International kami breakfast pagi ni ya....mulanya nak tengok2 lagi tempat lain tapi bila bau pizza tengah masak tu menusuk hidung tu wangi sangat.....terus ke sini la order saya dan Dania. 😘. Serius wangi ya.....mengancam sungguh la.
Sebenarnya, usai membeli belah di Mydin, kami singgah dulu breakfast di sini....food court Taman Pinggiran Putra tapi saya sekalikan je post yang tu senang nak refer kemudian hari.
Pizza saya dan Dania dari gerai No. 10.
Banyak tempat duduknya tapi orang pun ramai.
Hubby order nasi lemak lauk paru.
Setelah tunggu hampir 15 minit, pizza saya dan Dania dah sedia. Saya pilih ni Hawaiian Chicken dan Chicken Pepperoni. Boleh order 1/2 pizza lain jadi 2 perisa dalam satu pizza.
Ini Hawaiian Pizza. Ada nanas kat pizza ni dengan ayam serta hirisan lada benggala warna hijau.
Chicken Pepperoni Pizza pula saya cuba. Kedua-dua pizza sedap sangat.
Ada si kecil pandang la...
Hubby top up goreng pisang jugak. Makan seketul je sebab dah kenyang dengan 2 slice pizza. Dania makan 3 slice. Selebihnya tapau ajer. Kita sambung makan nanti la ya.
Lain kali boleh la breakfast kat sini sebab banyak gerai lagi tak cuba. Teringin pizza? Dah tahu dah nak cari kat mana....Masnad's Pizza.....
XOXO,
Ezna









Food Court Taman Pinggiran Putra. Thanks Ezna, boleh kami try nanti. Pizza sedapnya.
ردحذفSaya pun suka pizza, tapi topping mesti banyak dan kulit pizza nipis hehehehe banyak songel ye.
ردحذفwah pg2 breakfast pizza...menarik tu
ردحذفWow..Bleh try ni kalo gi kajang rumah kak ipar =D
ردحذفTudiaaa... international betul sarapan dia..
ردحذفkat my area mcm tak jumpa tempat jual pizza gini..tp now sbb dh pandai buat home made version, so dh tak craving pizza laaa
ردحذفSaya terakhir makan pizza dengan kak ezna yg di Two Sons 😄😄. Aiiih JD teringin pizza lagi. Di sini pun ada pizza favorit saya yg tidak afiliasi dengan Is Rahell itu. Tp dia hanya jual size besar 🤣. Sementara yg suka pizza hanya saya dan anak sulung. Tak habis pasti.
ردحذفإرسال تعليق
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.