Ada 2 hari yang Dania akan ada kelas bahasanya. Kali ni kelas Turki ni hanya 1 jam. Macam malas pula saya nak balik sebab nanti nak kena datang balik. Lagi pun 1 jam tu tak lama mana.
Saya lepak lagi kat Cafe Umai @ Serumpun ni. Order la teh o panas ni haaa....
Bila zoom macam ternampak kawan Dania tapi saya tak tegur la. Jauh mejanya.
Nak balik ada mesin gedegang masakan berteknologi robotik. Rasanya makanan tu dah memang tersedia dalam bekas dia cuma mesin ni panaskan la. Makanannya keluar kat auto door tu kot....tak pernah lagi saya try ni. Interesting.
Teruja pula saya melihatnya sebab tak pernah la nampak mesin ni kat mana-mana lagi. Ada mee goreng mamak...nasi minyak ayam kicap....
Ada juga pasta ya. Harganya ada tertera kat situ.
Zaman dah serba canggih. Macam2 jualan mesin gedegang ni. Air dan snek tu memang biasa la. Saya dah jumpa mesin telekung, mesin jual bar emas dan latest mesin masakan berteknologi robotik.
XOXO,
Ezna






Tak pernah jumpa juga ni ... Betul² mcm yg dijual thru mesin ni skrg. Sy pernah jumpa yg jual brg² kering mcm bawang, ikan bilis & veges dekat 1 kondo ni.
ردحذفYa PH macam2 dan canggih2 dah sekarang ni. Oh menarik juga jual bawang, ikan bilis semua tu. Nak guna sangat boleh beli kan?.
حذفMesin layan diri ni senang letak di kolej dan university kan, macam vending machine.
ردحذفYa Mulan. Ni letak kat cafe berdekatan kolej dalam UPM. Senang student yang lapar malam2 ke boleh beli.
حذفwaaaa menarik ni..i tak pernah jumpa pun lg..cer u try beli ezz...review rasa dia ok ker tak
ردحذفWahhh.. canggih. Ada plak mesin camni. Senang juga student kalau lapar bila cafe dah tutup.
ردحذفUncle tak pernah terserempak lagi dengan mesin cam ni
ردحذفwahhh makin canggih ye teknologi sekaran.g. robot pun boleh masak. tak pernah jumpa lagi mesin camni.
ردحذفwah...x pernah jumpa juga ni..bagus nya
ردحذفmeybe ready to eat food, mein ni cuba pre heat kan...
Kalo jumpa mesin begini memang saya pun akan tertarik coba 😄😄. Penasaran kan. Pengen tahu cara pakai mesinnya, dan penasaran juga rasa makanannya
ردحذفإرسال تعليق
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.