang tu untuk dijual ya. Pagi raya kami warna biru. Ingat kot nak posing tepi bendang. Hujan lebat pulak hari raya pertama ni. Indoor la jadinya. 


Gambar Dania di tangga. Kasut Dania pakai ni yang tercabut tapaknya. Eiiii biasa tu....


Gambar saya dan hubby pulak. 


Gambar bertiga pulak. 


Bila dah berehat, solat, mandi kami keluar nak ke Aman Sentral. Elok je nak keluar bilik, tapak kasut Dania tercabut. 


Cari la sepasang kasut baru berwarna hitam yang boleh dipakai masa kuliah juga. Kasut raya boleh, kasut kuliah boleh. Kasut yang tercabut tapak tu pun beli kat Aman Sentral jugak. 


Dania pilih yang ada heels rendah. Tak ambik yang heels tinggi. Paling penting tapak kasutnya berkusyen. Ni jenama Carlo Rino. Jenama ni tak tengok asalkan selesa kat kaki je. 


Kedai yang buka mamak tapi macam tak lalu nak makan. Singgah sini nak merasa buat pertama kali. 


Ada ayam bersalut BBQ, nugget, air dan burger. 


Burger dia agak nipis. Rasa oklah....harga? RM12 satu burger ni. 


Ayam setelah dicicah cheese. Rasa smoky dan berlemak. Cheese ni macam serbuk cheese rasanya. 


Bergambar jap depan F.O.S. Aman Sentral. Mengimbau kenangan ke tu?. 


Balik hotel....Raia ni memang kami suka menginap hotelnya. Parking sangat banyak dalam compound hotel. Rasa selamat la berbanding parking kat luar. 


 Habis dah cerita Raya pertama kami....sambung esoknya pulak.





XOXO,
Ezna

20 تعليقات

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. mujurlah dekat je hotel & nak beli kasut baru hehehe.. cantiknya Dania & ibu ayah! manissssss anak dara! hehe

    ردحذف
    الردود
    1. Terima kasih Ana. :) Dalam perjalanan tu nasib baik tak jam....

      حذف
  2. Selamat hari raya. Maaf zahir & batin.

    ردحذف
  3. Mcm kejadian kak M, 2 tahun lepas.. Raya pertama tapak kasut tercabut.. Terpaksa lah ke kedai beli kasut baru.. Padahal kasut yg tercabut tapak tu pun baru je beli

    ردحذف
    الردود
    1. Kasut tercabut tapak Dania tu baru tukar tapaknya kat pembuat kasut. Ehhhh....tercabut jugak. Nampaknya memang kena beli baru la Linda.

      حذف
  4. cantik2 la gmbr posing2 kat hotel tu!! nice sgt!

    ردحذف
    الردود
    1. Terpaksa pakai stick untuk ambik gambar bertiga tu Suzz....

      حذف
  5. Macam tau² je nak pergi mall ye, ngam² tapak kasut tu tercabut hik :D
    Sana sini mmg kedai mamak je yg buka bila raya² ni kan...

    ردحذف
    الردود
    1. Kasut ni pun mengada ni PH. Mungkin dah sampai masa la tu. Dah baiki pun sebelum ni kasut tu. Dia tercabut jugak...kenalah membeli jugak akhirnya.

      حذف
  6. Itu sebab kena pilih hotel yg cantik baru boleh bergambar alang2 dah nak berhari raya hihii.. Alhamdulillah nasib dekat jer nak beli kasut tu..

    ردحذف
    الردود
    1. Sebenarnya nak ambik gambar sawah padi. Takde rezeki sebab hujan lebat pulak. Jadi indoor ajer la.

      حذف
  7. anak dah berapa kali ajak masuk richcheese factory tu...belum ada kesempatan lagi. Suami saya agak kakau diajak bergambar... kelakar hasilnya..hahaha

    ردحذف
    الردود
    1. Sebenarnya ada Dania cakap sebelum2 ni. Nak nak masa raya ni kedai orang kita tutup. Mamak je yang buka. Tak lalu nak makan makanan mamak jadi bila masuk mall ni makan je apa yang ada kat sini. Kebetulan Richeese ni ada. Rasanya brand dari Indonesia ni.

      حذف
  8. Lawanya kurung based putih corak color biru...suka tengok...

    ردحذف
    الردود
    1. Warna jadi naik sebab latarbelakang putih tapi kena berhati2 kena pakai inner dan seluar kat dalam untuk lebih selamat sebab baju warna putih.

      حذف
  9. Selamat Hari raya sis...Mlm raya sy baru kecikkn pinggang kain baju raya che mek..Sbb sy terlupa nk jahit mase dkt rumah KL..Mujur tokma dia ada bekas menjahit =D

    ردحذف
  10. raia hotel panel company...kalo outstaion kedah stay sini..nextweek ptt ke sini juga tp sbb kita byk report dh inform bos tkbole outstation

    ردحذف
  11. kemain curlass kamu kak, ootd kat hotel. tema kita sama. lawa-lawa.
    setakat sampai hari ini, belum pernah lagi 1 Syawal di hotel, tapiii boleh di cuba ni, lain dari yg lain.

    ردحذف
  12. Eh saya sukaaa baju kurung raya yg kakak dan Dania pakai. Beli di mana ya? Memang nak cari baju kurung lah kalo nanti ke KL sept ini. Kemarin saya tak sempat cari.

    ردحذف

إرسال تعليق

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.