Makan laksa kat tepi jalan

Masa lalu tepi jalan ni nak ke Poslaju tadi memang lalu tepi lori laksa ni. Masa nak balik saya singgah. Sebenarnya lama dah nampak cuma hari ni je tersinggah dan makan. 

Buka Isnin - Jumaat
12 tengahari - petang (5 petang kalau tak hujan). 
Sabtu - Ahad (tutup)


Harga cendol kat sini ya. 


Harga laksa kat sini semangkuk RM6. 


Ada 4 meja kat sini kalau nak makan kat sini. Ramai juga budak sekolah menengah ni makan kat sini sebab ada sekolah menengah berdekatan. Food Truck Laksa ni betul2 sebelum Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam yang terletak di Off Jalan Ayer Hitam, Seksyen 12, Bandar Baru Bangi. 


Laksa dan cendol ni memang pasangan yang ngam agaknya ya. Saya order cendol tapai. 


Kuning ni tapai ubi. Saya lebih suka kalau tapai pulut lagi. 


Total semua : RM10. Berbaloi la sebab sedap. 





XOXO,
Ezna

 

14 تعليقات

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Sedapnya Ezna. Kalau lalu sana nanti nak try jugak lah.

    ردحذف
  2. wow sedapnya.. kalau ada laksa selalunya mesti ada cendul kan hehe :)

    ردحذف
  3. Nampak pekat kuah cendolnya tu, terasalah lemak manisnya.

    ردحذف
  4. Mengancam cendol tu
    Kuning2 tu ingatkan durian

    ردحذف
  5. Idea yang bagus tu makan tepi jalan. Kalau makan tengah jalan tu idea tak bagus!

    ردحذف
  6. Ada satu hari nak juga meLaksa dan me Cendol di tepi jalan. Sekali penuhlah. Mungkin kena repeat lain kali

    ردحذف
  7. paling suka makan berjualan tepi jalan cmni & especially bila bersih je penyediaan.. haah kan cendol mesti selalu pasangannya laksa hehehe

    ردحذف
  8. sedapnya mkn cendol pd hari yg panas kan?

    ردحذف
  9. Laksa dan cendol gabungan mantap.. LZ suka makan lepas lunch, petang-petang.. mables!

    ردحذف
  10. Kalau ada tapai kita tak nak makan hahaha :D
    Ntah la dah try telan tapai tapi tak leh masuk dalam tekak :P

    ردحذف
  11. ntah bila ammi boleh makan laksa. tak pernah berkompromi tekak ammi dengan laksa penang ni

    ردحذف
  12. Omg, saya jadi teringin cari cendol ❤️❤️😍. Pakai nangka lagi fresh kan.

    ردحذف

إرسال تعليق

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.