Ada hari yang kami makan kat Umai tu, Dania nak makan kat sini lagi tapi Umai UPM je akhirnya. Ok ni kali kedua kami makan kat sini ya.
Dania makan Chicken Deluxe Burger. Patty ayam dia gebu sungguh. Saya rasa sedap la ayam dia tu. Bukan patty kot....macam ayam dia letak dalam burger tapi ayam ni tanpa tulang la.
Ice cream sebijik rasa Restoran McD.
Cheese Burger lagi untuk saya dan hubby pun pilih yang sama. Saya suka cheese burger BGM sebab saya suka cheese burger McD.
Bila nak tapau air, tak ada penutup tapi air kita diseal macam Tealive tu la.
Bila nak keluar saya berterima kasih dengan hubby sebab bawa makan kat sini sebab sedap nau la Cheese Burger dia tu. Tersenyum En ni ha...rasanya beliau duduk sini menunggu youtuber atau saje nak dengar feedback ikhlas customer. Mungkin la kan....
Baru hubby perasan muka En. ni dalam youtube Warung Hunter memperkenalkan BGM ni ya. Kita ambik gambar dulu la. Terus saya cakap burger dan ice cream sebijik rasa McD. Tersenyum la En. Nordin ni. Beliau rasanya Front Man untuk Burgerman (BGM). Beliau pun kata tak lama lagi ada penghantaran melalui Grab etc lebih kurang 25km dari Burgerman. UPM Serdang boleh la ya sebab dalam 13km++ je dari BGM ni.
Dan....tak lama lagi bakal buka di Seksyen ......, Shah Alam. Seksyen mana? Saya kena rahsiakan dulu sebab mereka belum sign agreement lagi. Yang pastinya kat area orang dok berkumpul kedai je tu haa....boleh teka tak?.
En. Nordin pun pakai topi Burgerman.
XOXO,
Ezna






sedap tu cheese beger
ردحذفYa sedap sebab mencari cheese burger yang sama macam McD. Alhamdulilah dah boleh makan sini.
حذفHaaaa...ni yang My Dania cakap tu..lebih kurang MCD...kena terjah nanti ni...
ردحذفYa SA. Silakan. Tak jauh sangat dari Mak Kimbong yang SA pergi tu.
حذفsemua pun nampak sedap la ezz..i dh tanda siap2 in case ter sampai kat area ni ;)
ردحذفBoleh je sampai you sebab kalau you gi area Putrajaya tu dah berjiran je dengan Bangi ni.
حذفFav saya jugak Cheese Burger kat M tu Kak Ezna..nanti-nanti kalau ada bukak yang dekat dengan area rumah bolehlah saya try...
ردحذفKan Sue....sedap kan....sebab dari kecik makan burger jenama M jadi dah besar dah biasa dengan rasa dia.
حذفminta En.Nordin buka di Kuantan pleassse...
ردحذفRasa2 kalau cawangan sini ok, dan planning nak buka cawangan kedua....tak mustahil ada cawangan seterusnya....
حذفwahhhhhhh syoknya nampak setanding dgn mekdi ha~
ردحذفen.nordin bukalah di kwsn Slim River-Tg Malim plisssssssssss
Hehe....insya allah kalau cawangan ni dan coming soon di shah alam....tak mustahil akan ada cawangan yang lain.
حذفOk nak cari jugak lah nanti nampak sedap.
ردحذفMulan turun Bangi boleh singgah.....
حذفLelaki kalau bargambar mesti tunjuk ibu jari kan?
ردحذفYe lah UG asyik pesen gaya ni je....
حذفSy pun suka kalau burger letak ayam tanpa tulang macam ni. Baru2 ni ada makan dekat 1 cafe di SG ni.
ردحذفMinta EN buka satu dekat SG hehe...
Bila rasa yang Dania punya tu PH sedap. Banyak permintaan ni En. Nordin....tak mustahil nanti ada kat tempat PH.
حذفTak biasa makan berger
ردحذفMakan apa yang biasa je Wak tetapi bila kita cuba sesuatu yang baru satu pengalaman yang menakjubkan juga.
حذفEnak kalo ada alternatif rasa yg sebijik miriiiip dengan brand yg dah diboikot. Dah lama tak makan McD, tp blm ketemu yg rasanya sama. Cuma untungnya burger lain yg juga enak ada, walo tak sama rasa.
ردحذفإرسال تعليق
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.