Nasi lemak kupersembahkan masa WFH

Hari ni hubby work from home sebab tak sihat. Dah berjangkit tak sihatnya. Mulanya saya, kemudian Dania, kemudian hubby pulak. Malam tadi hubby demam tapi siang ni demam kebah dah cuma selsema sahaja. 

Saya pula teringin nak buat nasi lemak. Teringinnya orang yang sihat ya. 😅 Terjadilah nasi lemak dengan lauknya sambal sotong dan telur rebus. Telur rebus masih runny di dalam. Timun tak ada sebab saya dan Dania kurang makan timun jadi tukarkan dengan daun salad. Masih ada hijau la kat sini. 

Masukkan dalam periuk nasi..... 12.30 kot rasanya tapi nasi lemak siap masak dalam 1.20 petang macam tu. Kelam kabut sikit la sebab nak hantar Dania ke kelas 2 petang tu. 


Alhamdulilah sempat la nasi lemak ummi masak sebelum Dania ke kelas. Boleh la Dania makan sebelum ke kelas kan....Nasi lemak ummi ni takdelah lemak sangat. Kang kalau lemak sangat mau Dania mengantuk dalam kelas. Perjalanan mengambil masa 10 minit. 


Drop Dania kat sini je sebab Department of Animal Science depan ni  je. Dania ada kelas dalam makmal untuk Anatomy and Physiology of Domestic Animals. 


Jadual peperiksaan akhir tahun pun dah keluar. Dania bermula peperiksaan 03/02/2025 - 20/02/2025. Lepas tu cuti sekejap sebelum masuk sem baru 😊. 





XOXO,
Ezna







15 تعليقات

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. eh, nak naik sem baru dah?macam sekejap je masuk sem ritu...
    linda pulak memang hantu timun...hihihi

    ردحذف
    الردود
    1. Ya sekejap je Linda....pejam celik aikkk dah nak masuk sem baru padehal baru masuk je sem ni.

      حذف
  2. complete dah tu..alhamdulillah...
    betul tu, kejab je masa berlalu kan...

    ردحذف
    الردود
    1. Lega MA sempat siap nasi lemaknya tu. Lambat nak masaknya pun walaupun dah masuk dalam periuk nasi 12 lebih dah. Masa berlalu pantas sangat.

      حذف
  3. Ehh sama menu nasi lemak tapi masak utk breakfast.

    ردحذف
  4. Sedapnya nasi lemak. Good luck Dania nak exam nanti.

    ردحذف
  5. Sedapnya telur rebus cair² gitu...
    Nasi pun elok kejadiannya. Regu pula dgn sambal sotong, paduuuuu :)
    Good luck Dania, as always Aunty doakan utk Dania 🫶🏻

    ردحذف
  6. sedapnya nasi lemak homecooked ni ;) ..zharfan pun dh dpt jadual exam, pun exam bln feb jugak cuma paper2 yg dia amik semuanya exam sikit gap/ari yg sama, so dlm few days abis semua exam

    ردحذف
  7. Rasa macam baru jek Dania masuk belajar...tau-tau nak habis satu sem...

    ردحذف
  8. samalah cutinya nanti dengan budak sekolah

    ردحذف
  9. Betuuul kak. Kalo nak berlemak sangat better beli memang. Kalo TK makan di rumah saya pun prefer yg less lemak lah. Takut mengantuk setelahnya 🤭. Tapi saya belum berhasil sangat buat nasi lemak. Waktu itu sambalnya failed. Kedua kali coba, dah better tapi belum perfect. Kurang berminyak gitu loh. Macam mana yaa. 🤣

    Nasi nya pula macam ada yg kureeeeng, tp ntah apa hahahaha. Memang tak pandai bab masak memasak ini 😂

    ردحذف
  10. Nasi lemak berlemak tu kalau buat mmg letak santan lebih lebih hahaha.. baru puas makan..

    ردحذف

إرسال تعليق

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.