Carneyz https://www.coffeebreakwithme.com/ ada share tentang macamana nak check no telefon dan no akaun scammer sebelum ni.
Kemudian, kebetulan saya berminat nak beli barangan dari Personal Shopper untuk barangan dari USA. Teringat post Carneyz pasal ni. Terima kasih Carneyz. Saya pun check di laman web https://semakmule.rmp.gov.my/ Mulanya check no akaun....ok no akaun tak ada apa-apa laporan dibuat. Tapi....bila check no telefon....ha tudia...dah ada 3 laporan dibuat.
Nasib baik tak terus transfer duit. Mulanya saya tanya-tanya ajer kemudian saya kata saya akan transfer nanti. Saya ada urusan di luar tapi dia dok push push kata berminat ke tak....selalunya kalau dok push push macam tak faham kita ni tengah ada urusan lain ni macam hmmmm something fishy juga kan.
Bila check....memang ada laporan dibuat dan sekian terima kasih la kita stop di sini sahaja la ya. Kalau tak ada laporan dibuat pun masih kena berhati-hati juga.
Jadi, berhati-hatilah anda semua ya kalau nak beli barang online tu. Ada yang nak ambik kesempatan kat luar sana.
XOXO,
Ezna

Bagus Ezna semak dulu 👍🏻
ردحذفSekarang ni mcm2 cara org nak tipu kan, mmg kena extra cautious dlm apa² urusan pun
Alhamdulilah Allah elakkan dari duit menjadi hangus. Nasib baik terfikir nak check. Lagi satu dia pun sibuk push push saya PH. Jadi rimas terus. Selalunya kalau personal shopper ni dia cool je. Takde la push push macam ni. Tu la sebabnya saya check. Rupanya memang ada laporan.....
حذفmujur check dulu kalau tak, tak memasal jadi mangsa. jahat betul la dorg ni kerja nak duit orang je.
ردحذفSekarang ni jenis nak duit cepat je Cie. Hmmm.....kita kena berhati-hati.
حذفSekarang ni macam-macam cara kan nak scam orang kan...jadik kita lah kena lebih berhati-hati...
ردحذفAlhamdulillah n terima kasih kepada yang share pasal ni (termasuk Kak Ezna)..semoga takde yang terkena...
Risau Sue. Senang2 je scammer sekarang ni ambik duit orang.
حذفemmm... memang kena extra careful sekarang ni kan
ردحذفYa MA. Tu lah nasib baik tak proceed transfer duit.
حذفuishhhh nasib baik sempat check dulu kalu tidakkk haduhhhhh mesti terkena scam bahaya betul lah scammer ni..
ردحذفYa Ana...nak kena berhati2 sekarang ni.
حذفkita kalau seller tu paksa2 memang kita jawab tak berminat je..hahhaa...
ردحذفMasa tu masih berminat tapi lepas solat, tiba2 rasa berat hati. Haaa time tu kita cancel.
حذفAlhamdulilah terselamat...Scammer is not scamming... hahaha
ردحذفNasib baik Cuya. Ayat last Cuya tu lega....kalau terkena boleh menangis ohhh
حذفSemak dulu yang paling afdal...
ردحذفKebetulan teringat nak semak UG. Alhamdulilah.
حذفBetul, jika hendak beli barang di mana-mana shop pun, kita kena semak dulu biar tidak kena tipu.
ردحذفBetul kak. Saya kalo personal jastiper gini, kurang suka, kecualiii saya kenal orangnya. Kalo tak kenal, bye....
ردحذفMakanya belanja pun saya lebih suka di market place macam Tokopedia, shoppee, lebih aman. Kalo barang tak sesuai bisa kita claim uang.
hati2 ezz! so far i memang beli dgn trusted PS shj...syg lah duit kalau kena tipu dek scammer
ردحذفإرسال تعليق
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.