Something fishy....

Carneyz https://www.coffeebreakwithme.com/ ada share tentang macamana nak check no telefon dan no akaun scammer sebelum ni. 

Kemudian, kebetulan saya berminat nak beli barangan dari Personal Shopper untuk barangan dari USA. Teringat post Carneyz pasal ni. Terima kasih Carneyz. Saya pun check di laman web https://semakmule.rmp.gov.my/ Mulanya check no akaun....ok no akaun tak ada apa-apa laporan dibuat. Tapi....bila check no telefon....ha tudia...dah ada 3 laporan dibuat. 

Nasib baik tak terus transfer duit. Mulanya saya tanya-tanya ajer kemudian saya kata saya akan transfer nanti. Saya ada urusan di luar tapi dia dok push push kata berminat ke tak....selalunya kalau dok push push macam tak faham kita ni tengah ada urusan lain ni macam hmmmm something fishy juga kan. 

Bila check....memang ada laporan dibuat dan sekian terima kasih la kita stop di sini sahaja la ya. Kalau tak ada laporan dibuat pun masih kena berhati-hati juga. 


Jadi, berhati-hatilah anda semua ya kalau nak beli barang online tu. Ada yang nak ambik kesempatan kat luar sana. 





XOXO,
Ezna

 

19 تعليقات

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Bagus Ezna semak dulu 👍🏻
    Sekarang ni mcm2 cara org nak tipu kan, mmg kena extra cautious dlm apa² urusan pun

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulilah Allah elakkan dari duit menjadi hangus. Nasib baik terfikir nak check. Lagi satu dia pun sibuk push push saya PH. Jadi rimas terus. Selalunya kalau personal shopper ni dia cool je. Takde la push push macam ni. Tu la sebabnya saya check. Rupanya memang ada laporan.....

      حذف
  2. mujur check dulu kalau tak, tak memasal jadi mangsa. jahat betul la dorg ni kerja nak duit orang je.

    ردحذف
    الردود
    1. Sekarang ni jenis nak duit cepat je Cie. Hmmm.....kita kena berhati-hati.

      حذف
  3. Sekarang ni macam-macam cara kan nak scam orang kan...jadik kita lah kena lebih berhati-hati...
    Alhamdulillah n terima kasih kepada yang share pasal ni (termasuk Kak Ezna)..semoga takde yang terkena...

    ردحذف
    الردود
    1. Risau Sue. Senang2 je scammer sekarang ni ambik duit orang.

      حذف
  4. emmm... memang kena extra careful sekarang ni kan

    ردحذف
  5. uishhhh nasib baik sempat check dulu kalu tidakkk haduhhhhh mesti terkena scam bahaya betul lah scammer ni..

    ردحذف
  6. kita kalau seller tu paksa2 memang kita jawab tak berminat je..hahhaa...

    ردحذف
    الردود
    1. Masa tu masih berminat tapi lepas solat, tiba2 rasa berat hati. Haaa time tu kita cancel.

      حذف
  7. Alhamdulilah terselamat...Scammer is not scamming... hahaha

    ردحذف
    الردود
    1. Nasib baik Cuya. Ayat last Cuya tu lega....kalau terkena boleh menangis ohhh

      حذف
  8. Betul, jika hendak beli barang di mana-mana shop pun, kita kena semak dulu biar tidak kena tipu.

    ردحذف
  9. Betul kak. Saya kalo personal jastiper gini, kurang suka, kecualiii saya kenal orangnya. Kalo tak kenal, bye....

    Makanya belanja pun saya lebih suka di market place macam Tokopedia, shoppee, lebih aman. Kalo barang tak sesuai bisa kita claim uang.

    ردحذف
  10. hati2 ezz! so far i memang beli dgn trusted PS shj...syg lah duit kalau kena tipu dek scammer

    ردحذف

إرسال تعليق

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.