Nampak ads Poplook masa tengah blogwalking kemudian tersurf la website Poplook ni dan tengok ada additional discount untuk certain item.
Shawl yang disulam warna cedarwood ni sebenarnya dah berbulan saya tengok. Nak beli tak beli akhirnya tak beli...kali ni bila tengok ada extra 20% off jika apply code : Saleaway....saya terus click masuk cart. Hehe.
Credit : Poplook
Ini pun sama...lantern sleeves blouse warna Navy ni. Pernah masuk cart dengan shawl kat atas tapi lepas tu saya delete balik. Hehe. Kali ni....ini benar-benar berlaku ya.....kebetulan blouse yang ini pun ada 20% off kalau apply code : Saleaway.
Cun dah tu....apa lagi?. Sleeves blouse yang ni sama dengan sleeves blouse yang beli kat Poplook juga sebelum ni. Saya belikan untuk Dania dan Dania memang suka....asyik kata haaa cantik....ok kalau macam tu memang cantik la bagi Dania tu. Sebenarnya anak meningkat dewasa ni cerewet sikit dalam pemilihan baju ni sebab mereka dah ada style tersendiri kan.....
Warna blouse ni white. Dania padankan dengan shawl dan seluar warna nude. Sleeves dah sama bentuk lantern cumanya di bahagian hadapan tu ada pleated. Baju yang navy ni tak ada. Dania pakai baju ni masa nak staycation dengan kawan-kawan masa study week last month. Patutnya lepas exam baru gi jalan-jalan tapi habis exam tu tak sama sebab semuanya course yang berlainan. Mereka putuskan staycation masa study week tu. Paling awal habis exam masa tu 17 Julai dan yang paling lambat 25 Julai.
Nanti nak bagi sebagai present sempena Dania dapat result sama dengan beg LC pink tu. Sebenarnya nak beli ni sebab dapat 20% off dan dah alang-alang nak bagi LC tu bagi sekali la dengan yang ni. 😊
Tak lama lagi la nak dapat resultnya. Tak sampai sebulan pun. To be exact pertengahan bulan September. Dengar cerita resultnya dah ada tapi disebabkan senat belum lagi meeting jadi tak announce lagi la. Harap2 cantik la resultnya....nak maintain CGPA sama macam sebelum ni menuntut pengorbanan yang tinggi juga tu. Moga yang baik-baik ajer.
XOXO,
Ezna



My favourite brand juga ni.. Thanks for sharing, nak belek2 juga mana tahu ada yang berkenaan dan dapat discount..
ردحذفYou are welcome. Tengok2 la...mana tau click masuk cart juga. Hehe
حذفSemoga cantik result nyer nanti.. apa pun hadiah dah belikan.. hihii...
ردحذفBaik ke sebaliknya ummi dan ayah terima sebab tengok cara dia belajar tu. Nak bagi semangat pun ya jugak....
حذفSuka tgk baju² poplook ni, cantik² & ladylike... Nanti boleh la usha² utk Kakak ...
ردحذفInsha Allah berkat usaha Dania & DOA mama cemerlang result Dania nanti hendaknya aamin 🤲
Banyak yang menarik juga PH. Cari yang sesuai untuk anak girl kita. Tq PH untuk doanya....aamiin.
حذفbelum pernah membeli di pop look. hihihi.. sejenis tak berani cuba benda baru, membeli kat shopee je. Mama Yan doakan CGPA Dania maintain power selalu tau... fightinggg!
ردحذفShopee pun pernah juga beli tapi yang ni kan Yan ok sebab dah pernah beli beberapa kali. Kalau kat IOI City Mall pun ada kedai Poplook tapi baju2 dalam tu limited la.
حذفAamiin untuk doa Mama Yan.....
حذفpoplook koleksi bj2nya sopan2 dan cantik2. all the best dania!
ردحذفI pun berkenan juga you dengan baju2 dia....Tq Suzz....suspens menunggunya ni...
حذفsaya malah baru tau dengan brand yang satu ini
ردحذفDulu kalau PopLook buat sales memang akan beli sehelai dua..best pakai sebab kebanyakkan kain PL selesa dan jenis tahan lama...
ردحذفdlu poplook ni femes sgt jualan secara online...skarang dh ada dlm mall juga butiknya
ردحذفSenang kalau dah tau citarasa anak.
ردحذفAkak belum pernah beli secara online.
Ada few times beli di butik sahaja.
Cantik... moga Dania dpt result yg cemerlang...aamiin.
ردحذفHijab model shawl itu saya belum pandai pakainya. Jadi masih lebih suka pakai hijab square 😁🤭.
ردحذفBaguus memang style bajunya. Suka dengan aksen di lengan 👍
إرسال تعليق
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.