Gambar lama Dania & Zharfan

Bila nak clear balik entry lama-lama blog terjumpa gambar Dania dan Zharfan (anak Suzi) . Ni kat rumah Suzi ni. Amboi Dania bonceng basikal Zharfan la pulak. 


Ni pula masa pergi jemputan birthday Zharfan kat KFC. Main kejar-kejar. Zharfan kejar Dania. 


Main belon pulak...


Zharfan dan Dania ikut sekali masa Suzi menang Scotch Brite Contest. Ni dapat jemputan untuk penyampaian hadiah. Masing-masing dengan mop. 


Ni event dengan majalah di bawah penerbit Voila kat IPC Shopping Center (sebelah Ikea Mutiara Damansara).  Ada event dengan Disney. Time ni Dania cam malu malu je. Hehe


Ini pula gambar masa dapat jemputan Majlis Rumah Terbuka Mamee Slurpp bersama Rohisham dan Shaheizy Sam. Rohisham ni papa Zharfan ni la dan Hubby kepada Suzz....masa ni Hubby Suzz menang tajaan rumah terbuka dalam satu contest Mamee ni. Lokasi ni kat Rebung Bangsar. 

Dania dan Zharfan. Ikutkan banyak pula gambar mereka berdua. Keduanya time ni sporting pula nak diambil gambarnya. Nampak macam sama tinggi je time ni. 


Haa ni special sikit sebab Dania dan Zharfan jadi model untuk Sarakids edisi bumper aidilfitri untuk majalah wanita Karangkraf. Gambar depan Dato K dan Siti Nurhaliza.


Alahai...kenit kenit je mereka ni. Ada seorang lagi nama Nabil yang jadi model. 


Ini pula jumpa lepas Suzi balik dari UK. Zharfan masa ni speaking 'London' dengan Aunty Ezna oh....Dania masa ni pegang Hello Kitty Digital Camera hadiah dari Aunty Suzi. Tq Suzz....

Belakang tu Suzi tengah menidurkan Ariff yang masih baby. 


Masa kecik-kecik ni mereka selalu berjumpa. Mama dan Ummi selalu join aktiviti. Hehe...
Kenangan la Suzz. Moga Zharfan dan Dania masing-masing berjaya dalam lapangan masing-masing. Berjaya di dunia dan akhirat. Dania ni tua setahun dari Zharfan dan Zharfan dah tinggi dari Dania. 

Bila tengok gambar-gambar mereka terasa kejapnya masa berlalu kan?. 





XOXO,
Ezna









 

22 تعليقات

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. dah besar diorng kamceng tak? masih akrab macam kecik dulu ke atau dah malu malu?

    ردحذف
    الردود
    1. Dah lama tak jumpa dah Lydia. Tapi yang nyata dah tau dah mesti Dania malu-malu. Hehe.

      حذف
  2. dah besar ni pernah jumpa tak kak dieorang?

    ردحذف
  3. Alahai comelnya dieorang berdua ni 😍 Muka Dania mmg sweet dari kecik lagi. Rupa2nya sis Ezna dah kenal lama dgn sis Suzy ye, dari anak2 masih kecik sampai masing2 dah masuk uni. Semoga persahabatan korang berkekalan 🤲🏻

    ردحذف
    الردود
    1. Memori masa kecik2....semakin berusialah mama dan ummi masing-masing. Hehe....Ya memang dah kenal lama dah Carneyz dan kami sebaya :). Aamiin untuk doa Carneyz ya. Terima kasih :)

      حذف
  4. lamanya tak datang blog akak...rindu nak baca cerita si cantik manis tu memang comel dari kecil ni

    ردحذف
  5. Oh lama dah rupanya Ezna & MZ berkawan ye...
    Semoga Dania & Zharfan berjaya selalu.... Skrg pun dua² dah masuk IPT kan 👍

    ردحذف
    الردود
    1. Ah ah PH lama dah. Dulu mulanya kawan sebab suka sangat masuk peraduan baby ni. Hehe. Masa tu la kenalnya.

      حذف
  6. ya Allah ezz...sweeetnya entri niiii lori gula tertumpah ni hahahah nanti i bg link ni kat zharfan hahhah...zharfan sejak remaja ni memang pemalu la dgn pompuan hehehhe, so kalau jumpa dania, mesti dia senyap laaa hahahah anyway memang kita mula2 berkawan pun masa u tlg i vote utk contest yg mana i join masa zharfan kecik lagi...so roughly dlm 18-19 yrs lah usia persahabatan kita :) errr i masih owe u a date laaaa...i ingat tau, cuma nak kena cari timing jer niiiii nanti i wasup u ok

    ردحذف
    الردود
    1. Hehe...khas untuk you dengan Zharfan. Banyak pula gambar kat blog. I compile semua. Maybe ada lagi ni sebab ni je yang I baru jumpa Suzz....rasa-rasa ya la Suzz. Nanti i cari email you tu. Hehehe....

      Nanti kita jumpa ya. Tunggu free time you ya Suzz :)

      حذف
  7. wahhhh gambar kenangan menggamit memori hehe

    ردحذف
    الردود
    1. Ya menggamit memori dan masa pun berlalu begitu pantas.

      حذف
  8. sekarang kalau jumpa agak2 malu tak anak dara dan anak teruna ni?

    ردحذف
    الردود
    1. Confirm. Suzi kata Zharfan sure malu sama la dengan Dania pun.

      حذف
  9. ooo dha kenal lama ngan MZ...ni dah besar ni confirm dua2 malu2 ni

    ردحذف
    الردود
    1. Ya SA lama.....Suzi kata lebih kurang 18-19 tahun yang lalu.

      حذف
  10. Ya Allah comeeeeel keduanya 😍😍😍😍. Sekarang nih kalo jumpa masih akrab seperti dulu atau dah malu2 kak 😄?

    ردحذف

إرسال تعليق

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.