Apa nak masak ni ya. Akhirnya decide nak makan kuay tiaw ladna .
Kuay Tiaw ni diletakkan kicap kemudian akan digoreng. Saya suka sangat kuay tiaw jenis kurus ni berbanding yang tebal.
Bawang putih, bawang merah, cili merah, cili api dan buah tomato.
Sawi diasingkan batang dan daunnya. Masukkan batang dulu. Daunnya dimasukkan paling akhir sekali. Boleh juga masukkan jagung kecik tu dan lobak merah tapi saya takde keduanya. Saya masukkan tomato ajer.
Udang dibuang tali belakang.
Agen pemekatnya ialah tepung jagung.
Kejadian Kuay Tiaw setelah digoreng sekejap. Saya tapis juga minyaknya sebab tak nak terlebih berminyak.
Kejadian kuah ladna. Masukkan air ikut la agak2 berapa orang makan. Lupa nak cakap ada juga sebiji telur. Masa tengah menggelegak, masukkan telur (telur tu kita dah siap kacau dalam bekas lain) dan kita kacau membentuk bulatan. Itu yang ada efek telur bertali ni. Masuk juga sedikit sos tiram. Perasakan dengan garam dan serbuk lada sulah. Nak pekatkan sikit kuahnya dengan masukkan tepung jagung.
Kejadiannya. Buah tomato saya tak masuk sekali dalam kuah. Saya tak nak buah tomato jadi lembik jadi nak makan baru letak buah tomato.
Siapa suka kuay tiaw ladna juga? 🙋
XOXO,
Ezna








Wow...u make me hungry =D
ردحذفHehe :)
حذفFav Dania ni...tapi kuew teow tu kena gaul ngan telur lepas tu baru goreng...
ردحذفOhhhh goreng sekali dengan telur. Ok cun lepas ni buat cara ni. Tq SA!
حذفfav sy juga niiiii
ردحذفbla makan panas2 cpt je berpeluh walaupun time hujan hehehe
Ya sedap ni makan time hujan..... :)
حذفmy fav ni ezz! cuma i tak pernah masak laaa..tak reti..ni dh baca entry ni, boleh lah try buat later2
ردحذفBoleh buat sebab simple juga la caranya.
حذفSaya belum pernah makan kak. JD tak tahu rasa. Tapi nampak sedap. Baru kali ini dengar kue tiaw ladna. Banyak dijual kah di sana? Nak coba juga
ردحذفSelalunya ada di kedai tomyam Fanny. Boleh order kalau Fanny makan di kedai tomyam.
حذفBaru goreng kuew tiau pagi tadi, nak kena buat KT ladna juga ke ni ahaha...
ردحذفOk PH....Lepas ni Ladna pulak. Hehe. Tapi boleh tukar jadi mee ke bihun ke kalau kuay tiaw dah habis.
حذفNampak sedapnyer
ردحذفAlhamdulilah Wak. Buat sendiri bahan pun letak banyak2.
حذفSedapnya Kak Ezna...one day nak try la...
ردحذفSedap ni...
ردحذفإرسال تعليق
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.