Rabu, April 30

Pukul 7 pagi makan sate

Berdua breakfast dengan hubby selepas hantar Dania ke Uni. Kami memilih untuk makan di Sate 7 pagi. Masa ni hari biasa tapi orang ramai juga. 


Saya memilih bihun goreng bungkus. 


Hubby makan ni je buat lapik perut sebab nanti kat office ada makan-makan besar-besaran. 


Tapau sate juga. Nanti Dania balik kelas boleh la makan. 


Restoran 7 pagi ni memang buka awal dan memang ada sate juga pagi-pagi ni. Tak payah tunggu malam nak makan sate ya. Kadang-kadang saya tak ikut hubby hantar Dania kelas pagi-pagi. Tapau je breakfast untuk saya. 





XOXO,
Ezna

 

Borong barang di DIY

Kalau nak buat projek membersihkan kawasan boleh cari barang-barang di Mr. DIY.  Hubby memegang penyepit untuk mengutip sampah. Nak beli 2 sebab 1 dah ada. 


Boots ni untuk saya sebab hubby dan Dania dah ada. Saya ambil yang sederhana tinggi. 


Tak dilupakan sarung tangan la. 


Kat DIY pun ada jual tudung Zoe Arissa. Macam pelik sebab dijual di kedai DIY kan tapi dah ada kolaborasi yang unik ini. 


Ala comelnya bantal hitam ni. Dania teringat kucing yang selalu datang kat rumah kami ni. Warna dia memang gelap la. Sebijik macam bantal meow ni. 


Barang berkebun tu ada juga saya beli kat sini. 





XOXO,
Ezna

 

Selasa, April 29

Maxis oh Maxis....

Saya ada ke Maxis pada 8 Januari 2025 sebab nak terminate nombor Dania sebab phone dia kena hacked tu. Diulangi 8 Januari 2025 ya....Amboiii kenapa nak ulang sampai 2 kali ni? Baru2 ni sajelah saya godek2 akaun Maxis saya online sekali.....eh eh...phone Dania yang kena hacked masih aktif. 


Kronologi : 

8 Jan 2025 - Pergi Maxis Alamanda dan minta terminate nombor Dania yang 012-*****55 sebab kena hacked. Blog post di sini Masa ni Dania dapat nombor baru la. 

17 Apr 2025  - Godek2 Maxis punya akaun online dan ternampak nombor 012-*****55 belum terminate dan saya kena charge RM79 untuk akaun tersebut. Kenapa kena charge. Saya request T.E.RM.I.N.A.T.E? No ni saya selalunya bayar RM48/bulan je...bukannya sampai RM79.

18 April 2025 - Pergi Maxis IOI City Mall nak check pasal nombor yang sepatutnya kena terminate tapi masih aktif. Maxis IOI City Mall suruh call 123 sebab mereka cuma agen. Kena deal dengan Service Center / Call 123. 

21 Apr 2025 - Call customer service Maxis kat 123 dan dapat tahu tak ada pun report nak terminate untuk nombor 012-*****55 dan Customer service minta saya ke Maxis Alamanda. Customer Service kata bagus juga saya blog kan pasal ni sebab nanti boleh trace balik tarikh dan person in charge yang bertanggungjawab. 

22 Apr 2025 - Pergi Maxis Alamanda tapi person in charge yang saya deal dulu cuti, esoknya baru kerja tapi shift petang lepas jam 2 petang. Report terminate berjaya dihantar ke Maxis. Baru hantar ya setelah 3 bulan saya request ya. Kalau nak minta Maxis ganti balik duit yang saya bayar free free je RM79 selama 3 bulan tu kena melalui person in charge yang buka kes ini. Hmmm nak kena gi Alamanda balik...tau person in charge kerja petang selepas saya tunjuk blog saya kat staff Maxis tu. Sipi2 je gambar tu tapi staff tu kenal...

23 Apr 2025 - Jumpa person in charge nama A****l. Dia pun agaknya dah lupa saya. Bila dia buka balik kes saya ni ada tertera 8 Jan 2025. Katanya saya kena charge RM79 sebab nak keluarkan nombor tersebut dari family plan. Saya tak faham...saya nak terminate nombor tersebut sebab kena hacked. Sebarang tambahan tu saya tak nak. Apa kebendanya pula kena bayar pulak RM79?. Macam jatuh ditimpa tangga tak?. Kena hacked kemudian naikkan pakej ke pakej baru nombor kena hacked tu. A****l tanya nak masukkan duit dalam akaun peribadi atau reflect dalam bil telefon untuk bulan seterusnya?. Saya minta option masukkan dalam akaun peribadi. 
***Maxis Customer Service yang saya call 123 tu kata PIC upgrade pakej saya kepada RM79. Kalau la kata ni kos termination tapi kenapa bulan 2-4 saya telah dikenakan caj RM79?. Saya minta untuk terminate kenapa sampai 3 bulan masanya?. 

Saya harap selesailah pasal nombor yang ni. Dania pun dah pakai nombor yang baru dah. Tak nak lah saya kena bayar sampai 3 bil padehal 2 nombor je yang aktif guna. Jadi, kena sentiasa alert pasal ni...even kita dah suruh pihak Maxis terminate pun masih tak terminate lagi. 3 bulan tu...lepas tu naikkan pakej pulak. 😒 Kan dah sah sah saya cakap tak nak guna lagi nombor yang tu...

Nak call Maxis pun bukannya senang...tekan 1...bla bla.....tekan * bla bla.....lepas tu tekan apa entah lagi....nak sampai ke Customer Service pun satu hal menunggu jugak. 😩




XOXO,
Ezna


 



Beli makanan di Kedai Mesra

Lepas hantar Dania ke kelas saya pun sibuk nak isi minyak dan singgah kedai Mesra sebab nak beli makanan standby sebab saya tengah berpuasa masa ni. Roti-roti dan air twister saya beli. Dania pun saya belikan sebab nak bagi snek sebelum mula kelas petang. Seleksi roti pun banyak. 


Luas Kedai Mesra Petronas di Presint 16, Putrajaya ni. 


Kat sini ada roti-roti. 


Tealive pun ada. 


Masa ni dah siap isi minyak tapi banyak kereta. Penuh stesyen minyak ni. Jam 3 petang ni. 


Makanan letak je dalam beg tak payah plastik dah. 


Lepas tu pick up Dania dari Fakulti dan menuju ke Masjid UPM untuk Dania solat dulu sebelum sebelah Masjid UPM ni ada bangunan Kompleks Akademik A. Pagar besar ditutup tapi pagar kecik belah kanan ditutup juga cumanya kunci besi tu jarang jadi pelajar boleh melangkah masuk je. Dania punya kelas Bahasa Korea kat situ.

Hari ni pula ada Test 1. Ikutkan selalunya saya akan balik tapi macam decide nak tunggu je lah. Saya parking kat Masjid ni je. 


Tunggu dalam sejam, Dania kata dah selesai. Katanya menjawab Test Bahasa Korea selama 20 minit, check kemudian siap dah. Saya tanya Test macam mana?. Katanya ada listening kemudian pelajar menulis dalam Bahasa Korea apa yang disebutkan dan terjemahkan Bahasa Korea. Patut 5 petang - 7 malam kelasnya. Test start jam 6 petang - 7 malam. 6.20 petang Dania dah selesai semua.

Ummi manalah tak risau kalau jawab 20 minit je kan....Dania kata sebab ummi puasa. Hmmm saya kata ummi dah beli dah makanan & minuman kalau tak sempat tiba kat rumah. Jom la kita balik. 


Moga baik-baik ajer Test 1 Bahasa Korea Dania ni. 





XOXO,
Ezna

 

Isnin, April 28

Bila tanaman bayam naik tunas

Alhamdulilah....masa yang dinanti-nantikan. Bila Dania kata hari Khamis 24 April 2025 nak sambung tanam bayam yang masa tu kehabisan biji benih. Apa lagi...niat nak puasa ganti saya awalkan sehari supaya nanti dapat ikut serta Dania ke ladang. Tambahan pula di luar waktu kuliah. Hehe. 

Terjumpa pula kawan2 course lama Agribusiness yang ke ladang yang sama sebab ada subjek Akuakultur. Mereka kena bela ikan. Kalau tak tukar course memang Dania kena bela ikan la. Subjek yang Dania ambik ni Agricultural Entrepreneur yang Dania kena beli biji benih dan baja, tanam, membaja, cabut rumpai, tuai dan akhirnya menjual. Nak tengok nanti untung ke tak perniagaan mereka. Setiap course kat dalam Fakulti Pertanian kena ambil subjek ni. Bezanya cuma semester berapa yang kena ambik. 

Kawan Dania mencampurkan biji benih dengan pasir. Campuran dengan pasir ini supaya tanaman dapat ditanam secara berjarak diantara satu sama lain. Ia dipanggil penjarangan. 


Campuran biji benih bayam dengan pasir akan jadi macam ni. 


Ambik gambar anak sendiri dulu. 


Tools ni memang saya beli dulu masa Dania course Agribusiness. Boleh mencakar tanah tapi alatannya bersaiz kecik. Senang nak bawa. 


Ain tengah masukkan biji benih dalam alur. Kat satu batas ni dibahagi kepada dua alur. Seorang pula sibuk mencabut rumpai. 


Rupa tunas bayam yang dah mula naik. Ni mereka tanam dah seminggu ni. 


Saya ambil video tunas yang mula tumbuh kat batas ni. Excited pula saya. Warnanya kontra dengan rumpai jadi takdelah tersalah cabut. 


Bila satu batas ni 7 orang yang jaga takdelah terbeban sangat berbanding seorang yang jaga 1 batas macam Dania kena jaga jagung dulu. 


Apa yang penting? Kerjasama!!!. 


Video mereka sibuk mengerjakan biji benih. 


Tools ada 2 jadi ok lah juga. 2 tools ni memang saya bawa dari rumah. 


Ni gambar mereka satu group cuma tak cukup lagi seorang sebab ada aktiviti kolej. 


Semua pandang kamera....senang la kot nak ambik satu dua gambar ni untuk dimasukkan ke dalam report. Ada dari Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan (program 3 tahun) UPM Bintulu yang berumur setahun tua dari Dania, Ada yang dari Diploma Perikanan UPM Bintulu (program 2 tahun) yang sama umur dengan Dania. Ada yang dari Matrikulasi program 2 tahun pun sama umur dengan Dania. Ada yang dari Asper 19 (Dania dulu Asper 18) yang muda setahun dari Dania. Macam-macam background. Dah saya ada kat sini ringan je la mulut saya menanya. Hehe. 


Masa ni saya dah duduk kat hujung. Tunggu la saya kat sini sampai Dania selesai. 


Ini pula hari selepasnya. Masih ke ladang yang sama untuk mencabut rumpai pula. Plan mereka satu group nak membaja dan merumpai tu seminggu sekali. 


Dania kata bersungguh mereka mencabut rumpai sampai hampir bersihlah rumpainya. Boleh bandingkan kanan dan kiri batas yang banyak lagi rumpai. Cabutan rumpai ni penting supaya pertumbuhan bayam ni tidak terganggu. Kalau ada kehadiran rumpai, dia menumpang sekali nutrien dari baja tu. 


Pegawai Pertanian yang buat rondaan kata group Dania berjaya tumbuh bayamnya. Group yang lain masih tak nampak lagi bayang tunasnya. 


Bab menyiram tak menjadi masalah sebab Pegawai Pertanian sendiri akan memasang pemercik air untuk menyiram tanaman mereka ni. 

Moga tumbuh dengan sihatlah tanaman group Dania ni ya.





XOXO,
Ezna

 

Iftar lagi....

Hari ni barulah selesai semuanya puasa saya. Alhamdulilah. Hari ni memang agak busy sebabnya Dania habis kelas jam 7 petang. 

Buat sayur buncis dengan telur dan ikan bilis. 


Sambal sotong....


Tiba rumah lepas ambik Dania dari Uni, mandi kejap, rehat dah berbuka puasa dah. Alhamdulilah tak ada hutang puasa dah. Selesai....pada 23 April 2025. 





XOXO,
Ezna

Ahad, April 27

Pingao Blocks vs Lego

Terjumpa Pingao Blocks yang tiru sebijik Lego Speed Champion F1. 

Perkataan Samtamder diletakkan. Kalau Lego ada perkataan 'Santander'. Logo Shell pun ada tapi letaknya di tempat yang lain berbanding Lego. Dekat tempat duduk pemandu tu, Pingao Blocks ni berwarna hitam tapi kalau Lego berwarna merah. Ada perkataan Hubiot berdekatan spoiler tapi lambangnya sebijik 'Hublot'. 

Salah satu penaja F1 Ferrari ni ialah Mahle. Kalau di sini diletakkan perkataan Makie. Hmmm nak kena maki ke apa ni meniru je. 😅 Font yang digunakan pun lebih kurang sama. Cuma kat sini tak ada perkataan HP yang banyak macam Lego Ferrari  . 

Harga pula Pingao Blocks ni lagi murah iaitu RM29 sahaja berbanding Lego tapi tu lah senang je la hidup meniru je kerjanya ya....kalau di pihak sana dengan R&D lagi etc.....

Pingao Blocks

Lego

Jadi mana pilihannya Pingao Blocks atau Lego....tepuk dada tanya selera tapi barangan yang ditiru ni selalunya kualitinya diraguilah. China memang banyak barangan yang mereka tiru termasuklah kereta. Depan macam Range Rover, belakang macam kereta lain pulak. Lepas tu keluar kat pasaran harga lagi murah. Mereka tak payah sangat bayar mahal-mahal untuk R&D ke designer ke....tiru je. Senang kerja. Syarikat kereta lain punya lama pecah kepala nak fikirkan design itu ini. Datang mai mereka tiru je 😏.

Tengok kat TT, Syarikat dari China claim beg berjenama kebanyakkannya dibuat di kilang di China. Kemudian akan dihantar ke tempat asal beg tu dan akan diletakkan Made In Italy....contohnya la....jadi tak adalah label Made In China kat beg berjenama tu. 





XOXO,
Ezna

Sabtu, April 26

Top up benih bayam

Berdekatan dengan rumah ada kedai kecik ni yang menjual baja dan Input Pertanian. Singgah sekejap kedai ni. 


Kedai nampak kecil dari luar tapi kat dalam ni banyak juga barang dia. 


Pekerja ni ex pelajar Kolej Vokasional Kelantan. 


Group Dania nak 5 benih tapi yang ada cuma 3 ajer. Borong semualah. Dania tanam bayam warna ungu ni. Biji benih ni harga RM3.5 satu paket. Kedai sebelum ni yang Dania dan kawan borong tu RM4 satu paket. Patut total RM10.50 la kan sebab 3 paket. Dapat potongan 50 sen lagi jadi RM10 ajer. 


Dalam group Dania mengharapkan Dania je lah yang membeli baja atau biji benih. Takpelah saya ok je. Kita bantu memudahkan group Dania sebab anak sendiri pun ada dalam group tu. Mereka plan nak semai biji benih ni lepas kelas hari Khamis. Patutnya saya berpuasa tapi saya berpuasa sehari awal iaitu hari Rabu. Saya plan tunggu je lah Dania kat Ladang tu sampai habis menyemai. Lagi pun Dania dan kawan-kawan semai ni di luar waktu kuliah. 😅 Ummi dia as usual nak buat report la gais...😝 Report apa? Nak tulis dalam blog la.





XOXO,
Ezna

Jumaat, April 25

Warna warni di KKV

Masa kat Alamanda ada satu kedai baru bukak. Namanya KKV. 


Jom la tengok apa yang menarik kat sini. Since ini pertama kali, jadi kami masuk la nak tengok apa yang dijual. 


Sticker. 


Building Blocks macam ya....macam tak....ala ala Lego tapi yang ni definitely harga dia murah daripada Lego. 


Mr Bean ni kolaborasi dengan KKV. 


Patung-patung menghiasi rak berkaca ni. 


Miniature House ni mahal juga harganya dalam ratusan juga. 


Mainan kanak-kanak plush toys. 


Sticky Notes yang comel. 


Seleksi pen. 


Ini pula sabun ya. Comel sangat sebab ada bentuk ice cream, bintang dan macam-macam la. 


Basically barangan kat sini ala-ala Miniso, Daiso macam tu. Cumanya barangan kat sini didatangkan dari China kerana KKV ni syarikat dari China. China dah mula mengganas dah...tarif Amerika naik?? Don't Care...haaa macam tu la perniagaan mereka. Tumbuh bagaikan cendawan. 

Dania akhirnya buat juga pembelian. Ayah belanja Dania pen highlighter warna pink yang berharga RM2++. China ni bukan apa...in terms of harga dia boleh bagi harga yang rendah. 

Anda dah KKV? Saya dah.





XOXO,
Ezna