Penjara Wanita Kajang?

Untuk pengetahuan semua, Penjara Wanita Kajang ada menyediakan produk sejuk beku yang dibuat oleh banduan wanita di Penjara Wanita Kajang. 

Satu hari tu adik saya ambik order la since ada pegawai yang turun ke pejabat Kementerian Dalam Negeri (KDN) adik saya. Polis ni di bawah KDN. 

Adik saya bagi senarai ni tapi kena tengok di bawah institusi PWK (Penjara Wanita Kajang). Harga produk yang ditetapkan pun bagi saya ok lah. Saya order karipap ayam, karipap daging, pau kelapa dan pau kacang merah. Kakak-kakak dia pun order la. Adik saya lagi seorang pun order jugak. Pantang offer ya. 


Karipap ayam dan daging. 


Pau kacang. Ni pau jenis kecik tapi isi dia penuh. 


Pau kelapa pun isi dia penuh. 


Ini pertama kali saya beli produk dari penjara ni. Karipap kambing je masih menunggu stoknya. Rupanya ada juga jualan kuih raya dan hamper ketika musim perayaan yang dijual juga. Terisi dengan banyak aktiviti juga di penjara ya?. 

Ada yang pernah beli produk dari penjara?. 





XOXO,
Ezna

 

17 تعليقات

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. ada pelbagai jenis kuih frozen ye..tkpernh lg beli produk dr penjara

    ردحذف
  2. bagus tu banduan2 diajar kemahiran semasa dlm penjara. Bila keluar nanti dpt berniaga kecil2an menggunakan kemahiran yg dipelajari...

    ردحذف
    الردود
    1. Betul tu AK. Banyak juga aktiviti mereka dalam tu ya...

      حذف
  3. tak pernah plak beli produk2 ni ezz...tp bagus sgt ni jualan2 gini

    ردحذف
  4. bagus support supaya mereka terlatih selepas selesai menjalani hukuman kelak..

    ردحذف
  5. Teringat lagu Ku Di Penjara Janji la pulak....

    ردحذف
  6. Pernah teringin nak beli masa nak raya sebab dengarnya ada jual kuih raya jugak kat situ. Tapi jauh sangat la pulak.

    ردحذف
  7. Bagus support mereka.
    Sy pun kalau dekat nak juga beli.
    Tak silap hasil jualan ni ada juga bahagian utk mereka (penghuni) yg terlibat kan... Boleh lah bantu mereka nak mulakan hidup baru nanti

    ردحذف
  8. ada tgk dlm Majalah 3 psl aktiviti di penjara antaranya jahitan,frozen food & kraftangan.. mmg terbaik juga hasil produk dr mereka ni.. kalau dekat mmg nak support juga hehe

    ردحذف
  9. Pau kelapa isi penuh tu sedap nya, kalau dekat boleh nak order sama.

    ردحذف
  10. bagus dgn kualiti kuih makanan., sambil menjana pendapatan banduan tuuh., aminn

    ردحذف
  11. Aisssh kak, dari bentuk karipapnya saja, dah terlihat sedaaap 😍😍😍😍. Ini kalo dekat, saya dah pasti pesan banyak lah. Suka sangat karipap ini

    ردحذف
  12. Bagus la untuk membantu warga penjara menambah pendapatan mereka

    ردحذف
  13. Tak pernah jumpa pula.
    Kalau ada bolehlah support.

    ردحذف
  14. memang tau ada jual mcm2..even penjara lelaki pun, ada jual hasil kraftangan kalau x silap...

    ردحذف
  15. selalu gak nampak dulu TikToker yang namanya Tun Laila beli produk keluaran PWK ni. Husband ammi selalu ke Penjara Mantin untuk urut. Kalau ada banduan wanita ammi pun nak juga dapatkan khidmat urut.

    ردحذف

إرسال تعليق

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.