Ada sekali tu, lepas ambik Dania....on the way back home lalu area penanaman jagung Dania. Jadi saya kata dengan Dania nak tengok kawasan tu sekarang.
Dulu
Dulu belakang ni takde tanaman apa-apa pun.
Sekarang
Sekarang ni belakang ni dah ada yang tanam jagung. Mereka ni pelajar Bachelor of Agricultural Science. Sem 2 ni kursus mereka pulak kena jaga pokok jagung sebab saya ada tengok perjalanan kursus mereka masa Sem 2 kat Buku Panduan Program Prasiswazah. Nampak nama dipacak ke setiap barisan batas. Nanti akan ada Pegawai Pertanian yang memantau. Mana yang rajin menjaga dan mana yang malas menjaga pokoknya.
Dulu
Ini pula kawasan Dania dan kawan-kawan sekelas menanam jagung. Tanaman jagung yang sekarang ni berhadapan dengan tanaman jagung kelas Dania.
Sekarang
Tempat Dania menanam jagung sekarang.....Sedihnya bila nampak semak samun macam ni. Dulu tempatnya penuh dengan pokok-pokok jagung. Dania tak sedih pun tapi ummi dia je. 😅
Kenapa tempat penanaman jagung berubah?. Sebab nak mengelakkan penyakit lama yang mengganggu pokok jagung masa Dania dan kawan-kawan tanam tu ke tanaman jagung Sem 2 ni. Itulah sebabnya lokasi penanaman jagung kena berubah tempat. Memang ada pokok jagung kawan Dania yang terkena penyakit. Habis jagung2 yang dia tanam bahagian hadapan tu mati. Info Pegawai Pertanian masa time Dania sibuk menanam dulu. Jika selesai penanaman jagung untuk Sem 2 ni.....jika ada lagi kelas nak kena tanam jagung untuk Sem seterusnya lokasi penanaman pun akan berubah jugak.
Lega Sem 2 ni takde tanam-tanam dah. Tanaman makanan ni jam kreditnya 1 je tapi letihnya?....😅
XOXO,
Ezna




memang letih la kalau kena buat subject tanam menanam niiii.syukur dania did it well!!!
ردحذفSampai Dania stress la bila ingatkan pasal tanam2 ni. Hehe. Alhamdulilah dan bersyukur semuanya berakhir dengan baik.
حذفalahai 1jam kredit je...letih menanam je...kikiki
ردحذفYa Linda...1 jam kredit je tapi amalinya aduhhhh penat....
حذفler skit je jam kredit tu...letihnya ya ampunnnn
ردحذفHaha betul sikitnya jam kredit tu....
حذفMasa PKP dulu pernah cuba tanam jagung dalam pasu. Tu kerja suami saya la hehe. Pokoknya tumbuh keluar bunga lepas tu berbuah, tapi jagungnya 'togel' 🤣
ردحذفLar jagung togel tu sebab serangan ulat agaknya. Salah tu ialah ulat bulu.....atau penyakit jagung yang lain.
حذفaduhai nak mendapatkan kredit 1 tu, azab juga hehe
ردحذفYa azab sungguh....cumanya bila time menanam tu rasa macam satu benda yang diberkati sebab nanti bagi makan kat orang lain jugak cuma tu lah nak menjaganya berbulan lamanya adoiiiii serius sangat letih.
حذف1 jam kredit ya. Takpe dapat ilmu boleh manfaat.
ردحذفYa ilmu yang bermanfaat tu memang betul. Setuju!
حذفSebab tu petani sayur2an kena menggilirkan tanaman
ردحذفItulah....barulah saya tahu sebabnya....
حذفWalaupun utk 1 jam kredit je tapi byk tu pengalaman yg Dania dapat. Ingat lagi mamanya pun turut sama jaga pokok jagung Dania tu kan :)
ردحذفBtw Dania dah sem brp ye?
Ya pengalaman tu yang berharga tu. Setiap kali ke sini luar waktu kuliah....ummi dia yg temannya. Dania dah Sem 2 PH. 1 thn ada 2 sem.
حذفTernyata memang tak mudah menanam tanaman ini ya kak. Mesti ada waktu tanam, digilir pula utk elak penyakit. Pantas lah saya menanam banyak jenis, tak ada yg menjadi 😂😂😂. Asal saja cucuk tanah, kasih air hahahahah
ردحذفإرسال تعليق
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.