Juadah berbuka hari pertama

Bila nak berbuka ni nak kena fikir nak masak apa untuk berbuka. Jadinya bila hubby cakap beli ikan salmon, terjadilah ikan salmon bakar ni dan saya letak kentang yang tidak dipotong kulit. 

Ikan salmon tu saya perasakan dengan garam, lada hitam, mix herbs, hirisan bawang putih dan bawang merah dan madu. Bawah ikan salmon tu saya susun limau nipis. 

Kentang tu pula saya perasakan dengan lada putih, madu, garam dan mix herbs. 

Buah tomato tu masuk last sekali dan saya cuma campurkan garam. 


Kejadiannya setelah dibakar. Tak nak bakar lama-lama sebab ikan kan. Kalau ayam boleh la bakar lama sikit. 


Saya juga buat kentang lecek. Tekstur agak halus sebab ada sebahagiannya saya guna food processor. Selebihnya tekstur kasar-kasar. Mulanya kentang kena la rebus dulu sampai lembut barulah dilecek ya. Kentang yang lecek ni saya campurkan juga lada putih, garam sikit, mentega / marjerin dan susu segar pulak masukkan sedikit demi sedikit nak menampakkan tekstur gebu dan berkrim tapi bukan cair. 


Sos gravy kentang lecek. Tumiskan dulu bawang besar dan bawang putih 3 ulas yang dikisar sampai naik bau, saya masukkan lada hitam dan lada putih, marjerin / mentega 3-4 sudu, air,  dan last sekali tepung jagung untuk memekatkan sos ni. 


Nasi pun ada sebab kami ni jenis makan nasi. 





XOXO,
Ezna

 

15 تعليقات

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Pening fikir menu nak masak sebulan. Hihi

    ردحذف
  2. Selamat menjalani ibadah puasa ramadan

    ردحذف
    الردود
    1. Terima kasih Wak. Moga ibadah kita diterima oleh Allah.

      حذف
  3. Sedapnya, bolehlah Sy pinjam menu & resepinya ye... Kentang lecek tu dah lama Kakak request, tak buat² lagi.

    ردحذف
    الردود
    1. Silakan PH. Ni nak tengok blog lain kot ada resipi boleh cuba berbuka nanti.

      حذف
  4. sedapnya menu tu ezz!! my family mkn nasi laaa ie weolls beli lauk pauk kat stall my area ni, then I masak jugak telur dadar dan sup sayur utk bg balanced meal

    ردحذف
    الردود
    1. Janji mengenyangkan Suzz. Lepas tu juadah berbuka hari kedua dah buntu nak masak apa. Hehe.

      حذف
  5. SA dah banyak share resepi..duk tgok- tgok balik nak masak menu apa untuk berbuka dan sahur

    ردحذف
  6. Wow...Tgk salmon, tergt ade beli ikan dori frozen..Bleh mkn mcm ni jgk kan? =D

    ردحذف
  7. wah..sedap nampak tu, alhamdulillah..
    salam ramadhan ezna

    ردحذف
  8. Sedaaaap kak ezna. Saya pun suka salmon. Tp tuhlaah, kalo ikan saya belum confident nak masak sendiri😄

    ردحذف

إرسال تعليق

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.