Mee Sup ni senang je nak buat. Teringin nak makan Mee pulak. Ni setelah mee ni dicelur. Nak tukarkan bihun pun boleh. Ikut kegemaran masing-masing.
Celur Pak Choy.
Buat garlic oil.
Mulanya tumis bawang putih dengan minyak. Setelah bawang putih dah layu kaut sedikit dan masukkan dalam mangkuk. Selebihnya untuk sup. Sup ni ada bawang putih (sebelum ni kan buat minyak bawang putih), halia sikit, cendawan butang dan udang juga fishball. Kalau ada daun sup dan daun bawang boleh letak juga. Perasakan dengan garam. Saya tak letak serbuk pati ayam. Bau sup ni wangi sebab ada minyak bawang putih tu.
Cili api dan letak kicap.
Kejadian Mee Sup setelah diletakkan semua bahan-bahan. Jangan lupa letak garlic oil atas mee.
Ada juga dimsum.
Apple ni lama kat luar jadi lebam sikit tapi masih crunchy.
Haaa senang je pun nak buat mee sup ala cina ni. Rebus je semua 😅. Kuah dia sedap buat mereka yang suka bawang putih. Dania sampai bertambah la mee tu. Sup pula ada rasa udang juga sebab kita letak udang kan...
XOXO,
Ezna








Sedap, makan masa hujan dan sejuks. Tak sedar 2 mangkuk.
ردحذفYa kalau hujan kat luar, makan sup panas2 perghhhh...nikmat.
حذفMenu ala Cina sungguh ni Ezna, siap dimsum 😋
ردحذفMenu yang simple. Senang nak buat. :)
حذفSA pun suka buat mee sup...lama x buat mee sup style Arwah Mak, letak seafood dan lada hitam..nanti SA buat..SA share resepi ye
ردحذفYa bila kita pernah makan Mee Sup arwah mama (mak kita), kita akan masak lagi style yang mereka masak kan SA?.
حذفsedapnya!! my hubby's fav ni, kdg2 i masak jugak mee sup cuma tak kerap la
ردحذفKalau ada yang suka bihun buat bihun sikit dan mee sikit. I buat sebab teringin sangat nak makan....teringat mama I buat mee sup dulu2.
حذفwaaahh sedapnyaaaa sup ala chinese style camni!
ردحذفKalau peminat makanan cina memang ngam la Ana....
حذفsuka mee sup simple mcm ni...ada pulak chili oil...sedapnya...
ردحذفYa...peminat mee jenis ni memang ngam la....ada juga mee sup letak rempah ratus tapi yang ni simple je.
حذفSimple dan sedap yg penting 😄. Saya pun kalo dah pening nak masak apa, pilih yg mudah saja. Mee sup atau mie ayam kegemaran anak2.
ردحذفsedapppp
ردحذفإرسال تعليق
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.