Ada satu hari tu kawan saya cakap datang rumah pick up nasi dagang. Beliau memang ada menerima tempahan nasi dagang. Kebetulan ada Kak Tie ni masak lebih. Ada pula terselit rezeki saya. Sebelum ambik nasi dagang tu haruslah saya mencari apa yang akan dibalas dengan nasi dagang tu.
Dania pakai spec hitam ni bukan apa sebab mata kena ketumbit. Kesian pulak sebelah mata bengkak.
Mencari apa yang nak dibeli untuk Kak Tie sesambil beli juga untuk kami di Rumah Kueh Kak Zu. Dania pegang buttercake dan cream horn. Ambik 2 pack roti jala untuk Kak Tie. Satu kuah kari dan satu kuah durian.
Banyak la kuih muih tradisional yang dipamerkan.
Sardin Roll pun ada.
Pau sambal.
Cara berlauk.
Popia Sira.
Deko dalam Rumah Kueh Kak Zu.
Ni pula dari arah depan.
Kek dan pastries yang sedia ada.
Ni lah Rumah Kueh Kak Zu yang terletak di :
Block D-01, 10, Jalan Kenari 14, Taman Sri Kenari, 43000 Kajang, Selangor
Saya suka beli kat sini sebab kuih-muih dan keknya sedap.
Balik dari Rumah Kueh Kak Zu singgah rumah Kak Tie dulu. Rumah Kak Tie ni memang akan jumpa dulu sebelum rumah kami. Ambik dulu selfie sebelum bertukar juadah. Hehe.
Ni lah nasi dagang Kak Tie. Dania memang peminat nasi dagang. Jadilah makanan tengahari kami. Alhamdulilah. Nasinya berlemak, acarnya sedap dan rangup, ikannya pun potongan dia besar. Masuk je mulut Dania dah cakap hmmmmmm....sedap la tu....
Ni pula cream horn. Pun sedap.
Nak dijadikan cerita, hari yang kawan suruh pick up 3 bungkus nasi dagang tu saya ada komen juga pasal nasi dagang kat blog Mamatisya
Nak dijadikan cerita....kebetulan la pulak. Lain kali boleh komen pasal makanan kat blog lain....mana tahu kot kot tiba2 ada kawan suruh pick up pulak makanan yang kita komen tu 😆.
XOXO,
Ezna















Pinjam spek hitam tu!
ردحذفTak boleh UG. Tu spek orang pompuan. Haha..
حذفammi prefer nasi kerabu daripada nasi dagang. penah try tapi tokleh nak klik dengan tekak
ردحذفSebenarnya nasi dagang ni Dania peminatnya. Saya makan jugak tapi tak macam peminatnya ni haa.....
حذفOh nasi kerabu....suka juga nasi kerabu....
Byk betul kuih muih kat kedai tu.menarik sungguh!!
ردحذفYa Suzz, kuih melayu tradisional banyak selain tu ada pastries juga, kek, etc....
حذفyg ni nasi dagang ganu...kalau nasi dagang klate beras nya perang2....hah rezeki tu komen blog amy tup2 ada rezeki nasi dagang kan...rumah kueh tu cafenya cozy juga
ردحذفOh....tak tau beza Terengganu dan Kelantan punya versi. La ni baru tahu. Boleh juga nak minum / makan dalam cafe ni. Hari yg sama komen pulak tu Amy. Hehe....
حذفwaahhh cream horn blm pernah try!
ردحذفSedap dan kurang manis. Masa ada makan2 kat sekolah anak...order yg ni lepas tu sekejap je habis.
حذفmahal tak berbelanja di kedai tu.. nampak macam mewah daripada gambar.
ردحذفDekat gambar ada harganya....boleh bandingkan dengan kedai yang selalu Balqis pergi....
حذفSaya pernah coba makan nasi dagang. Sedap juga. Tp memang tergantung seller kan. Kalo memang pandai buat, pastilah sedap. Teringin juga nak coba lagi.
ردحذفKue2 tradisional seperti itu yg saya sukaaaa sangat. Jauh LBH suka drpd kue modern sebenarnya
إرسال تعليق
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.