Resipi kobis ala Restoran Mamak

Saya ada masak kobis ala Restoran Mamak. Ini resipi kalau nak masaknya.

Bahan-Bahan : 

1. Daun kari (saya letak 5 tangkai)
2. Biji sawi
3. Kobis
4. Serbuk kunyit
5. Bawang merah dimayang halus
6. Bawang putih dimayang halus
7. Garam secukup rasa
8. Carrot dipotong halus (ni saya tak masuk)
9. Cili merah dipotong halus

Cara :

Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau, kemudian masukkan biji sawi dan daun kari. Lepas tu masukkan serbuk kunyit (jangan terlalu banyak takut terasa kunyit pulak). Kacau...kacau....lepas tu masukkan kobis dan carrot kalau ada. Last sekali cili merah dan perasakan dengan garam secukup rasa. Dah siap.....


Biji sawi dan daun kari. 


Kobis...

Kejadiannya....rasa macam ala ala di Restoran mamak.  


Ini pula saya ambil gambar dari Restoran Q Bistro. 


Selamat mencuba!





XOXO,
Ezna

 

10 تعليقات

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. SA pun suka gak kobis kat mamak...alaaa...lama dh x makan kat kedai mamak ha...

    ردحذف
  2. Baru ingat nak mintak resepi..TQ Kak Ezna!

    ردحذف
  3. waahhhhh TQ akak sudi kongsi resepi kobis mcm kat kedai mamak ni!

    ردحذف
  4. Kalau mamak punya kuku habis kuning.... hehehe

    ردحذف
  5. Nanti nak buat 😍😍😍. Rindu makan kobis ini. Lama sangat kalo tunggu sept ke KL 😂

    ردحذف
  6. Uishhh kobis mamak ni favorite sometimes hahaha... sedappp bila kena waktunya :D

    ردحذف
  7. Sy suka jgk tumis kobis mcm ni..Tambah2 bila mkn dgn gulai kari..Betul2 terasa mcm mkn dekat kedai mamak =D

    ردحذف

إرسال تعليق

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.