Butik tudung ni singgah sebab nak beli tudung tujuan utamanya nak beri kepada anak saudara saya. Butik NurHannah ni terletak di Ayer 8, Putrajaya. Harganya berpatutan jugak bagi saya.
Dua shawl putih ni untuk anak saudara saya sebagai persiapan ke asasi. Saje nak bagi present kecik je. Ada juga stokin tangan. Tudung ni kain dia tebal sikit jadi tak jarang la walaupun shawl putih. 2 fabrik yang berbeza saya beli ni. Satu lagi fabrik cotton jersey.
Kesian pulak bila seorang dapat takkan adik tak dapat jadi saya belikan yang ini.
Warna nude ni untuk adik saya. 2 boys lagi aunty tak beli ya....ni hadiah untuk girls je...😅
Dania pun dapat satu warna mint dan dah rasmikan masa paper final yang pertama.
Malam, saya menghantar tudung ni ke rumah adik di Cyberjaya. Ada seekor kucing yang comel atas kereta. Drop and go je takde gambar proper dengan adik.
Singgah pula Pelita nak supper. Pelita ni takde pulak kat Bangi ke Putrajaya ke....tapi kat Cyberjaya ada.
Makan peria goreng ni. Buat macam kerepek je. Makan ni ralit sungguh. Sedap pulak peria goreng ala mamak ni. Ni dalam pinggan kecik je ni. Bukan nak makan macam makan nasi tu. Saje nak mengunyah je.
Nak kena buat sendiri la peria goreng ni. Saya tak suka peria yang masak air tu sebab kadang rasanya pahit.
Siapa lagi yang suka makan peria goreng ala mamak ni?.
XOXO,
Ezna








Suka peria tapi tak pernah try yang Mamak ni.
ردحذفSedap pulak rasanya tapi kena cuba buat sendiri la Mulan....
حذفI tak pernah mkn peria..tp yg versi goreng ni nmpk sedappp
ردحذفPeria kalau tak reti buatnya pahit. I suka yang kat mamak ni sebab ada rasa kari jugak.
حذفperia mmg pahit tp kalo yg goreng tu ok skit la..tudung jenis material cotton jersey anak2 remaja suka
ردحذفBeli ajer Amy sebab nak bagi present kecik je untuk anak saudara tu. Nak kena cari yang tak jarang.
حذفnice tudung2 nya..
ردحذفpelita...dapppp
Berdekatan tak ada. Kalau gi umah adik baru singgah...
حذفwahhhh bestnya dpt hadiah tudung
ردحذفMoga anak sedara tu boleh pakai kat Uni dia nanti.
حذفCantik..I loike peria goreng crispy =D
ردحذفSedap tapi nak kena buat sendiri boleh la buat lebih sikit.
حذفCantiknya corak tudung tu, pandai sis Ezna pilihkan utk anak2 buah. Saya pandai makan sayur peria sejak dalam pantang sbb my mom hari-hari tumis peria dgn telur, katanya utk banyakkan susu badan. Sejak dari tu saya suka peria tak kira la peria tumis atau peria goreng mcm kat kedai mamak ni 😄
ردحذفOh nak banyakkan susu badan makan peria ya. Sis dulu makan kurma....tudung tu ikut citarasa sendiri je Carneyz....tapi yang utama nak beli untuk anak saudara yg warna putih tu.
حذفTahniah utk anak sedara Ezna 👍
ردحذفCantik tudung tu...
Sedapkan peria goreng? Sy pun suka...
Sama-sama PH. Moga pilihan yang tepat la tu....baru reti makannya PH. Sebelum ni tak reti...nak kena buat sendiri lagi jimat dan boleh buat lebih.
حذفlembut kaler tudung...suka peria goreng kt kedai mamak, crunchy..mmg ralit ratah..
ردحذفWahhh suka juga ya....saya sebenarnya baru je reti makan peria ni. Sebelum ni takut nak makan sebab pahit ke apa tapi yang ni eh eh sedap....
حذفDah lama tak makan peria goreng.
ردحذفBudak² remaja sesuai warna² nude ni.
ردحذفLM takut benda pahit. x pernah try. sedap ye?
ردحذفIsssh dah lamaaaa saya tak makan di pelita 😍😍🤭. ada menu peria goreng sekarang?? Kemarin tuh makan nasi kandar tempat lain pula. Sebenernya memang fav saya nasi kandar lain, tp pelita ini ada banyak momen spesial di sana. Apalagi zaman kuliah, tempat saya dan teman2 mengerjakan assignments😅😄
ردحذفإرسال تعليق
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.