Ayam Gepuk Top Global

Ada sekali tu saya dan Dania makan kat Ayam Gepuk Top Global. Memang pernah nampak la masa brisk walk sekitar Taman Canseri, Presint Diplomatik, Putrajaya ni. 

Mulanya tak tahu nak makan kat mana tapi Dania mencadangkan kat sini. Asyik Top Global je yang disebut. Moh la kita. Kedainya memanjang. Tempat duduk pun jenis berdua atau berempat. Kalau nak makan ramai2 kena berpisah la agaknya sebab area kat sini tak besar mana. 


Dania pilih set nasi dengan sambal pedas. 


Saya pilih set nasi dengan sambal biasa. Kalau sambal biasa lebih la sos kacang ni. Walaupun banyak sos kacang ni tapi rasa pedas tu tetap ada juga. Set dia ada nasi, ayam, kobis dan timun dan semestinya sambal. Ada juga kicap pekat atas meja kalau nak makan dengan nasi ni. Saya letak juga dan sedap juga. 


Bagi saya sedap juga la lauk ayam Top Global ni. Ayamnya rangup, kepedasan ni saya boleh tahan. Ada pula hirisan kobis dan timun. Air pula order Teh O Ais dan Sirap Limau. Total semua RM29.60. Boleh la repeat lagi kalau tiba-tiba teringin nak makan Ayam Gepuk. 




XOXO,
Ezna


 

14 تعليقات

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. ayam gepuk pak gembus tu rasanya yang pedas terlajak. kalau pedas so so ok la nak makan.

    ردحذف
    الردود
    1. Pak Gembus pernah try dan memang pedas biasa biasa pun terlebih pedas....

      حذف
  2. kesukaan bongsu ammi ni. kalau dia pergi memana foodcourt dan nampak ada ayam gepuk, ayam penyet mmg itulah dia makan. makan sehari 3 kali pun boleh

    ردحذف
    الردود
    1. Ye ke Ammi? Memang sedap agaknya sebab anak2 ni suka ayam kan.....kalau makan 3 kali sehari tu memang feveret sangat2 la tu.

      حذف
  3. fav Iris ni...MA x suka sgt sbb pedassss....

    ردحذف
    الردود
    1. Bab pedas sangat pun takut juga nak makan. Ni pilih pedas paling biasa. Tapi.....pedas tu tetap ada. Oh Iris pun suka ya.....

      حذف
  4. Sedap nmpk ayam ni sis...Sambal mcm gini mmg nmpk kepedasannya =D

    ردحذف
    الردود
    1. Ya ayamnya rangup juga di luar, isi ayam pulak lembut di dalam. Tapi sambal kalau yang tak tahan pilih yang biasa je la.....sos kacang tu buat kurang pedas.

      حذف
  5. My Dania dah banyak kali ajak mama dan uncle babah dia makan ayam gepuk..SA risau pedas tu je..hahahaha....

    ردحذف
    الردود
    1. Ya SA bab sambal ayam gepuk ni memang sambal dia jenis pedas tapi yang top global ni utk sambal yang paling tak pedas dia letak sos kacang ni jadi rasa pedas tu tak terasa sangat. Ce mama dan uncle try makan ayam gepuk.

      حذف
  6. Sambal ayam gepuk ni antara yang saya suka. sedap!

    ردحذف
  7. Anak-anak kalau makan AGTP ni suka bubuh kicap banyak.

    ردحذف
  8. kalau sambal dia ok and sedap sy rasa semuanya akan jadi sedap😀✌️

    ردحذف
  9. Berhubung saya memang suka pedas, jadi kalo ketemu ayam geprek, gepuk, pasti saya akan suka kalo pedas sambalnya 😄😄❤️.

    ردحذف

إرسال تعليق

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.