Kami ada singgah burgerman dekat Bangi Sentral.
Ada tempat duduk dalam beraircond atau dekat luar berkipas.
Sana sini promosi pembukaan Burgerman. Dapat 10% off sampai akhir tahun jika jadi member.
Ni kat dalam restoran Burgerman. Kalau tengok warna ni....saling tak tumpah macam restoran antarabangsa M tu.
Nak order kena guna mesin order ni. Tunggu nombor dipanggil untuk ambil makanan. Banyak dah restoran fast food buat macam ni kan...termasuklah M tu.
Order dah sampai. Actually ada ice cream cone juga untuk saya dan Dania. Bila makan....oh my....sebijik rasa Restoran M la. Gambar takde tapi memori makan ice cream tu memang sebijik!!! Copy paste rasanya.
Dalam beef burger ni sama je saya rasa dengan Cheese Burger cumanya Cheese je takde.
Patty burger ni katanya 60g jadi tak hairanlah agak tebal juga. Ni beef burger.
Air seal macam ala ala Tealive.
Patty di Restoran M...30g, patty ni sini 60g.
Air mineral dari Farm Fresh. Pertama kali tengok Air Mineral ni.
Ini pula cheese burger. Ada cheese dan beef patty.
Bahagian lagi satu ada pickle. Sebenarnya saya dah lama nak makan cheese burger tapi nak rasa yang sama dengan M tu. Ye lah saya membesar dengan Restoran M depan mata kan....
Ya boleh dikatakan Cheese Burger dari Burgerman saling tak tumpah dengan burger M tu. Alhamdulilah. Hilang dah teringin tu. Memang saya boikot Restoran M tu dah.
Balutan Cheese Burger. Next time nak makan cheese burger boleh la saya ke sini. Hilang la rindu tu.
Iklan burger di papan iklan digital.
Macam sama la bawah tu ala smile dengan Restoran M. Nama pendeknya BGM.
Dulu kan masa saya kerja part time kat Restoran M lepas SPM, memang ada milkshake ni kat M tu tapi ada tambahan perisa Strawberry. Saya memang selalu minum yang perisa Strawberry masa kerja Part Time dulu. Selalunya dapat minum milkshake ni kalau kerja 6 jam ke atas.
Bagi saya, baguslah ada Restoran Fast Food macam ni. sekurang-kurangnya ada pilihan la kan.
Rasanya Burgerman ni hanya ada satu je cawangan buat masa ni. Jadi, area Bangi dan sekitarnya boleh la ke :
Burgerman
B-1-G, Bangi Gateway, Shopping Complex, Persiaran Pekeliling, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Ezna


















Semoga terus berkembang jenamanya...
ردحذفYa Linda....kalau ni berjaya nanti lahirlah cawangan kedua dan seterusnya....
حذفMasih baru la kan, sbb baru 1 cawangan...
ردحذفCantik botol air mineral FF tu
Macam baru bukan Bulan November 2024.
حذف***buka
حذفBest ni, semoga dibuka banyak lagi cawangan. Kita support local, aaa gitu! dlm pada tak sedar lama kita boikot kedai M tu.
ردحذفYa la sampai tahan je nak makan burger teringin tu sampailah terjumpa kat sini.
حذفBoleh try kalau ke Bangi nanti. Lama tak makan burger M rasanya setahun dah. Ada pengganti ok la.
ردحذفBetul Cie. Memang teringin nak makan cheese burger tu. Mana taknya dah memang biasa dan suka dengan rasa tu sebab dari kecik lagi selalu ke situ. Dah besar ni kita boikot pula jadi akhirnya terjumpa pula yang rasanya seakan sama.
حذفJauh kalau ibu nak merasa Cheese Beef Burger ala2 Restoran M tu. Samalah kita dah dkt setahun lebih rasanya boikot sampai usaha cari ayam goreng spicy ala2 Restoran M tu. Nasib baik jumpa besar2 plk tu. ;)
ردحذفKita cuba cari yang seakan sama Ibu....jadi kalau jumpa boleh la terubat rindu tu. Ayam spicy ni macam belum jumpa lagi rasa yang seakan sama. Kat sini cheese burger + ice cream dia lebih kurang sama rasanya.
حذفaritu tgk kwn dok bangi share psl beger ni...menarik nmpknya
ردحذفYa Amy. Kalau turun sini boleh la cuba. Nak gi jauh sikit la kan dari rumah Amy...
حذفWahh seronok ada BGM, moga cawangan dia berkembang maju
ردحذفYa Cuya....kalau maju boleh la buka cawangan ke 2.
حذفCanggih! Setanding internasional! Boleh cuba ni...
ردحذفM tu Mcdonald's ke?
Ya betul UG. McDonald's. Nak sebut pun M je.
حذفmenariknyaaa nanti bolehlah i try singgah sini kalau ter sampai kat area bangi
ردحذفYou....kalau you gi area Cyberjaya, Putrajaya...dia berjiran je dengan Bangi ni.
حذفTeringat juga milkshake brand M...sedappp..dulu masa form 6 memang selalu beli...sebab kebetulan M tu depan sekolah je...
ردحذفPastu taktaulah kenapa milkshake kat M dah stop..terus takde dah minum sampai sekarang...so yang BGM ni boleh try..cuma jauhnya pulak huhu....
إرسال تعليق
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.