Dari Plaza Low Yat kami nak ke bangunan hijau ni. Warna KLCC disinari warna pokok krismas.

Saya pula kat MyViets. Teringin nak makan Vietnamese Rolls. Ada juga wantan goreng. MyViets ni owner dia ex pelajar MRSM Kuantan yang satu batch dengan adik ipar saya. Sama owner juga dengan Nippon Express jadi makan tanpa was was la...Insya allah.
Hubby teringin nak makan burger kat bask bear tapi dah habis. Cuma ada roti yang dikapit ni je. But...dalam tu patty daging juga ala ala burger.
Sebelum Dania ke food court ni dah pergi dulu singgah Kinokuniya beli buku ni.
Gambar bertiga.
Lepas tu jalan-jalan la kat KLCC ni. Ni kedai Sofia Iman. Kawan Dania ada seorang nama Iman Sofea. Ada promosi nampaknya kat sini.
Hiasan krismas di KLCC.
Ambil gambar pokok krismas yang besar kat luar KLCC. Tingginya pokok ni. Boleh ke kita ambil gambar kat pokok krismas di shopping mall?. Jawapannya boleh tapi kita tak boleh la muliakan pokok ni. Sekadar bergambar boleh. Apa yang haram? Boleh dengar kupasan Ustaz Azhar Idrus di :
https://www.facebook.com/watch/?v=1535989237056173
Gambar ni ada orang yang ambilkan sebab sebelum tu saya puji cara dia ambik gambar dan gambar yang diambil cantik. Akhirnya dia offer untuk ambik gambar kami bertiga. Dania kata pandai ummi ambik hati orang.....😅. Sebenarnya memang gambar yang dia ambil untuk keluarganya tu cantik.
Dalam perjalanan balik ke rumah....ternampak asap berkepul-kepul di udara.
Ada kebakaran rupanya...tapi tak tahu kat area mana .....kalau dah nampak bomba ni memang ada kebakaran la.
Moga kita semua selamat di mana jua kita berada.
Fuhhhh what a day....dari pagi membawa ke malam. Baru habis cerita cuti Hari Krismas 🎅 kami. Membawa pula ceritanya sampai ke tahun baru 2025.
Tiny House Tapah ➖ Plaza Low Yat ➖ KLCC
XOXO,
Ezna










Senang sista, cerita dlm satu entry.
ردحذفPicture dgn pokok krismas tu mmg cantik, nnt perayaan lain dtg lagi, ambil gambar sama persis. Pastu susun dlm album. Cantik!
Kalau 1 entry panjang berjela. Gambar pula meriah ni. Tu yg pecah2 ceritanya. Idea yang menarik juga tu....
حذفmcm mana kak ezna boleh nampak gambar yang orang tu tangkap??hihihi..
ردحذفsama lah linda,pun tak habis lagi cerita tahun 2024...
Errr sebabnya kena berdiri atas tempat yang tinggi baru tak nampak orang sekeliling. India kat depan akak tu memang akak nampak la gambar kat phonenya lepas tu automatik akak kata cantik la gambar you ambik....apa lagi....terus dia kata dia nak ambikkan gambar akak + family. Hehe.
حذفminggu lepas ada kawan kelas anak bongsu pun jadi mangsa kebakaran. Kita bantu jelah apa yg patut bila pihak sekolah keluarkan kertas mohon sumbangan. Semoga dipermudahkan urusan "membina" semula rumah
ردحذفYa allah kesiannya Ammi. Nak membina balik kehidupan tu pun ambil masa ya....rumah semua habis terbakar. Moga allah permudah kawan kelas anak ammi tu.
حذفcantik la gmbr u bertiga kat pokok krismas tu! i dh lama gak tak gi klcc
ردحذفI kerap pula sebab Dania nak pergi Kinokuniya tu ha....pantang ajak....mesti nak ke kedai buku tu.
حذفAdehhh..Terus rasa nk buat vietnam roll cuti weekend nnt =D
ردحذفWow terer Niza buat ya....tapi memang sedap la vietnam roll tu. Akak suka beno.
حذفwahh..best nya. cantik pic bertiga tu
ردحذفlama tk pegi klcc...meriah decoration pokok krismas tu...pernah dlu pegi time tisya sekolah rendah tgk pokok krimas kt sini
ردحذفPas malam natal saya ada di KLIA . Tapi memang tak bisa kluar Krn sampai malam. Dan esok paginya dah lanjut ke Vietnam. Sayang di bandara tak ada kemeriahan apa2. Hiasan natal pun tak meriah. 😅. Padahal saya suka juga berfoto dengan dekorasi natal, Krn meriah
ردحذفإرسال تعليق
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.