Credit : Netflix
Ia mengisahkan seorang penghafaz Al Quran, Fathia yang berumur 20 tahun, bekerja sebagai seorang ustazah di Pesantren (Sekolah Agama). Fathia telah dipaksa oleh ayahnya seorang ustaz untuk berkahwin dengan kawan ayahnya iaitu Satya seorang hartawan yang berumur. Dalam pada masa yang sama ada seorang lelaki bernama Raehan yang sangat berminat dengan Fathia sampai lelaki tu jadi seorang yang baik dan belajar mengaji dengan ustaz di sekolah yang Fathia mengajar.
Satu hari, Fathia dipaksa untuk berkahwin dengan kawan ayahnya pada hari tersebut. Satya pula sudah mempunyai seorang isteri tapi ayah Fathia berkeras nak mengahwinkan Fathia. Ayah Fathia ada agendanya tersendiri. Manakala Satya pula nak buat majlis pun secara rahsia. Tak nak declare kat umum dia dah kahwin jadinya Fathia ni jadi isteri 'rahsia' lah. Tak umum kat public.
Fathia akhirnya berkahwin dengan Satya tetapi dirahsiakan dari pengetahuan isteri pertama dan ustaz ustazah di sekolah Fathia yang mengajar sehingga satu hari Fathia disahkan mengandung.
Apa yang berlaku kepada kehidupan Fathia?. Bagaimana pula dengan Raehan?.
Pelakon :
Dea Annisa
Teuku Ryan
Donny Damara
Dzawin Nur
Saya beri 3/5 star untuk movie di Netflix ni. Dalam Bahasa Indonesia filem ni berjudul Perjalanan Pembuktian Cinta. Pelakon Fathia tu lawa sangat bagi saya. Sepadan pula dengan watak Raehan yang dimainkan oleh Teuku Ryan. Cerita ini berdasarkan kisah benar dan satu kisah yang simple bagi saya. Tak complicated.
"Menjalani jalan pilihan-Nya, tidaklah selalu mudah tapi pasti selalu indah"
XOXO,
Ezna

Kena paksa kawin, sedihnya.
ردحذفKena paksa kahwin dengan orang tua pulak....lagilah.....
حذفDipaksa kawin oleh ayah yg juga seorang ustaz.. patut si ayah tahu hukum hurmm.. Harap jalan cerita baik baik saja.. :D
ردحذفGeram dengan ayahnya tu. Lepas tu mengikut pulak anaknya....
حذفSabar kak sabar kak.. hahahaha
حذفMenarik jln citernya ni ezz
ردحذفCeritanya ok la Suzz...mula2 je geram dengan ayah dia tu....
حذفBoleh masuk list ni. Suka tengok movie Indonesia sebab biasa view latarbelakang dia cantik.
ردحذفNi kebanyakkannya kat Pesantren kat sini.....
حذفTak tengok lagi cerita ni, boleh masuk list nanti.
ردحذفSila la tonton.....
حذفOK nanti cari dekat Netflix.
ردحذفSilakan Carneyz...
حذفso raehan kecewa laa ya bla dpt tahu fathia dah kawen?
ردحذفNampaknya macam akak je yang kecewa Raehan dapat tahu Fathia dah kahwin (Sesuai sangat depa dua orang tu lawa dan handsome).....hahaha....Ya kecewa tapi dia jadikan diri dia lagi baik. Berdasarkan kisah benar ni Anies.
حذفJujur saya tak suka dengan film ini, pertama krn tentang poligami, yg kdua teuku Ryan ini tak bagus reputasinya 😅 jadi macam tak nak nonton apapun yg berkaitan dia 😂
ردحذفMuka handsome macam Teuku Ryan tu pun ada reputasi yang kurang elok ya? Mungkin berkait dengan bekas isteri kan Fanny?.
حذفFilm apa itu sepertinya tidak ada di Indonesia. Menarik sepertinya
ردحذفFilem ini boleh ditonton di Netflix.
حذفBoleh tengok nanti ni...semalam SA anak beranak marathon citer tamil kat Netflix..hahahaha
ردحذفCerita Tamil latest yang tengok Maharaja tu...best juga....
حذفmcm menariks..lama x tgk cita indonesia
ردحذفTak minat cerita kena kawin paksa, dengan orang dah berusia pulak tu. Kawin pun rahsia. Saya tengok trailer je tak tengok keseluruhan cerita. Nanti stress.
ردحذفإرسال تعليق
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.