Bazaar Ramadan pertama tahun ini

    Meriah betul Bazaar Ramadan sebelah Masjid Besi ni. 


Banyak gerai. 


Peminat popiah harus singgah. Kami nak target apa yang nak beli je. 


Kalau teringin ikan patin, boleh je cari kat sini. Kalau nak tenang kat Bangi pun ada Johan Patin Temerloh tu. 


Macam-macam ada. Pendek kata apa yang kita nak ada je kat sini. 


Orang Kedah angkat tangan...🙋


Dania nak cari apam baliknya. Kat sini, kalau dapat sambung ayat Al Quran, boleh dapat satu Apam Balik free tau. Kalau anak-anak tahfiz ni memang kacang je sambung ayat. Achik Ezna setakat ayat2 lazim pendek tu bolehlah. 

Rasanya gerai ni kot masuk TT kata kalau sambung ayat quran boleh dapat free Apam Balik. 


Kena tunggu apam balik siap, kami jalan-jalan cari order hubby pulak. Murtabak pulak. 


Ni Patin Tempoyak yang lain pulak. 


Ni saya beli sebab memang selalu beli kalau ke Pasar Malam hari biasa. Foodie Fendi dah sampai sini la guys. 


Selalu cempedak goreng, ni durian pun digoreng jugak. 


Betul-betul sebelah Masjid Besi. Dulu, masa asasi...Dania dan kawan sekelas ada berbuka puasa tepi tasik berdekatan Masjid Besi. Bentang picnic blanket dan berbuka sama-sama. 


Ini dummy tapi cantik. Saya ditunjuk dummy ni oleh adik yang promo kedai laksa. Ni mungkin laksa sarang. Tak terasa nak makan laksa sebenarnya. Macam-macam cara promosi ya. 


Ni pun kami tak cover semua gerai ni sebab jam dah menunjukkan jam 6 petang. 


Nasi dagang pun ada. 


Pergi balik nak pick up apam Dania. 


Lepas ni terus la balik sebab takut dalam perjalanan jam pulak. Rupanya tak jam. Mungkin orang pakat balik awal. Tiba awal lagi dari hubby balik kerja lepas tu hubby tanya tak pergi bazaar ke?. Saya kata dah pergi. Hubby pelik sebab tak jam agaknya. 

Inilah bazaar ramadan pertama saya pada tahun ini. 





XOXO,
Ezna

 

18 تعليقات

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Wahhh...Durian goreng tu jemput2 isi durian ke sis..Sbb dkt KB ade jual jgk..Tp jemput2 isi durian..Sedap tu =q

    ردحذف
    الردود
    1. Rasa-rasanya la Niza. Tak beli pun. Sekadar ambik gambar je.

      حذف
  2. meriah mcm2 menu ada...kita pi bazar cr kuih je..br 1st time gk pi tp kecik je kt area umh...tk byk sgt org niaga

    ردحذف
    الردود
    1. Meriah sini Amy tu lah kalau nak parking jauh sikit. Parking dekat memang jam sikit.

      حذف
  3. creative betul promo dummy laksa sarang tu :)

    ردحذف
    الردود
    1. Ya creative sangat Suzz pastu I usik...boleh rasa tak? Merujuk pada dummy tu. Hehe.

      حذف
  4. waahh meriahhh bazar kat masjid besi ye! haaaa ada nmpk kat tt yg psl apam balik tu hehe

    ردحذف
  5. sy nak pegi sini tapi bukan hari ni. mggu depan kot..weekend ni nak bazar g jauh sket

    ردحذف
    الردود
    1. Nanti singgah la. Kalau nak berbuka kat dataran ada disediakan kerusi dan meja.

      حذف
  6. Meriahnya Bazar Ramadhan ni!
    Dulu² rajin la juga nak masuk Bazar yg meriah gini, now with 4 kids malasnya lahai 😂
    Rasa ada tgk news pasal apam balik tu... Pregnant women dapat free juga kot

    ردحذف
    الردود
    1. Ye ke pregnant pun dapat? Tapikan PH, Apam dia pun buncit macam pregnant jugak.

      حذف
  7. Meriahnya kat sana... punyalah besar! Kat rumah uncle tak sampai 10 khemah

    ردحذف
  8. Pergi pukul 3 tadi, panas betul banyak gerai belum buka.

    ردحذف
  9. Meriahnya baram
    Tapi harga pun meriah

    ردحذف
  10. Aduuuuuh rasa nak terbang kesana saat ini 🤣🤣🤣. Tahun depan lah kak, saya nak buat plan ke Malaysia saat ramadhan. Mana2 pun jadilah, KL ke, Penang atau Johor. Yg penting ada Bazaar ramadhan 😂

    ردحذف
  11. Ramainya pengunjung BR.
    Saya belum ke BR lagi. Tengoklah nanti kalau teringin.

    ردحذف
  12. MA x gi lagi bazar..last year pun x gi... ramai org & susah nak parking.. x rajin

    ردحذف

إرسال تعليق

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.