Tea time tak jadi....

Ambik Dania lepas kelas Bahasa Turki selesai. Plan nak ke He & She UPM ni la. 


Bila masuk He & She Coffee ni takde pulak kaya toast. Jadi keluar balik la. Sebelum tu wefie dulu la kat cermin ni. 


Balik rumah masak la main dish. Ayam pandan. Kebetulan pokok pandan belakang rumah ni sihat jadi kita buat la ayam pandan ni. Nak balut pandan ni disebabkan takde pencungkil gigi kayu untuk sematkan kat daun pandan supaya kemas, jadi saya selit2 je daun pandan ni. Tu yang nampak tak berapa nak kemas tu. 

Resipi :

1. Ayam
2. Daun pandan
3. Garam secukup rasa dikisar *
4. Halia dikisar *
5. Serai dikisar *
6. Gula melaka dikisar *
7. Bawang putih dikisar *
8. Kicap tiram

Perap ayam dengan bahan kisar * dan kicap tiram. Perap selama 30 minit - 1 jam. Lagi lama perap lagi sedap rasanya. Kemudian masukkan seketul ayam dalam daun pandan. Balut kemas dan sematkan cungkil gigi supaya daun pandan tak terbuka. 

Bila selesai semua ayam digulung dalam daun pandan, goreng la ayam tu sehingga masak. Fuhhhh masa menggoreng tu keluar la aroma pandan tu. Memang wangi satu rumah. 

Sedia untuk dihidangkan. 😊


Cuti panjang kalau ambil cuti hari Jumaat. Dania pun takde kelas Integriti dan Anti Rasuah hari ni. Dr dah cover banyak dah last week. 

Selamat bercuti!. 





XOXO,
Ezna


 

18 تعليقات

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Ramai yang amik cuti tersepit ni kan..SA je x amik...

    ردحذف
  2. Linda dah cuti sebelum raya.. Hihihi..jadi jumaat kerja lah.
    . Nak jimat cuti

    ردحذف
    الردود
    1. Oh sebelum raya dah cuti eh....tapi ramai juga yang ambik cuti hari jumaat.

      حذف
  3. Sedap ni, aroma pandan menambat selera... Ramai cuti hari ni kan...

    ردحذف
    الردود
    1. Ya PH. Kat tempat kerja hubby katanya berapa orang je kerja.

      حذف
  4. cantik la outfit u posing2 dlm cermin tu..nampak muda!!! i like the colour choice too!

    ردحذف
  5. Anak uncle pun ada yg kena kelas Integriti dan Anti Rasuah tu

    ردحذف
    الردود
    1. Wajib ambik pulak subjek ni UG. Dulu tak payah pun. Dah tambah lagi 1 kredit.

      حذف
  6. Menarik pula subjek Integriti dan Anti Rasuah tu. Subjek elektif ke?

    ردحذف
    الردود
    1. Bukan elektif. Subjek wajib universiti yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi. Nak grad kena ada subjek ni. Rasanya macam IPTA semua kena ambik.

      حذف
  7. Menurut Dania, mudah tak bahasa turkiye kak? Saya kalau belajar BHS asing nih dah lambat skr. Apalagi kalo bahasa asing yg aksaranya berbeda 😂😂. Makin susah untuk paham 🤭

    ردحذف
    الردود
    1. Bahasa Turki ni masih guna huruf rumi A, B, C tapi ada huruf O bentuk macam ni Ö. Dania kata ok lah sebab hurufnya masih ada A,B, C....kalau anak-anak ni cepat belajar. Kalau kakak....hehe susah nak belajar dah Fanny. Tak sama dengan bahasa cina, bahasa tamil, bahasa thai, bahasa korea yang aksara yang baru.

      Kakak setuju kalau aksara berbeda macam bahasa di atas susah nak faham.

      حذف
  8. MA pun cuti jumaat lepas, panjang la skt cutinya

    ردحذف

إرسال تعليق

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.