Kat UPM ni, kena aktif juga kumpul sijil kalau ada rezeki nak dapat beberapa anugerah seperti Anugerah Universiti atau Anugerah di Fakulti. Pelajar yang serba boleh dalam kokurikulum, penglibatan dalam aktiviti kesukarelawan dan cemerlang dalam pelajaran yang akan dipilih dahulu.
Jadi, masuk je la mana-mana yang mudah dan tak mengganggu pembelajaran contohnya seperti ini. Webinar ni diadakan online sahaja pada hari Sabtu. Kerjasama oleh Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM) & Koperasi Siswa (KOSISWA) UPM. Kadang-kadang ada aktiviti yang dibuat pada hari kuliah.
Jadi siapa yang mengajar tu?. Penyanyi yang bernama Meer Nash yang mengajar. Pandai ke Meer Nash mengajar Mandarin?. Rupanya Meer Nash ni atau nama sebenarnya Muhammad Shahmeer Bin Mohd Nashrul dilahirkan oleh ibunya seorang berbangsa Cina dan ayahnya seorang Melayu. Oh patut la pandai cakap Mandarin sebab Meer Nash juga belajar kat sekolah cina.
Ok juga la yuran yang ditawarkan cuma RM18.
Tak ramai yang join dalam 20 orang je kot lepas tu nama Dania Yasmine kena panggil oleh Lǎoshī Meer Nash untuk tengok jawapan Dania pada latihan yang diberikan. Nama penuh disebut sebab ada seorang lagi yang bernama Dania. Bila saya tanya...boleh jawab ke tu?. Lǎoshī Meer Nash kata jawapan Dania betul. Tapi....punya malu2 nak cerita. Sabar je lah. Mentang2 cikgu pun handsome ya?. 😁
Photo ni Dania screenshot kat IPad.
Sedikit lagi intro tentang Meer Nash ni. Beliau merupakan graduan bidang perakaunan dari UITM Puncak Alam, Selangor. Di awal penglibatan bidang seni, beliau dari kumpulan VOTEz dan akhirnya mengundur diri dari kumpulan ini dan bergerak secara solo.
Wakil negara dalam The 16th World Chinese Bridge Chinese Proficiency Competition For Foreign College Student di mana beliau memenangi kemenangan peringkat Asia dan kedua peringkat global dengan memenangi Anugerah Kepetahan Terbaik dan Anugerah Populariti Terbaik.
Menyumbang untuk runut bunyi bagi Filem Rise Ini Kalilah bertajuk Saya Anak Malaysia dan peserta I Can See Your Voice musim ketiga.
Sebenarnya ikutkan saya tak kenal sangat la tentang Meer Nash ni sehinggalah saya nak cari lagu untuk diletakkan bersama reels instagram untuk percutian keluarga di Pulau Pangkor pada Februari tahun ni. Lagu bertajuk Permata. Bila jenuh tak boleh nak buat reels ni langsung tak jadi reels Pulau Pangkor ni 😆. Pernah dengar nama tapi tak pernah la dengar lagu kat TV ke apa ke....
Ini e sijil yang Dania dapat tu...
Moga ada lagi penyertaan yang ada e sijil ni.
XOXO,
Ezna



tak apa saya pun tak kenal meer nash ni hahah.. tapi baca pencapaian dia mmg power jugak...
ردحذفSama la tak kenal sangat empunya diri. Pencapaian dia memang wow la.
حذفBetul..kena aktif so dpt la byk point.. kann
ردحذفBetul MA!
حذفtak kenal...tapi elok je rupanya ahaksss
ردحذفAyat last Ammi tu akak setuju!!! Hehehe
حذفWahh....Tahniah...Cepat paham ni kalo dpt cikgu gini =D
ردحذفHehehe......betul..... :)
حذفmurah jer fees tu..dan meer nash ni memang highly qualified lah to be the instructor!
ردحذفFees dia ok sangat Suzz dengan dapat e sijil juga sebab nak kumpul merit. Oh ya PDF pun dapat jugak.
حذفakak cerita ni baru la tahu....pencapaian dia tu buat kita rasa kagum juga la
ردحذفSebab akak pun tak tahu jadi akak cari la. Ternyata wow juga.
حذفrm18 tuk 1 sesi ka cik ezna?
ردحذفYa 1 sesi ni RM18 untuk 2 jam. Ikutkan ni webinar No. 3 dah. Anak join yang ni je.
حذفorg luar nak join boleh tak? hehehe... syibuk je ko ni anies...
ردحذفTak kenal jugak siapa ni. tapi baguslah sbb dia bukan setakat jadi penyanyi je, orangnya pun ada pendidikan dan pencapaian yg hebat. Kena lebih ramai artis yg bijak pandai mcm ni.
ردحذفSaya ada terdetik nak ambil mandarin class jugak :D
Tak fokus kalo guru nya handsome macam nih 😄.
ردحذفSukaaa lah kalau ada artis yg memang pandai, tak hanya menampilkan kebolehan dia di bidang seni tp juga bidang akademik lainnya . Salut dengan artis yang begitu
إرسال تعليق
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.