Bila bertentang mata dengan Tuanku Sultan Raja Nazrin

Sebelum mengambil gambar-gambar ni dari facebook sepupu saya Kak Ji, saya dah minta izin dulu ya. Bila Kak Ji bagi green light kita proceed. 😊

Alkisahnya sepupu saya ni Zinitulniza Abdul Kadir ni ke Kinokuniya nak mencari buku kemudian, suaminya call kata supaya cepat datang ke depan kerana Raja Nazrin berkenan untuk mendapatkan tandatangan sepupu saya. Sepupu saya berpisah kejap mencari buku kat section masing-masing. 

Sepupu saya seorang penulis buku dan beliau menulis buku Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah). Ada dilancarkan masa PBAKL baru-baru ni. 

Buku Kak Ji diletakkan di rak Highlights Kinokuniya. Wahhh tiba-tiba saya pula tumpang bangga ya. 

Credit : Facebook Zinitulniza


Sebenarnya Tuanku Raja Nazrin ternampak sepupu lelaki saya memegang buku Ku Li dan bertanya Is that the book that your wife wrote?. Kemudian Tuanku Raja Nazrin bertanyakan kepada sepupu saya adakah sepupu saya yang interview Ku Li sebab Tuanku juga rupanya ada memberi cadangan supaya Tengku Razaleigh menulis memoir kisahnya tetapi Tengku Razaleigh tidak pernah bersetuju dan bagaimana sepupu saya (Kak Ji) menyakinkan Tengku Razaleigh untuk Kak Ji menulis kisahnya?. Haaa jawapan tu kena tanya sepupu saya Kak Ji ni sebab saya tak ada jawapannya.

Kak Ji bersama Tuanku Raja Nazrin di Kinokuniya, KLCC.....
Tuanku Raja Nazrin dah beli buku Ku Li sebelum ni tetapi berkenan untuk membeli copy yang kedua pula.

Credit : Facebook Zinitulniza

Lalu sepupu saya pun menulis kata-kata buat Tuanku di dalam buku ini....

Credit : Facebook Zinitulniza

 Untungnya Kak Ji boleh bertentang mata dengan Tuanku lagi....
Dania cakap Tuanku rajin ke Kinokuniya kerana baginda memang suka membaca. Mana Dania tahu pun ummi pun tak sure. 





XOXO,
Ezna

22 تعليقات

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Wah bestnya tu dapat jumpa Sultan Perak. Bertuahnya Tuanku sukakan penulisan tu.

    ردحذف
    الردود
    1. Ya sebab baginda katanya ada menyuarakan kepada Tengku Razaleigh untuk tulis memoir kisahnya tapi Tengku Razaleigh tak pernah bersetuju. Tengok2 sepupu saya pula yang dapat tulis memoir kisah Tengku Razaleigh.

      حذف
  2. Wah... Seronok nya bertentang mata dengan tuanku... Patot lah tuanku rajen turun ke KL.. Hihihi...

    ردحذف
  3. Keren banget bisa jumpa Tuanku Raja.... kesempatan yang jarang terjadi mungkin ya..tak boleh di sia-siakan .

    ردحذف
  4. Bertuah nya badan dpt bertemu Tuanku ;)

    ردحذف
  5. Alhamdulillah tahniah utk sepupu Ezna, penulis hebat ni 👍
    Ye betul, ada news pasal Tuanku rajin ke Kinokuniya.
    Dan Tuanku ada private library dekat PJ juga.

    ردحذف
    الردود
    1. Tu lah. Dania yang bagitau. Rezeki la kan PH. Wahhh private library ya?....

      حذف
  6. الردود
    1. Ya Suzz. Terkejut juga la sepupu I dan dalam masa yang sama teruja juga.

      حذف
  7. wah senang sekali bisa bertemu dengan tuanku
    bisa bertemu di kinokuya juga hehe

    ردحذف
  8. Beruntungnya berpeluang bertentang mata dengan tuanku. Tuanku memang seorang yang rajin dan suka membaca.

    ردحذف
    الردود
    1. Dengar kata memang selalu Tuanku ke Kinokuniya ni nak mencari buku.

      حذف
  9. rezeki dpt bertentang mata dgn Tuanku

    ردحذف
    الردود
    1. Rezeki sungguh. Kita datang Kinokuniya pun tak pernah jumpa.

      حذف
  10. wah...rezeki..bukan senang kan.. MA pun pernah jumpa sekali dulu masa kat bangkok...

    ردحذف
    الردود
    1. Ya bukan senang. Ni Tuanku sendiri nak beli buku dan tandatangan sepupu saya. Memang terkejut juga sepupu saya.

      حذف
  11. Setelah baca komen2, jd paham ternyata ini Sultan perak ya kak. Krn saya sempat blank juga siapa tuanku ini.

    Waaah baru tahu sepupu kakak penulis 😍😍😍. Jadi teringin nak punya bukunya juga

    ردحذف
    الردود
    1. Ya betul Fanny. Sultan Perak. Tuanku itu gelarannya kerana kita ini rakyat biasa jadi panggilan hormatnya Tuanku dan jika kita bercakap dengan Tuanku...kita akan cakap Patik (saya). Ya sepupu kakak penulis dan kebanyakkan tulis mengenai figura seperti ahli politik (politician), pemain bola, businesswoman dan ada beberapa buku juga travelog (Athens) dan Langkawi.

      حذف

إرسال تعليق

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.