Dania kata nak mencari air di Zus Coffee ni tapi kat Zus Coffee Presint Diplomatik, Putrajaya tak ada.
Ada iklan kucing ni kat Zus. Adoiii Zus pun buat kucing pulak. Dah la Dania pencinta kucing.
Credit : Zus Coffee
Ada beberapa jenis air Matcha Neko ni. Neko ni kalau bahasa Jepun maksudnya 'kucing'.
Credit : Zus Coffee
Perasa Matcha Strawberry ni nampak menarik.
Credit : Zus Coffee
Bukan hari yang sama tapi hari lain, pergi pulak cari kat Zus Coffee kat Condo Sunway Gandaria kat Bangi ni. Gigih mencari air yang Dania nak. Kali ni saya parking tepi je. Kalau nak parking dalam bangunan rasa tak berbaloi je sebab sekejap ajer.
Dah kena tegur suruh alehkan kenderaan. Sebenarnya dia nak suruh parking jugak. Nasib baik Dania datang dah lepas tu.
Nak beli sangat air ni sebab ada pemegang air ni gambar kucing comel. 😅. Hmmmm punya saya ingatkan cup tu ada gambar kucing. Rupanya pemegang air tu je sebab tak nak bagi tangan kita sejuk.
Siapa yang dah rasa air ni? Sedap tak?
XOXO,
Ezna





My daugther pun suka matcha..Dia x bleh nmpk ni =D
ردحذفKalau nampak kena beli. Hehe.....
حذفMA x minum green tea... tapi geng kat opis ni memang fav dia.. memang comel cup holder kucing tu
ردحذفNak cari air ni semata-mata cup holder ni MA. Sampai Zus No. 2 la baru jumpa.
حذفsaya tak suka matcha... tapi suka la neko tu...
ردحذفNeko ni comel. Mencairkan hati Dania....
حذفala cutenya holder tu hehehe yg penting gmbr kucing!!!
ردحذفYa Suzz sebab ada gambar kucing, pusing2 mencari air ni.....
حذفComel je cup holder tu gambar cat ye. Lama tak masuk Zus macam memanggil2 je ni 😬
ردحذفComel sangat sampai Dania mencarinya.....hehe
حذفSaya tak terlalu suka matcha, tapiiii matcha tambah 1 shot espresso memang sedaaap. Itu saya suka 😄😄. Dulu sering beli di strbx matcha dengan espresso. Tapi sejak boikot, tak ada lagi ketemu kedai kopi yg bisa buat matcha + espresso sedap. Tapi tak apa.. terkadang minum espresso buat saya tak bisa tidur 😄.
ردحذفNanti nak coba yg zus Ini
Maknanya Fanny kena minum Matcha yang dicampur air lain la ya.....kakak memang tak suka Matcha ni tapi bila minum yang Dania punya air ni sedap sebab Dania punya air Matcha + Strawberry. Espresso jangan minum waktu malam Fanny.
حذفKalau dah minat, layankan je lah.
ردحذفMujur banyak branch Zus Coffee ni.
Iya lah nasib baik branch dia banyak. Takde kat sini try pulak tempat yang lain.
حذفpeminat macha pasti suka...kita tk bole minum apa2 related matcha ...opismates ada bli aritu
ردحذفKita pun tak suka Matcha jugak tapi air yang Dania order ni sedap pulak Amy....maknanya kena campur dengan air lain maru boleh minum agaknya....
حذفSebab nak pemegang gambar kucing jer.. akhirnya dpt jugak hahaha.. tak apa la anak kan layan jer la..
ردحذفIya sebab kucing punya pasal je. Nasib baik dapat...kalau tak dapat mau asyik cakap je....kalau tak cari....tak sampai hati pulak....anak pulak bukannya ramai....seorang ni ajer. Entertain je la permintaannya kalau benda tu tak mahal sangat. Kalau mahal memang tak layan la jawabnya....
حذفkat X entah kenapa ramai nau yg nak beanja minum air ni...
ردحذفItulah sedap sangat ke? Sis rasa ok je lah....kalau matcha saje sis tak suka. Ni campur strawberry ok lah.
حذفBila sis Ezna post pasal ZUS Coffee ni baru teringat ex-boss ada hantar birthday gift card utk ZUS Coffee. Kalau lalu ZUS boleh la try minuman matcha ni.
ردحذفHaaa nasib baik ingatkan ya Carneyz. Cuba try sebab ada macam2 seleksi ni.
حذفإرسال تعليق
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.