Scaling gigi | Pusat Kesihatan Universiti

Hari ni nak pergi scaling gigi kat Pusat Kesihatan Universiti. Dania dah buat appointment dari bulan 12 tahun lepas. Punya lama nak dapatkan slot. Mulanya slot Dania semalam tapi Dania kata tak boleh buat sebab ada final exam jadinya pilih hari ni jam 11.15 pagi. Hari ni free tak ada final exam. 

Sebelum tu pergi breakfast dulu satu family. Suami saya naik motor, saya dan Dania naik kereta. Senang lepas tu masing-masing ke destinasi masing-masing. Selesai makan jam 10.30 pagi kemudian berpisah la kami kat sini. 

Tiba Pusat Kesihatan Universiti ni jam 10.50 pagi. Nak kena tiba awal 15 minit tapi kami tiba awal 25 minit. Alhamdulilah. Awal-awal la yang paling bagus kan...tak la kelam kabut. 


Ni first time ni saya masuk klinik pergigian UPM. Tak tahu pun arah mana sebab pertama kali. Sebelum ni pun pernah ke PKU tetapi untuk pemeriksaan kesihatan. 


Berjalan melalui bilik-bilik Dr ni. 


Tunggu Dania daftar nama dulu. Kejap je sebab Dania ada appointment hari ni. 


Ruang menunggu yang sangat selesa dan dingin. Orang pun tak ramai. 


Saya parking kat bawah tu jadi kena jalan naik bukit sikit la nak ke klinik pergigian ni. Tak jauh mana pun. 


Ni waktu operasi Klinik Pergigian UPM. 


Dania tunggu depan bilik Dr. Aisyah Mat Arif. Bila saya google Dr ni lulusan Universiti di Mesir. 


Lepas tu saya tinggalkan Dania kat sini sebab saya ada urusan nak Poslaju. Tengah tulis alamat kat borang Poslaju, Dania call kata dah selesai. Saya kata tengah dalam Poslaju lagi ni. Jadi Dania tunggu la saya nanti kat Putra Food Court (PFC) depan Klinik. 15 minit je dah siap scaling gigi.

Senyuman Dania selepas scaling gigi. Dr kata suruh makan makanan yang lembut. Ingat saya nak masak bubur nasi ketam la nanti. Lama tak makan bubur nasi. 


Harganya memang berpatutan la sangat. RM4 untuk scaling gigi di Klinik Pergigian UPM. 
 

Gunakanlah kemudahan yang ada selagi bergelar mahasiswa di Universiti Putra Malaysia ni.





XOXO,
Ezna

22 تعليقات

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. murah nau nau tu
    kalau sy ni boleh buat tiap2 bulan
    hehehe

    ردحذف
  2. Betul tu, murah dan memang untuk kemudahan kita yang bergelar pelajar UPM 😊

    ردحذف
  3. waaaa murahnya!! ala2 foc dah tu hehehe lawa senyuman dania almaklumlah lps scaling gigi kan ;)

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulilah Suzz. Nak set appointment punya lama tu tapi takpelah tak rush sangat pun.

      حذف
  4. الردود
    1. Ya. Orang pun tak ramai. Harga tu memang sangat berbaloi la...

      حذف
  5. Cepat betul bersihkan gigi. Mungkin selalu buat.
    Betul guna kemudahan yang ada.

    ردحذف
    الردود
    1. Nak kata selalu buat tak juga tapi ada Dr puji gigi tak ada yang berlubang. Alhamdulilah.

      حذف
  6. Cas untuk pelajar wajar murah kerana mereka bukan bekerja...

    ردحذف
    الردود
    1. Ya betul cumanya tak sangka harganya RM4. Alhamdulilah sangat. Boleh save dari pergi ke klinik swasta.

      حذف
  7. Lamanya tunggu giliran, dari tahun lepas rupanya. Tapi, memang begitulah kena sabar menanti. Akhirnya selesai juga urusan scaling gigi.

    ردحذف
    الردود
    1. Ya lama pulak nak buat appointment nya. Alhamdulilah selesai sudah.

      حذف
  8. semoga Allah mudahkan... ameennnnnn

    ردحذف
  9. Eh EH...MURAH BETUL YE SCALING GIGI...

    ردحذف
    الردود
    1. Ah ah murah SA. Macam tak sangka pun ya jugak. Ingatkan puluh-puluh.

      حذف
  10. Kalo utk foreigners berapa yaa harga scaling gigi di sana 🤣. Kenapa murah sangaaat. Di JKT saya harus bayar Rp700rb utk scaling 🤣🤣.

    ردحذف

إرسال تعليق

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.