Credit : mrjn Photography on Unsplash
Stesyen Pam air mentah di Jenderam Hilir terdapat pencemaran bau. Penutupan sementara stesen Sungai Loji Rawatan Air (LPA) Semenyih ekoran daripada pencemaran bau ini. Jadinya akan ada gangguan bekalan air di beberapa daerah di Selangor seperti di Petaling, Sepang, Hulu Langat, Kuala Langat :
Air Selangor dalam kenyataan hari ini memaklumkan kawasan terjejas ialah Taman Mutiara Puchong, Pusat Bandar Puchong (Jalan 3-20, Jalan Merbah, Jalan Bandar 1-2), Bandar Puchong Jaya (Jalan Tempua) dan Kampung Sri Langkas.
Turut terjejas ialah Taman Perindustrian Puchong (Jalan TPP 1, 5 dan 6), Taman Denai Puchong, Kampung Bersatu Puchong, Kampung Kenangan Puchong, Taman Sri Puchong, Kampung Sri Andalas, Taman Puchong Intan dan Kampung Baru Sri Puchong.
Selain itu, kawasan terjejas turut melibatkan Desa Millennia, Kampung Sri Aman, Kampung Sri Aman Mas 1 dan 2, Kampung Batu 14 Puchong, Bandar Bukit Puchong Bandar Puchong Utama, Taman Puchong Impian, Kampung Orang Asli Rasau, Universiti Putra Malaysia (UPM), Hospital Serdang, UPM Veterinar, UPM Infoport, Hospital UPM.
Kawasan lain termasuk Taman Wawasan, Taman Indah Subang UEP, Taman Bukit Serdang, Taman Serdang Perdana, Perindustrian Bukit Serdang, Hotel Palace of the Golden Horses / Selangor Turf Club, Taman Serdang Raya 1-8, Taman Teknologi Malaysia (Astro), Nahrim, Lestari Putra (LEP 4), Serdang Lama, Serdang Jaya, Taman Muhibbah.
Turut terjejas ialah Seri Kembangan 2, 3, 4, 5, 6, 8, 9, 10, 11 dan 12, Taman Sri Serdang, Taman Serdang Jaya, Pusat Perdagangan Seri Kembangan, Taman Bukit Serdang 1, 3 dan 4, Taman Jinma, Taman Kembangsari, Kawasan Perindustrian Seri Kembangan, KTM Serdang, Lestari Perdana (LP 3), Lestari Perdana (Apartmen Sri Indah) dan Lestari Putra (LEP 3).
Jadi....kepada kawasan yang terjejas...kena simpan air la....
Ni lah akibatnya dari kerakusan manusia ni. Bahan terlarang nak senang alirkan je dalam sungai. Dah busuk dah sungai tu nak dijadikan bekalan air bersih pun. Dah tercemar dah....
***********************************************
Ada diantara anda semua yang terlibat tak?....nasib baik Dania dah takde dah pergi UPM tu sebab dah selesai semua peperiksaan untuk Semester ini. Kebanyakkan pelajar Bacelor mungkin dah balik lepas habis semua paper. Pelajar asasi je la yang tinggal pun kat UPM ni.
XOXO,
Ezna
Aduhai... bertabahlah semuanyang terlibat dengan gangguan bekalan air.
ردحذفYa...sejenis gangguan yang akan mengganggu aktiviti harian jugak ni.
حذفJenuh kalau ada gangguan air ni. Kita mana boleh kalau tak ada air dalam kehidupan
ردحذفYa betul. Tetapi tu lah....nasib baik pulak kawasan saya tak termasuk.....
حذفMemang banyak kesusahan kalau takde air
ردحذفMemang ya.....
حذفHuih! Uncle tak suka betul dengar berita gangguan air ni!
ردحذفBetul tu Uncle. Nasib baik kawasan saya tak terlibat.
حذفSgt2 hassle bila tak de air
ردحذفYa Suzz....jenuh nak memikirkan takde air ni.
حذف
ردحذفTakde air ni sangat menyusahkan kan...tgk hospital pun terlibat gak tu :(
Akibat perbuatan tak bertanggungjawab tu, brp ramai yg terpaksa tanggung akibat.
Ya....yang buat tu agaknya takde fikir pun pasal orang lain sebab pentingkan diri sendiri dan keuntungan lagi.
حذفSediiih lah kalo air sampah gangguan. Krn hajat hidup orang banyak kan. Jadi susah nak mandi, makan, minum, masak. Harus lah beli air minum galon untuk gantinya 😔. Semoga cepet selesai masalah airnya ya kak
ردحذفYa Fanny....susah kan kalau tak ada air.
حذفkalau di kampung, bolehlah gali telaga.. huhuhuhu
ردحذفItulah masalahnya di kota.....
حذفbila start gangguan ni?
ردحذفsbb dlm list tu kawasan sy pun termasuk jg tu
إرسال تعليق
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.