Makan dulu sebelum ke tempat kerja…

Pada hari ahad semalam, hubby kena pergi kerja dan standby untuk computer system. Kalau tak, ditugaskan untuk standby pada syif malam sabtu dan berakhir pagi ahad. Tapi....masa kami makan kat luar tu dapat call kata masa bertukar jadi syif hari ahad petang pula sampai tengah malam. Saya pula bersyukur walau hubby kata dah siap2 beli kacang tak bagi tertidur sebab dapat syif malam. Hmmmm......isteri je tahu hubby macam mana kan?. Jadinya ok lah syif dah jadi petang hari ahad....

Gigih la saya menyediakan makan tengahari. Saya masak nasi ayam. 
Cili siap....


Kicap pun siap....


Ayam yang digoreng setelah diperap dengan halia, bawang putih, bawang merah, kicap tiram, kicap biasa. 2 kicap ni tak taruh banyak. Ayam ni sebenarnya dah direbus dulu jadi bila goreng tu kejap je la. 


Sup. Letak banyak daun sup. 


Kejadian nasi ayam.....


Kemudian, hubby cakap mereka yang Syif pagi tengahari pula makan nasi ayam. Tersama la pulak hidangannya. Makan malam hubby tak payah risau dah sebab ada disediakan. 

Rasa puas hati juga sebab hubby siap makan dah masakan air tangan saya sebelum ke tempat kerja. Alhamdulilah. Ini pun jarang2 je berlaku. Selalu standby kat rumah je. Kali ni kena pergi tempat kerja. 





XOXO,
Ezna

21 تعليقات

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Alhamdulillah dapat makan nasi ayam air tangan isteri tercinta. Sedapnya tengok nasi ayam Ezna tu.

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulilah rasa seronok makan hasil masakan kita. Rasa lega dah makan sebelum ke tempat kerja.

      حذف
  2. Wangi jew bau nasi ayam. Sedap!

    ردحذف
    الردود
    1. Ya tanak nasi tu wangi bau dia....tak sabar pulak nak makan....Hehe

      حذف
  3. cantiknya kejadian nasi ayam akak...saya peminat nasi ayam tapi dah lama tak masak sebab husband tak suka kalau teringin sangat nak makan kena tapau je sebungkus

    ردحذف
    الردود
    1. Bila ada ahli keluarga tak makan sangat nasi ayam ni...kita nak masak pun takde mood kan Afzan?. Udahnya kena beli la untuk kita. Kalau masak sikit macam rasa tak berbaloi sebab kita je yang makan.

      حذف
  4. Sama menu kita semalam Kak Ezna...tapi tengok Nasi Ayam Kak Ezna lagi sedapp laaa

    ردحذف
    الردود
    1. Ala tak la Sue. Nasi ayam kita sama2 sedap sebab sediakan dengan penuh kasih sayang....haaa gitewww.....

      حذف
  5. Nampak sedap nasi ayam tu...SA dah lama x buat nasi ayam...

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulilah. Janji ahli keluarga makan masakan kita. Rasa berbaloi juga masak SA....

      حذف
  6. alhamdulillah :) puas ati bila dpt masak2 utk yg tersayang

    ردحذف
    الردود
    1. Ya Suzz....kasi kenyang2 dulu sebelum bekerja. Hmmm ahad pulak tu.

      حذف
  7. nasi ayam lengkap dah setnya ezna, nampak sedap sambal nasi ayam tu :)

    ردحذف
    الردود
    1. Cuma tak letak timun Kak Ana. Saya dan Dania tak makan sangat timun tapi daun salad kami suka.

      حذف
  8. Jarang2 berlaku tu yg buat lagi sedap tu!

    ردحذف
    الردود
    1. Hehe. Idak la UG. Jarang ke tak jarang ke sama je rasanya. Hehe

      حذف
  9. Sedapnya nasi ayam homemade terliur pulak.

    ردحذف
    الردود
    1. Janji ahli keluarga makan dah cukup bahagia dah kita yang memasaknya Cie...

      حذف
  10. Sedapnya nasi ayam !
    Masak sendiri pula, mmg meriahlah segala bahan/aksesorinya kan...

    ردحذف
    الردود
    1. Kalau masak sendiri, bahan2 kita boleh banyakkan lagi kan PH....puas hati.

      حذف
  11. Lihat ayamnya nampak juicy nih ,😉. Saya pun selalu ungkep ayamnya dulu, atau rebus dengan bumbu lalu baru digoreng. Tak terlalu suka kalo langsung digoreng

    ردحذف

إرسال تعليق

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.