Setelah menghantar Dania ke Fakulti, hari ni (Jumaat, 19 Julai 2024) ada final paper Agriculture, Environment and Food System. Jauh juga gap yang pertama tu. Isnin kemudian Jumaat. Sambung balik Selasa dan Rabu minggu depan. All the best buat anak ummi ya.
Lepas hantar Dania, saya ke Khalifah Jewels yang terletak di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi.
Saya nak betulkan gelang saya yang dah tercabut ni. Nasib baik tercabut kat rumah je. Memang gelang separa jagung ni saya beli kat sini. Bila tiba je kat Khalifah Jewels ni nak kena menunggu la pulak. Tukang emas pergi beli susu nak hantar ke anaknya yang baru lahir. Dalam fikiran....baru lahir ni tak minum susu badan ke?. Ezna....tak payah nak menyibuk ya 😅.
Sambil-sambil mengerling kat bayaran parking online saya di telefon. Lagi 16 minit tinggal untuk parking saya tamat tempoh. Maknanya saya dah duduk sini 44 minit masa menunggu sebab saya bayar parking untuk 1 jam.
Takkan nak tunggu je kan? Siap mencuba beberapa bentuk cincin lagi. Hehe.
Nombor-nombor kat sini menunjukkan saiz cincin ya. Macam-macam bentuk.
Ini pula cincin belah rotan.
Setelah tukang emas datang, kejap je dia buat dan harganya?. Tak payah bayar apa-apa. Berbaloi la saya tunggu sampai 44 minit tu. Design jagung gelang saya yang tengah ni sebelah tu tertanggal dari tempat pemegang dia jadi tukang emas masukkan balik dan ketatkan. Ok selesai....tak payah la saya tukar kepada gelang yang baru. Pakai je apa yang ada ni selagi boleh dibaiki. 😊
Ok....selesai satu perkara....
XOXO,
Ezna







Anak sudah habis exam dan menunggu balik kampung saja...semoga Dania berjaya dalam exam nya...aamiin
ردحذفOh seronoklah ya. Dania ada lagi 2 paper. Terima kasih ya.
حذفMudah2an Dania berjaya dapat anugerah dekan
ردحذفAamiin terima kasih atas doanya Wak....
حذفMoga lulus dalam peperiksaan!
ردحذفTerima kasih :)
حذفEhem.... Masuk kedai emas kan... Wanita dan emas mana blh dipisahkan... Dari nk repair lepas tu mencuba nanti terbeli hihii..
ردحذفYa mencuba dan mencuba....lepas siap berlalu pergi. Hooray tak membeli pun. Hehehe
حذفSyukur tka kena bayar... Recommended pulak kedai mcm ni .. repair 44 mnt tapi free jer . Terbaikk
ردحذفNasib baik nak repair tu agaknya simple ajer.
حذفAll the best utk dania! Cute la gelang u tu ezz🤩
ردحذفGelang I ni nipis je Suzz. Nak baiki je.....janji boleh pakai lagi.
حذفwahhh foc! boleh laa sy bawa gelang sy yg dah tercabut loceng tu😁 ke sini
ردحذفBoleh... tapi gelang Anies beli kat KJ ni ke? Kalau ya ada kebarangkalian boleh dapat free je.
حذفIseh bagusnya kalo tak payah bayar. Di sini selalunya bayar. Makanya waktu itu saya dah malas perbaiki krn lumayan juga ongkos repair 🤣
ردحذفLarrr kalau lumayan onkos repair baiklah Fanny trade in aja...ambil emas yang baru.
حذفTempat bahaya ni..dari x nak beli nanti jadi terrrrr beli...kan...hahaha
ردحذفHaha...tu la pasal tapi kuatkan hati je ni. Errr apa pun masih juga try kat jari cincin tu.
حذفإرسال تعليق
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.