Dah lama sebenarnya tak pergi ke cafe ni. Hari ni saya teringin pulak nak makan scones jadi....
saya dan Dania ke Little White Cafe di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.
Kat kaunter nampak scones ni. RM6 untuk 2 scones.
Sementara Dania nak mengintai kaunter kat depan ada kek apa.
Dania pilih Banoffe Pie.
Tak pernah mencuba lagi Banoffe Pie ni.
Sarung luar tu rasa pastries macam scones. Dalam tu ada krim, caramel dan pisang. Mungkin ada coffee juga sebab nama dia Banoffe. Penuh kenikmatan Dania makan ni.
Lagi gambar sebab cafe ni cantik.
Minum pula hot chocolate yang diletakkan marshmallow dalam ni. Rasa hot choc dengan marshmallow ni pun sedap. Apatah lagi kat luar tengah hujan renyai-renyai.
Scones ni share berdua la dengan Dania sorang satu. Didatangkan dengan whipping cream, mentega dan jam.
Campurkan semua kat scones baru ngam bila bergabung rasanya. Sedap betul.
Deko kat tepi kami ni. Rak buku yang ada hiasan, buku-buku....
Kami makan kat sudut hujung ni.
Dalam Cafe...
Deko kat pintu masuk cafe. Boleh nampak peti kaca display pelbagai kek dan pastries dari luar.
Pintu masuk kayu bertona hijau yang klasik.
Di satu sudut yang lain di depan cafe.
Ada arch berbunga depan cafe.
Haa ni yang saya kata boleh nampak display pastries dan kek dari luar cafe.
Teringin nak tea time boleh la ke sini.
Little White Cafe
13-G-1, Jalan Medan Pusat Bandar 4A,
Seksyen 9,
43650 Bandar Baru Bangi
XOXO,
Ezna


















Ok nanti boleh try, dekat je ni hehe
ردحذفRajin betul jalan berdua dengan Dania cari makan.
ردحذفWahhhh..Bestnya nmpk tmpt ni..
ردحذفcantik cafenya..english style...tea time dgn anak dara mmg syok...menarik tgk hot chocolate ada mashmelow
ردحذفcantikkkk...tema english cottage...sedapnya scones..
ردحذفcantik cafe dia...terus teringin scones....
ردحذفCantik cafenya, mesti makanan pun sedap.
ردحذفCantik cafe, scones nampak sedap. Boleh try la nanti.
ردحذفMenarik ni... Nampak cosy je nak bersantai sambil layan coffee & pastries...
ردحذفwahhh bestnyaaa tea time mommy dotter! Ana suka sgt english style camni!
ردحذفwow! scones dia okay tak ezna, kak ana memang peminat scones rindu pula hat yang cameron highlands , nice cafe boleh try nanti kalau ke Bangi :)
ردحذفbest dpt lepak santai kat cafe gini..nmpk sgt cozy tu...mknn pun nmpk sedap
ردحذفLepak minum petang mcm best jer tempat ni... Kalau ke bangi rumah pakcik boleh la singgah ke sini..
ردحذفSeronok boleh minum santai disini ya
ردحذفHot chocolate & marshmallow tu 😘😋
ردحذفCantiiiik tempatnya 😍😍😍. Sukaaa saya. Kalo terbaca scones, saya langsung ingat cerita2 di novel Enid Blyton, yg mana sering diceritakan anak2 inggris di sana tea time dengan makan scones. Dulu saya masih bingung bentuk scones macam mana apalagi tak ada internet utk cari tahu. 😄.
ردحذفJadi bayangkan sendiri saja dengan deskripsi yg ada di novel
إرسال تعليق
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.