Sekarang ni saya Marathon balik KDrama dulu2. Dah tengok Goblin dan Hotel Del Luna. Seronok pulak bila tengok balik. Kali ni saya tonton Hwarang pulak. Dulu memang pernah la tengok Hwarang ni sebab ada seorang ahli kumpulan BTS nama V dalam Hwarang ni.
Ambik gambar V terus. Dalam drama ni walaupun berlatih nak jadi pengawal permaisuri tapi perangai V ni kebudak-budakan dalam siri ni.
Apa kosmetik yang dipakai kat muka ni bagi nampak licin je?
Hwarang...Hwarang juga tapi kena masak juga ya. Kali ni saya buat masak lemak cili api telur guna fresh milk. Nak kena habiskan fresh milk ni bila dah buka kotak dia. Beli pula yang kotak besar. Ada kawan saya kalau masak lemak ke kari ke dia memang akan guna susu je dalam masakan. Dia memang tak pakai santan pun.
Jadi, inilah kejadian masak lemak cili api guna fresh milk. Ada pucuk paku juga.

Alhamdulilah untuk hari ini...
XOXO,
Ezna


Comelnya V...
ردحذفBetul, ada yg guna susu segar ada yg guna susu cair sbg ganti santan. Sy kalau susu tak habis suka buat buttermilk. Favorite anak²
Ya rasanya sedap juga PH. Ni kebetulan santan habis ada pulak susu segar. Guna yang ada je.
حذفOwh..Sy x pernah guna lagi..Biasa guna fresh milk utk buat buttermilk chicken / prawn =D
ردحذفSedap juga buttermilk ayam ke udang tu.
حذفohh curios pulak dgn rasa masak lemak tanpa santan ni
ردحذفtapi lebih tahan lama sebenarnya
Ya ke lebih tahan lama? Ini info baru juga ni.
حذفweih, fans V ke? hahaaa... I suka Park Hyun Sik.
ردحذفHwarang dan Moon Lovers adalah drama koleksi idola, ahaha.
Masak lemak dgn susu segar pernah juga ku buat sewaktu tiada santan. ok je sbnr nya.
Dania minat BTS kan. Kebetulan Hwarang ni ada salah seorang yang berlakon pun jadi la. Haha. Oh Park Hyun Sik tu Raja kerajaan Silla dalam KDrama ni. Ya sedap juga. Janji takde rasa susu tu. Sis tak boleh. Hehe.
حذفMA tgh marathon tgk doctor....goblin & hotel de luna..dua2 pun best gak tu. goblin tu pun MA dah 2-3 tgk balik...siap lajukan part2 yg best.. he he he
ردحذفOk lepas ni Doctor pulak la sebab tak pernah tengok lagi. Goblin pun sama dah tengok gak cuma nak ulang lagi sebab best citernya.
حذفSamaaaaa. Saya tak pakai santan skr ini kak. Selalu guna susu atau fiber creme. Kelebihannya makanan tak cepat basi seperti pakai santan. Krn tuh saya suka, dan lebih sehat
ردحذفkalau guna fresh milk, rasa dia ok ker ezz? rasanya i pernah lah try guna milk utk masak kari tp end up mcm pelik sikit rasanya
ردحذفإرسال تعليق
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.